Showing posts with label Alimkids Playgroup. Show all posts
Showing posts with label Alimkids Playgroup. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Adnin @ Playgroup 4



Gambar-gambar ihsan my best friend..he..he..

Sabtu lepas bersiap awal sikit. Sesi sebelum tu habis lambat sedikit. Minggu ni mood Adnin biasa-biasa sahaja. Dah ngantuk. Tepuk pun tanak buka tapak tangan. 2,3 kali 'bukak bekal'. Ummi pun rasa layu je. Tu aktiviti buat happy face & sad face tak berapa ceria & kreatif..he..he..

23 oktober
-rasa mcm byk aktiviti sbb habis lambat tapi lupa nak recall. update lenkali lah..he.he..
-projek happy vs sad face dengan paper plate, wool string, straw, colourful papers, stick

Lupa nak amik gambar.balik rumah tak sampai esoknya dah hancur happy vs sad face tu.

Kelas habis 2.30. Ramai dah mula baring hisap susu. Masing-masing dah ngantuk & lapar rasanya. Adnin happy bila nak balik, sticker time. Sabar tunggu turn. Masuk kete, on the way tu dah tersengguk-sengguk ngantuk. Kesian betul.



Saturday, October 16, 2010

Adnin @ Playgroup 2& 3

9 Oktober
Start minggu ni abg Hakimi kena ikut adik Adnin ke 'sekolah'. Abe keje tiap-tiap hari Sabtu bulan ni,cover nak cuti raya haji bulan depan.

Kali ke 2 ni Adnin ok sikit, takdelah melekat kat ummi je. Dah nak duduk/berdiri on her spot. Dah nak tiru gaya-gaya yang teacher & kawan-kawan buat.

Aktiviti macam biasa :
- mula dengan doa belajar, good morning song dan lagu-lagu lain
- belajar tentang body, aktiviti ramai-ramai warnakan anggota badan kat kertas mahjong. sampai koyak-koyak kertasnya
- aktiviti dengan bean bag, mengenal texture & imbangan badan
- nyanyi lagu alif ba ta
- baca buku & nyanyi ABCD

Dekat nak habis je Adnin nangis sebab tak puas hati tak dapat selongkar barang-barang dalam bilik tu. Kelas habis dekat pukul 2 sebab last session kan. Kalau ada kelas lagi lepas tu biasanya habis sharp 1 jam.

16 Oktober
Playgroup sesi ke-3. abang Hakimi seronok nak teman baby. Mula kelas Adnin dah ikut tadah tangan untuk baca fatihah & doa belajar.

- Aktiviti dengan stick - bunyi-bunyian & membentuk alat muzik & relate dengan anggota badan
- mewarna shapes mata, hidung, mulut & topi untuk tampal pada belon
- main belon

Adnin dah mula nak buat sendiri aktiviti dengan alat-alat. Taknak ummi pegang. Cuma gerakan badan je tak nak ikut sangat masa nyanyi-nyanyi tu. seronok dia main belon. ummi lak tak reti tiup belon, nak semput dibuatnya. Sib baik abg hakimi yg ajar cara tiup..ekeke..biasa abah je tukang tiup belon. Kali ni sempat habis betul-betul. Dapat tampal sticker kat tangan :)

Tapi masuk kereta dah meraung. Nak susu & ngantuk gamaknya. Hari ni pukul 2 baru habis. Abah dah sampai rumah dulu.

Monday, October 4, 2010

AlimKids Playgroup

Wah, berabuk lg blog ni. Sedar tak sedar hampir sebln tak berupdate. Hari2 mmg masuk blog tapi baca kwn2 nyer. Liat nak menaip. kalau kat umah broadband slow bejanggut. Rasa mcm byk event yg dah miss utk dicoretkan maka rajin2 kan lah diri menaip walaupun jrg kwn2 komen..he..he..ku pun dah jrg amat nak komen blog kwn2, rajin baca je. Berangan je lah nak jadi penulis :P minat ada, usaha je yg tak brp nak ada..ngeh..ngeh..

