Tuesday, March 10, 2015

Tip mudah solat dhuha untuk ibu bekerja

Teks : Zaleha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Solat Dhuha mempunyai banyak fadhilat dan keajaiban dari Allah s.w.t. Dalam kesibukan rutin harian, payah benar rasanya untuk mendidik diri agar istiqamah melaksanakan solat sunat ini. Sungguh lemah rasanya iman ini :( Namun dalam hati selalu berdoa agar Allah tunjukkan jalan, lapangkan waktu dan kuatkan iman agar mampu untuk melazimkan amalan yang sangat besar manfaatnya.

Alhamdulillah terbaca tip ini dari FB Puan Hazrina Jaffer.

Tips untuk cikpuan yang bekerjaya:
***************************
+ambil wuduk siap-siap dari rumah sebelum ke pejabat
+pastikan pakaian menutup aurat SEPENUHNYA.
+mohon izin bos 5minit untuk Dhuha setiap hari
+bisik pada jiran meja sebelah atau tinggal nota atas meja agar tidak berlaku salah faham bila ade yang mencari anda ketika itu.


Hikmahnya:
1.jimat masa nak berwuduk
2.jimat masa nak pakai tudung, tengok cermin lagi bla..bla..blaa
3.jimat masa nak lipat telekung
4.dapat dhuha setiap hari
5.bos dan jiran sebelah sudah maklum aktiviti kita
6.dapat pahala dhuha
7.murah rezeki
8.dapat keberkatan
9.10.11.12.13......fikir sendirilah

Mudah kan! Just 5 minute!


Didoakan kita segera dan kekal beramal. Amin.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...