Showing posts with label Cabaran penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Cabaran penyusuan. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Anak tidak mahu menyusu "direct"

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Saya mendapat mesej dari seorang ibu yang menyatakan hasratnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Sebelum ini anak sudah minum susu formula dan tidak mahu menyusu terus di payudara ibu.

Penggunaan botol yang terlalu awal pada bayi memungkinkan terjadinya nipple confuse=keliru puting. Apatah lagi jika diberi susu formula, maka bayi akan mula menolak susu ibu.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?
Ada 2 pilihan untuk ibu, samaada mahu berusaha untuk bayi menyusu direct atau terus memerah susu sahaja (exclusive pumping). Bagi ibu bekerja, tentulah mahu kedua-duanya: menyusu direct di rumah dan memerah susu bila keluar bekerja.

Anak pertama saya mengalami keliru puting setelah seminggu saya bekerja. Kurangnya ilmu tentang skin to skin dan teknik lain pada masa itu, membuatkan penyusuan susu ibu terhenti. Sedih sangat.

Untuk adiknya, saya berazam untuk berusaha sehabis kemampuan agar berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Setelah seminggu di taska, adiknya juga menunjukkan tanda-tanda keliru puting apabila mahu menyusu dengan botol walaupun di rumah. Saya pujuk juga dia menyusu direct walaupun dia nampak tak puas dan menangis. Waktu balik bekerja memang diluangkan untuk dia sahaja (bonding). Syukurlah abahnya memahami dengan membantu memasak untuk makan malam atau beli makanan di kedai.

Apa yang saya tahu, ada bayi yang sensitif dengan bau. Ibu tidak digalakkan menukar sabun atau minyak wangi yang digunakan sejak bayi lahir lagi. Jadi saya memang tidak menukar sabun dan minyak wangi yang digunakan.

Melalui pengalaman Puan Zuain, (Kaunselor Laktasi) yang dikongsikan dalam buku 4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya, beliau mengambil masa 1 bulan untuk melatih bayinya menyusu terus dari payudara semula. Teknik yang beliau gunakan adalah :

- Skin to skin (sentuhan kulit ke kulit)

[Source]
Caranya, bayi hanya memakai lampin dan diletakkan di atas dada ibu. Ibu boleh memakai baju yang besar dan selimutkan bayi.

- Wujudkan suasana yang tenang dan sunyi bersama bayi
Ibu dan bayi berada dalam bilik yang selesa dan tenang tanpa gangguan bunyi
 
- Pastikan bayi tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang
- Berkomunikasi dengan bayi
- Luangkan masa 1jam setiap hari untuk bonding dengan bayi
- Menggunakan nipple shield selama 3 minggu

InsyaAllah saya tambah lagi huraian pada poin di atas.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, October 20, 2015

Ibu menyusu stress?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Tahukah ibu-ibu penyusuan susu ibu sebenarnya boleh mengurangkan stress?
Namun susu ibu menjadi mangsa dan dikatakan penyebab stress.

Stress adalah sebarang keadaan yang membawa ketidakselesaan pada diri. Ada stress baik dan stress jahat.

Stress baik mendorong diri untuk mendapat hasil yang baik manakala stress jahat membawa keburukan kepada diri.

Kita pasti berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dikawal. Apa yang boleh kita buat adalah mengawal diri sendiri untuk menghadapi keadaan tersebut.

Bagaimana susu ibu boleh menenangkan ibu?

Ibu-ibu yang menyusukan anak akan merasai tindakbalas hormon oksitosin dan prolaktin semasa direct feeding mahupun semasa memerah susu.

Hormon oktisitosin membuatkan ibu rasa seronok, kasih sayang dan tenang. Paras hormon stress seperti adrenalin juga dapat dikurangkan.

Prolaktin pula membuat ibu lebih peka dengan kemahuan bayi dan juga memberi rasa tenang serta relaks.

Bagaimana susu jadi sedikit?

Bila stress paras hormon oksitasin menjadi sedikit dan susu sukar dikeluarkan dari payudara. Oleh sebab inilah, stress perlu dikawal oleh ibu menyusu.

