Showing posts with label Stress dan penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Stress dan penyusuan. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Ibu menyusu stress?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Tahukah ibu-ibu penyusuan susu ibu sebenarnya boleh mengurangkan stress?
Namun susu ibu menjadi mangsa dan dikatakan penyebab stress.

Stress adalah sebarang keadaan yang membawa ketidakselesaan pada diri. Ada stress baik dan stress jahat.

Stress baik mendorong diri untuk mendapat hasil yang baik manakala stress jahat membawa keburukan kepada diri.

Kita pasti berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dikawal. Apa yang boleh kita buat adalah mengawal diri sendiri untuk menghadapi keadaan tersebut.

Bagaimana susu ibu boleh menenangkan ibu?

Ibu-ibu yang menyusukan anak akan merasai tindakbalas hormon oksitosin dan prolaktin semasa direct feeding mahupun semasa memerah susu.

Hormon oktisitosin membuatkan ibu rasa seronok, kasih sayang dan tenang. Paras hormon stress seperti adrenalin juga dapat dikurangkan.

Prolaktin pula membuat ibu lebih peka dengan kemahuan bayi dan juga memberi rasa tenang serta relaks.

Bagaimana susu jadi sedikit?

Bila stress paras hormon oksitasin menjadi sedikit dan susu sukar dikeluarkan dari payudara. Oleh sebab inilah, stress perlu dikawal oleh ibu menyusu.

Tip mengatasi stess:

1. Bertenang dan muhasabah diri.
    "Balik" kepada Allah dan lazimkan solat hajat, zikir dan doa. 

2. Rehat fizikal dan minda.

3. Luahkan perasaan kepada kawan yang sentiasa memberi sokongan dalam penyusuan susu ibu /menulis diari.

4. Cari me-time
- makanan dan suasana yang menenangkan

5. Senaman

6. Rancang masa makan/minum dan rutin lain

7. Dapatkan bantuan


8. Tetapkan prioriti 
- tahu apa yang lebih penting

9. Selidik punca tekanan

10. Ubah persepsi / mind set

11. Sentiasa amalkan teknik pernafasan yang betul



Rujukan :
Membesarkan anak hebat dengan susu ibu


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, November 4, 2014

Tip mengatasi stress semasa menyusu

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google
Picture credit : www.thegrindstone.com

Stress adalah musuh utama bagi ibu menyusu! Stress boleh mengganggu penghasilan susu.

Antara tip untuk mengatasi stress adalah:

1. Terima hakikat.

Akui bahawa apapun perlukan ilmu dan latihan pada peringkat awal. Begitu jugalah dengan proses penyusuan. Bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak, pasti banyak yang perlu dipelajari, namun yakin ia akan bertambah mudah bila ibu sudah biasa.

2. Usaha untuk bertenang.

Bagi Muslim sudah pasti zikir dapat menenangkan. Ibu juga boleh mencari pelbagai cara yang dapat membantu agar lebih rileks. Cari tempat yang selesa untuk menghayati waktu indah menyusukan si comel. Ibu boleh mendengar muzik, membaca buku, melihat video atau cerita inspirasi dan mengamalkan teknik pernafasa yang betul.



3. Tidur

Ibu boleh mengambil peluang untuk tidur bersama bayi. Tidur berkualiti (deep sleep) sangat membantu ibu untuk rasa lebih segar dan tenang. Minta bantuan ahli keluarga untuk selesaikan kerja rumah.

4. Berkawan dengan "geng susu ibu"

Sokongan rakan-rakan di sekeliling amat membantu ibu sepanjang tempoh penyusuan. Hanya ibu-ibu yang pernah mengalami situasi yang sama dapat memahami perasaan kita. Panduan dan sokongan yang diberikan, insyaAllah dapat memudahkan kita untuk mengambil langkah yang perlu ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar.

5. Bergerak / bersenam

 Apabila kita bersenam atau membuat aktiviti fizikal, badan akan mengeluarkan hormon endorphins yang membantu mengurangkan stress dan menstabilkan mood. Rujuk Doktor jika mahu memulakan senaman jika ibu baru habis berpantang.

6. Elakkan cara yang kurang sihat

Makan berlebihan atau menggunakan sebarang ubat tanpa merujuk doktor untuk menghilangkan stress adalah tidak elok.

7. Dapatkan bantuan dari pakar.

Jika ibu rasa tahap stress membimbangkan, segeralah rujuk pakar terapi yang boleh mencadangkan ubat-ubat yang selamat semasa menyusu.