Berbalik kpd tajuk di atas ;), ku dah slmt bwk Adnin join playgroup ni yg menjadi impian ku sejak abgnya Hakimi masih kecik lg. Masa tu rasa mcm fee agk mahal, so tangguh dulu.

Klik pd imej utk ke blog Alimkids

Bila melihat karakter Adnin yg lebih krg dgn abgnya ala2 pemalu tu, takleh jd ni kena lebih exposure sket walaupun dia duk taska. Pada masa yg sama ummi leh bljr aktibiti2 yg boleh dibuat kat rumah. Disbbkan ada ofismate yg nak register ank dia sama so ku pun semangatlah register walaupun Adnin br masuk 1thn 1/2..he..he..over excited kah? tak kot..sbb dia dlm fasa copy paste skrg ni so elok sgtlah didedahkan dgn aktibiti2 educational kan.

Kelas start Sabtu lps di susuibu.com. Sebln lebih gak duk dlm waiting list. Kul 12.30-1.30 pulak tu..huhu..waktu tdo Adnin tu. Tawakkal je la..kdg2 kat rumah pun lajak pukul 2lebih br nak tdo.

So manja sket buat2 tanya en.abe nak htr tak..he..he..kul 12 abe htr ke sana. Dah ada parents yg tunggu turn ank masing2 yg sekelas. Excited weh. Kelas dgn Teacher Farra Bagaikan Puteri tu! ;) (mmg sdp suara dia)

Mcm biasa Adnin mau berkepit sajork..he..he..tgh2 sesi berjln 'bukak bekal' lak. Ummi layan jela. Tak put high expectation on her. Just nak dia dgr & tgk. Bila dah rasa secure insyaAllah dia akn join. Dia lebih suka explore bilik tu yg penuh dgn gambar2, buku, ank patung etc. Dr awl duk tunjuk 'bibi'=baby.Suh ambik la tu. Lama2 dah boring, ku bwk jln2 kua kelas..he..he..masuk bilik BF jumpa bola lak. Nak lepak kat situ ler & mcm2 brg lg yg 'perlu' dibelek. Bila bwk kua bilik, duk tunjuk pintu nak blk gamaknya..he..he..perumah sungguh :P. By the time kelas habih member dah meraung..he..he.."takpe just an exposure to her"--komen Teacher Farra. Biasa plagroup utk 2thn ke ats tp ada kwn bgtau ada jgk parents htr ank yg tak sampai 2thn, tu ku excited tu.

Ada gak terfikir berbaloi ke ni byr mahal2, rasa nak stop pun ada tp bila ptg tu tgk Adnin duk leka main sensorang @ time nyusu dia duk tiru gaya2 yg teacher ajar, so suka hati lah.Maknanya dia absorb apa yg dia tgk/dgr walaupun mcm tak fokus. So ku rasa objektif tercapai la sket2.

Syg takde gambar sbb Adnin takmo duduk pun. Takpelah ada 7x kelas lagi. Hopefully next week nak ler duduk on her spot :)

Pengisian kelas Sabtu lps :
- bagitahu nama bila teacher roll the ball, bila dah bagitau nama roll the ball pd teacher semula
(Adnin tak pandai sebut nama sendiri lagi)
- angkat tgn sambil sebut Yes bila teacher panggil nama
(ummi tolong angkatkan, tapi ku perasan bila teacher sebut nama Adnin dia pandang pd teacher. Kalau kat rumah cepat je angkat tgn bila ku tanya "sapa nama Adnin Hafiyya..angkat tgn" :))
- ada nyanyi2 (Islamic & educational song) sambil buat gerakan ikut lirik lagu tu, lompat2 dll.
(ummi pegangkan tgn tapi takmo ikut pulak..he..he..Adnin tgk je)
- buat palm print kat kertas
(mula2 mcm excited nak main berus & colour tp last2 tak mau pulak.Ummi je lah yg tulis nama Adnin)
- bercerita, baca buku sama2
(masa ni Adnin dah tunjuk pintu nak balik :P, tatau dah teacher buat apa lagi)
- lastly sblm blk sume dpt sticker tampal kat tgn
(Adnin nak pgg buku sticker tu tapi takmo duduk langsung, dah meraung..so balik je la..huhu)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...