Tip mengatasi stess:

1. Bertenang dan muhasabah diri.
    "Balik" kepada Allah dan lazimkan solat hajat, zikir dan doa. 

2. Rehat fizikal dan minda.

3. Luahkan perasaan kepada kawan yang sentiasa memberi sokongan dalam penyusuan susu ibu /menulis diari.

4. Cari me-time
- makanan dan suasana yang menenangkan

5. Senaman

6. Rancang masa makan/minum dan rutin lain

7. Dapatkan bantuan


8. Tetapkan prioriti 
- tahu apa yang lebih penting

9. Selidik punca tekanan

10. Ubah persepsi / mind set

11. Sentiasa amalkan teknik pernafasan yang betul



Rujukan :
Membesarkan anak hebat dengan susu ibu


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Friday, October 2, 2015

Anak tak mahu menyusu botol?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

#‎PanduanAsasPenyusuanSusuIbuEksklusif‬
.
TIP UNTUK BAYI YANG TAK NAK BOTOL
================================
Susah hati ibu nak pergi kerja kan.

Source : www.thealphaparent.com

Penggunaan botol sebenarnya boleh mengganggu penyusuan susu ibu bila bayi mula keliru puting.
Puting tiruan boleh mengurangkan usaha bayi menghisap susu secara direct kerana telah terbiasa mudah dengan aliran susu botol yang laju.
Tidak banyak tindak balas otot2 sekitar rahang berlaku berbanding ketika menghisap payudara ibu.

.
Namun, pemberian susu perahan (EBM) melalui botol dirasakan paling mudah di kalangan ibu2.
Ini kerana caranya lebih kurang sama dengan bayi2 yang minum susu formula.
Tidak semua taska / pengasuh bersedia belajar untuk memberi EBM dengan cawan, syringe dan alat2 lain.
Mereka nak handle EBM dengan botol pun sudah dikira syukur sangat2.
.
Tip
-----
🔹Dapatkan puting botol yang hampir menyerupai payudara ibu.


🔹Biasakan bayi menghisap susu perahan dalam botol pada masa yang sesuai, tidak terlalu awal dan tidak terlalu hampir dengan tempoh ibu mula bekerja.
🔹Minta ahli keluarga lain memberi susu perahan semasa proses berlatih minum EBM.
🔹Peka dengan tanda2 bayi mahu menyusu.
Jangan tunggu sehingga dia sangat lapar.
Boleh mulakan dengan menyusu direct dan tukar dengan botol apabila dia mula mamai.
🔹Dapatkan taska / pengasuh yang berhampiran dengan tempat kerja.
Ini membolehkan ibu keluar menyusukan anak jika pelbagai jenis puting telah dicuba dan bayi tetap mahu menyusu direct.
🔹Berterus terang dengan majikan untuk mendapat waktu kerja yang fleksibel untuk menyusukan anak secara terus.
🔹Jika bayi tidak mahu menghisap EBM melalui botol, dapatkan alternatif lain seperti feedeer cup, syringe dsb.
🔹Alternatif terakhir adalah mengambil kelayakan Cuti Menyusukan Anak.

Antara alat-alat yang boleh menggantikan botol
Alat-alat ini biasanya digunakan dalam penyusuan anak angkat.

 Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>>

Thursday, October 1, 2015

Reverse cycling @ anak tidak mahu menyusu siang?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Apa khabar ibu-ibu semua? Lama betul saya bertapa dari dunia blog ini kan. Rindu yang ditahan-tahan. Saya ada di FB dan Instagram clothdnz :)

Jika ada isu penyusuan yang mahu saya kongsikan, tulis sahaja komen di wall saya ya.

Baru-baru ini saya ada kongsikan 2 topik iaitu reverse cycling dan anak yang tidak mahu menyusu botol. Saya paste semula di blog ya ;)

‪#‎PanduanAsasPenyusuanSusuIbuEksklusif‬
.
REVERSE CYCLING
===============
Apo ko bondo? ðŸ˜„
Bagi ibu menyusu, ini antara istilah yang akan ditemui dalam kamus susu ibu.
Bukan menyusu sambil naik basikal mengundur..he..he..
.
Reverse cycling adalah keadaan di mana anak menyusu bukan pada waktu kebiasaan.
.
Contoh:
Baby biasanya banyak menyusu di waktu siang tapi anakanda comel ni tak mahu menyusu pulak dia.
Seharian di taska/rumah pengasuh sedikit je minum EBM.
Mama risau sangat.
Tapi bila balik rumah dia akan mengempeng sampai malam dan sehingga esok pagi.