    Ibu juga boleh membaca banyak lagi panduan di sini:

    http://www.womenshealth.gov/breastfeeding/breastfeeding-and-everyday-life/handling-stress.html
    http://www.breastfeeding-problems.com/breastfeeding-stress.html
    https://www.llli.org/nb/nbnovdec01p204.html
    http://shakeoffthegrind.com/emotional-health/how-to-neutralize-stress-and-create-inner-wellness


    Sharing with ♥

    Zaleha Mustapha
    Kaunselor Laktasi

     ------------------------------------
    Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
    Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

     

    Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
    Klik di sini >>> ClothDNZ

    Tuesday, August 12, 2014

    Tip elak rasa tergesa-gesa

    Teks : Zaleha Mustapha
    Gambar : Carian Google

    Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
    Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

     

    Pagi ini saya mendapat notifikasi artikel dari email Cik Puan Insyirah Azhar, penulis kerohanian. Saya sangat suka membaca nukilannya dari ebook mahupun blog beliau. Sangat menginspirasikan.

    Pagi ini Cik Puan Insyirah Azhar berkongsi tentang cara untuk mengelakkan rasa terkejar-kejar dengan urusan dunia. Mereka yang berkerja di bandar lebih-lebih lagi, sudah biasa dengan kehidupan terkejar-kejar ini. Lambat satu minit sahaja, boleh menjerumuskan diri dalam suasana jem di jalanraya!

    Caranya adalah mengamalkan bacaan Surah Yasin setiap pagi sebelum memulakan urusan dunia. Beliau menyatakan setelah diamalkan, beliau tidak lagi rasa terkejar-keja, rasa lebih tersusun dan banyak perkara penting dapat diuruskan dengan lebih baik.

    InsyaAllah, kita sama-sama amalkan terutama bagi ibu menyusu, memang rasa terkejar-kejar kan. Mana hendak menyusuakan anak, memerah susu, membasuh semua peralatan penyusuan, menguruskan anak-anak yang lain, suami, berkejar ke tempat kerja, dengan segala tugasan di tempat kerja yang semakin menghambat setiap hari sampai ada yang perlu di bawa pulang ke rumah ...

    Sungguh, bila kembali dekat padaNya, rasa lebih tenang dan ringan. Bila menoleh semula ke belakang, rasa seolah tak percaya kita mampu mengharungi cabaran penyusuan selama 2 tahun lebih :) Terima kasih Allah.

    Untuk ibu-ibu yang masih rasa kurang yakin, rasa berat, rasa lemah semangat, usah layan perasaan itu lama-lama. Solat hajat, doa berterusan insyaAllah ada jalannya.

    Salam ketenangan dan kejayaan penyusuan susu ibu. Chaiyok! Chaiyok!

    Sharing with ♥

    Zaleha Mustapha
    Kaunselor Laktasi
     ------------------------------------
    Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
    Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

    Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
    Klik di sini >>> ClothDNZ

    Friday, August 8, 2014

    Tip legakan sakit kepala

    Teks : Zaleha Mustapha
    Gambar : Carian Google

    Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
    Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

    Sumber


    Sakit kepala, sakit yang biasa saya alami. Saya tidak tahan dengan cuaca panas atau terlalu sejuk. Terlewat makan, kurang tidur dan travel dalam tempoh yang lama juga membuatkan saya mudah terkena sakit kepala. Stress sudah tentu penyebab utama juga.


    Saya ikhtiarkan untuk sembuh dengan cara semulajadi seperti pengambilan habbatus sauda, mandi dan tidur. Terbaru dengan terapi ais. Ada kawan kongsikan untuk tuam sejuk dengan ais yang dibalut dengan kain atau plastik hitam.

    Puan Noriza dari Geng Jahit FB ada kongsikan mandi ais. Saya kena cuba juga ni. Caranya:
    Tadah air 1/2 baldi, masukkan ais dalam tu, lagi sejuk lagi bagus. Buat bilasan akhir.  
    Mandi selepas asar dan selewatnya sebelum pukul 7.
    Bila mandi, biasakan jirus kaki dulu, bawa ke atas dan berakhir di kepala.

    Sakit kepala dan menyusu?


    Terdapat ibu-ibu menyusu yang sering mengalami sakit kepala. Saya pernah alami semasa memerah susu di bulan puasa tetapi Alhamdulillah cepat pulih jika dapat rehat dan minum banyak air selepas berbuka puasa.

    Antara sebabnya:
    - stress dan suasana bising
    - masalah tiroid
    - masalah tekanan darah
    - dehidrasi
    - kurang tidur
    - alergi
    - perubahan hormon
    - bercerai susu secara mengejut

    Cara mengatasinya:
    - Pastikan bertenang sepanjang tempoh penyusuan
    - Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
    - Elakkan minum kopi berlebihan kerana ia memudahkan berlakunya dehidrasi
    - Makan makanan seimbang
    - Urutan
    - Mengambil paracetamol (yang selamat untuk ibu menyusu) sekiranya cara semulajadi masih tidak berkesan.


    Sharing with ♥

    Zaleha Mustapha 
    Kaunselor Laktasi
     ------------------------------------ 
    Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
    Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

    Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
    Klik di sini >>>  ClothDNZ
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...