Showing posts with label Tip mengatasi stress. Show all posts
Showing posts with label Tip mengatasi stress. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

Ibu menyusu stress?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Tahukah ibu-ibu penyusuan susu ibu sebenarnya boleh mengurangkan stress?
Namun susu ibu menjadi mangsa dan dikatakan penyebab stress.

Stress adalah sebarang keadaan yang membawa ketidakselesaan pada diri. Ada stress baik dan stress jahat.

Stress baik mendorong diri untuk mendapat hasil yang baik manakala stress jahat membawa keburukan kepada diri.

Kita pasti berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dikawal. Apa yang boleh kita buat adalah mengawal diri sendiri untuk menghadapi keadaan tersebut.

Bagaimana susu ibu boleh menenangkan ibu?

Ibu-ibu yang menyusukan anak akan merasai tindakbalas hormon oksitosin dan prolaktin semasa direct feeding mahupun semasa memerah susu.

Hormon oktisitosin membuatkan ibu rasa seronok, kasih sayang dan tenang. Paras hormon stress seperti adrenalin juga dapat dikurangkan.

Prolaktin pula membuat ibu lebih peka dengan kemahuan bayi dan juga memberi rasa tenang serta relaks.

Bagaimana susu jadi sedikit?

Bila stress paras hormon oksitasin menjadi sedikit dan susu sukar dikeluarkan dari payudara. Oleh sebab inilah, stress perlu dikawal oleh ibu menyusu.

Tip mengatasi stess:

1. Bertenang dan muhasabah diri.
    "Balik" kepada Allah dan lazimkan solat hajat, zikir dan doa. 

2. Rehat fizikal dan minda.

3. Luahkan perasaan kepada kawan yang sentiasa memberi sokongan dalam penyusuan susu ibu /menulis diari.

4. Cari me-time
- makanan dan suasana yang menenangkan

5. Senaman

6. Rancang masa makan/minum dan rutin lain

7. Dapatkan bantuan


8. Tetapkan prioriti 
- tahu apa yang lebih penting

9. Selidik punca tekanan

10. Ubah persepsi / mind set

11. Sentiasa amalkan teknik pernafasan yang betul



Rujukan :
Membesarkan anak hebat dengan susu ibu


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, November 23, 2014

Zikir tambah susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Perjalanan penyusuan susu ibu sangat indah walaupun ada cabaran yang menuntut ibu untuk lebih cekal dan melipat gandakan usaha serta tawakkal. Setiap ibu pasti merasai perbezaan dalam diri, baik dari segi spiritual, minda dan juga fizikal setelah berada dunia penyusuan susu ibu.

Dengan dunia penyusuan susu ibu, kita dapat "kembali" dekat padaNya apabila kita menyedari bahawa Pencipta, Pemberi susu itu adalah Allah. Justeru, apabila ingin menyusu atau memerah susu, kalimah Bismillah pasti terucap di bibir kita. Sepanjang penyusuan juga, pasti kita menjaga adab-adabnya.

Apabila mengalami detik getir juga, pasti kita akan mencari Dia. Hanya kerana susu ibu, sanggup bangun solat hajat dan doa tidak pernah putus, Alhamdulillah. Yakinlah ibu akan kembali tenang dan redha apabila ibu mula mengamalkan doa dan zikir-zikir ini.

[Kredit: Dunia Laktasi]

Selamat beramal.
 

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu


Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, October 29, 2014

Panduan mengurus tekanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


 
Alhamdulillah semalam berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Tekanan anjuran ofis. Mulanya rasa tertekan juga .. he..he.. asyik-asyik kursus, sudah melebihi KPI kursus tetapi hakikatnya saya perlukan ilmu dari bengkel ini kerana rasa ada tanda-tanda stress.

Suka sangat bila dapat penceramah dari luar sebab selalunya akan dapat input yang lain sedikit. Penceramah dari Pusat Perundingan dan Latihan IKIM - PPLI IKIM, Puan Zarita Kassim dan Puan Siti Fatimah Abd Rahman.

Sesi Ice Breaking bersama Pn Zarita Kasim.
Stress ada reaksi tubuh terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan sama ada secara fizikal, sosial atau emosi. Ia berkaitan dengan apa yang ada dalam fikiran kita dan bagaimana kita bertindak balas terhadapnya.  Stress terbahagi kepada dua:

1. Stress baik : membuatkan kita bertindak untuk kebaikan diri
Contohnya menyelamatkan diri, menggerakkan diri untuk bertindak dan memotivasikan diri

2. Stress jahat : menimbulkan kesan negatif yang lain
Contohnya rasa resah, pesimis, sensitif, prestasi menurun, hilang sabar, rendah diri dan hilang pertimbangan.

Punca stress bergantung pada peristiwa yang berlaku, cara berfikir, personaliti, emosi dan gaya hidup.

Antara tanda-tanda kita mengalami stress:

1. Kerap merasa terganggu dengan kawan-kawan dan keluarga
2. Ada masalah tidur
3. Rasa tidak mampu mengawal perkara-perkara penting dalam hidup 4. Rasa hendak muntah walaupun dalam keadaan sihat
5. Kerap merasa tidak berminat terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
6. Rasa tidak berselera
7. Rasa tidak dapat membuat keputusan
8. Tidak dapat fokus kepada tugasan yang diberikan.

Stress mempunyai tahap sederhana dan tinggi. Tahap sederhana adalah biasa terutama dalam suasana bekerja. Namun ia perlu diuruskan agar tidak melarat hingga ke peringkat stress tahap tinggi.

Apabila mengalami stress, apa yang perlu kita buat adalah:


-> akui bahawa kita tertekan 
-> berusaha untuk tangani 
-> kenal pasti punca sama ada dalam kawalan (buat apa yang perlu) atau luar kawalan (redha dan fikir cara untuk teruskan hidup)

Cara bertenang ketika menghadapi stress adalah:

1. Sleep on it
2. Riadhah
3. Mendengar muzik

4. Berkebun

Manakala melalui cara Islamik :

1. Solat
2. Tadabbur Qur'an (menghayati makna)
3. Tafakkur
4. Taqarrub
5. Berzikir (Hasbi Rabbi)
6. Berbaik sangka dengan Allah
7. Sabar dan syukur



Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...