.
Bila ia boleh berlaku?
---------------------------------
Di pelbagai peringkat umur:
🔛 newborn
Kerana dia masih keliru antara waktu siang dan malam.
🔛 3 bulan ke atas
- Bila ibu mula masuk kerja dan dia tak mahu minum EBM atas faktor puting botol atau rasa (terutama susu beku).
- Bila tahap umur aktif merangkak, berjalan dan pelbagai skill, dia lebih suka meneroka kebolehannya dan kurang minum susu.
- Bila dah mula makan di siang hari, dia kurang menyusu.
.
Perlu risau?
------------------
Tak selagi anak sihat dan berat normal.
.
Apa nak buat?
---------------------

ℹ Untuk newborn yang keliru waktu dan selalu tidur di siang hari, dia perlu dikejut dan disusukan selalu.
Tutup lampu lebih awal pada waktu malam untuk melatih dia tidur awal.
Boleh buat urutan bayi dengan menggunakan aromatherapy yang menenangkan.
ℹ Kenal pasti sebab bayi tidak mahu menyusu EBM kerana keliru puting atau rasa susu beku.
Tukar jenis puting botol.
Berikan EBM fresh sahaja.
ℹ Jika bayi sudah mula makan, teruskan rutin makanan dan penyusuan seperti biasa.
Kekerapan menyusu direct akan menggalakkan pengeluaran susu.
ℹ Menyusu sambil baring akan membolehkan ibu2 turut berehat atau tidur bersama bayi.
ℹ Teruskan memerah susu sewaktu bekerja untuk mengekalkan rangsangan pengeluaran susu.
ℹ Jika terlalu letih atau sakit pinggang akibat bayi mengempeng, minta bantuan suami memberikan EBM sewaktu malam.
Usahakan adapt sebaik mungkin dengan rutin penyusuan bayi ini.
Tidur sebentar sewaktu rehat tengahari di tempat kerja jika ibu kurang tidur disebabkan bayi sering bangun menyusu waktu malam.
ℹ Sentiasa cek berat bayi. Bayi yang nampak sihat dan berat normal tidak perlu dirisaukan walaupun mengalami reverse cycling.

Q&A:
Selalunya reverse cycle ni boleh berlarutan berapa lama ye?Tak tentu, bergantung pada baby. Biasanya pattern menyusu bayi akan berubah seiring pertambahan usia. InsyaAllah tidak lama 


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> clothdnz.blogspot.my

Tuesday, December 17, 2013

Panduan menghadapi cabaran penyusuan - Bengkak Susu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Entri ini adalah sambungan entri Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?
Picture credit : www.zazzle.com
Antara cabaran yang pernah saya hadapi:
- bengkak susu,
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun


Panduan menghadapi cabaran penyusuan (1) saya kongsikan mengenai bengkak susu.

Pada kedua-dua kelahiran, saya mengalami bengkak susu beberapa hari selepas pulang dari hospital. Anak memang kerap hisap susu, setiap setengah jam atau sejam, dan agak lama (bayi baru belajar menyusu jadi ibu perlu sabar :D)). 

Saya rasa hisapan bayi yang kecil (mungkin juga lekapan tidak betul) tidak dapat mengosongkan payudara sepenuhnya yang mula menghasilkan susu matang. Jadi saya perlu perah susu walaupun masih awal. Pada waktu tersebut saya masih belum mahir memerah dengan tangan, jadi saya gunakan pam Spectra 3 tetapi masih tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya.

Akibatnya saya mengalami demam dan doktor biasanya akan bagi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan atau mastitis. Saya mendapatkan bidan yang dapat mengurut urat susu sehingga urat susu yang berketul kembali lembut dan susu dapat keluar dengan lancar. Sakitnya sanggup saya tahan sampai keluar air mata, tetapi mengingatkan mastitis dan ada yang terpaksa dibedah kerana ketulan susu, saya pastikan juga bengkak itu surut sepenuhnya.

Semasa anak saya berumur 1 tahun lebih, saya pernah terkena bengkak susu lagi akibat tidak memerah susu pada waktu yang sepatutnya.



Picture credit:www.noodlesoup.com

Apa yang perlu dibuat semasa bengkak susu (engorgement)?
[1] Kerapkan menyusu bayi secara terus. 
[2] Pelbagaikan posisi penyusuan.
[3] Mandi air suam.
[4] Tuam sejuk dengan icepack atau kobis bagi mengurangkan rasa sakit.
[5] Tuam suam dengan tuala atau golekkan botol susu suam bagi melancarkan pengeluaran susu.
[6] Urut payudara dan belakang sebelum memerah susu. 
[7] Kerapkan memerah susu

Bengkak susu ini akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya. Ia bergantung kepada kekerapan susu dikeluarkan.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Friday, March 18, 2011

Motivasi Untuk Diriku

N3 ini akan kekal di sini sebagai motivasi utk diriku meneruskan misi penting
penyusuan susu ibu selama 2 thn
ini.


Doa untuk menambahkan susu:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

AminMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki unt
uk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...