Showing posts with label Bengkak susu. Show all posts
Showing posts with label Bengkak susu. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Panduan menghadapi cabaran penyusuan - Bengkak Susu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Entri ini adalah sambungan entri Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?
Picture credit : www.zazzle.com
Antara cabaran yang pernah saya hadapi:
- bengkak susu,
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun


Panduan menghadapi cabaran penyusuan (1) saya kongsikan mengenai bengkak susu.

Pada kedua-dua kelahiran, saya mengalami bengkak susu beberapa hari selepas pulang dari hospital. Anak memang kerap hisap susu, setiap setengah jam atau sejam, dan agak lama (bayi baru belajar menyusu jadi ibu perlu sabar :D)). 

Saya rasa hisapan bayi yang kecil (mungkin juga lekapan tidak betul) tidak dapat mengosongkan payudara sepenuhnya yang mula menghasilkan susu matang. Jadi saya perlu perah susu walaupun masih awal. Pada waktu tersebut saya masih belum mahir memerah dengan tangan, jadi saya gunakan pam Spectra 3 tetapi masih tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya.

Akibatnya saya mengalami demam dan doktor biasanya akan bagi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan atau mastitis. Saya mendapatkan bidan yang dapat mengurut urat susu sehingga urat susu yang berketul kembali lembut dan susu dapat keluar dengan lancar. Sakitnya sanggup saya tahan sampai keluar air mata, tetapi mengingatkan mastitis dan ada yang terpaksa dibedah kerana ketulan susu, saya pastikan juga bengkak itu surut sepenuhnya.

Semasa anak saya berumur 1 tahun lebih, saya pernah terkena bengkak susu lagi akibat tidak memerah susu pada waktu yang sepatutnya.



Picture credit:www.noodlesoup.com

Apa yang perlu dibuat semasa bengkak susu (engorgement)?
[1] Kerapkan menyusu bayi secara terus. 
[2] Pelbagaikan posisi penyusuan.
[3] Mandi air suam.
[4] Tuam sejuk dengan icepack atau kobis bagi mengurangkan rasa sakit.
[5] Tuam suam dengan tuala atau golekkan botol susu suam bagi melancarkan pengeluaran susu.
[6] Urut payudara dan belakang sebelum memerah susu. 
[7] Kerapkan memerah susu

Bengkak susu ini akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya. Ia bergantung kepada kekerapan susu dikeluarkan.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Wednesday, September 1, 2010

Padah 1 malam

He..he..tajuk kemain.

Ceritanya ttg blocked/clogged duct je. Kwn2 boleh baca lanjut di sini > Babycenter.

Ku perasan kalau kua jln2 mudah nak kena ni. Sbb utama maybe baby hisap tak hbs, posisi tak betul, tak pam perabis.

Terbaru mcm nak kena ni sbb bbrp hr ni minum soya buatan sendiri (:P nak highlight jgk tu).Hari pertama rasa mcm takde kesan sgt. Biasa minum soya milelia bbrp jam je rasa susu dah penuh. Maybe Adnin dah dkt sethn stgh ni kadar prolaktin dah krg sket kot tp biasa2 je takde risau sgt. Masa bukak posa hjg minggu tu taram 3-4 gls soya..ha..ha..mek dahaga sgt taw. Mlm tu kul 3 dah rasa penuh tp Adnin sdp tdo. Lama pulak dia tdo. Ku pulak nak solat, so tak kejut dia nyusu. Pam pun idok. Lps solat, nak prepare utk sahur lak. Lps sahur br kejut dia nyusu. Tak lama lps tu lena lg dia. Ku pun tak pam hbs. Kalau hari cuti mmg pam pun cuti.(sila jgn ikut tabiat ni..huhu..). esoknya lak dia nyusu main2 je, asal let down dia berenti, mmg tak hbs lah.
Source: google. Gambar dgn niat pembelajaran shj.
So smlm sudah rasa ketul2 dkt urat susu tu. Rasa seram sejuk nak dmm pun ada. Apalagi, asyik sua kat Adnin je lah. Biasa akan ambik masa bbrp hari br rasa clear. Tu kira sikit2 je kalau tak, mau berdenyut2 & dmm terus.

Moral of the story kosongkan b anda sekosong2nya utk elakkan terkena blocked/clogged duct ni.

Biasanya kalau dah bengkak tu ku :
1- kerapkan direct feeding baby
2- tuam dgn botol susu suam
3- urut2
4- kalau dah dmm jumpa dr mkn panadol & antibiotik
5- rajinkan diri mengepam walaupun yg kua setitis dua je, yela sbb dah tersumbat kan

InsyaAllah dkt seminggu ok la. Kalau kita biasa pam sekurang2nya 3jam sekali, kalau rasa b tak penuh pun tetap pam jgk krn kebarangkalian akn terkena blocked/clogged duct tu mudah sket.

Ni ikut pengalamanku lah. Kwn2 sepenyusuan bolehla komen ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...