Wednesday, October 29, 2014

Panduan mengurus tekanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


 
Alhamdulillah semalam berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Tekanan anjuran ofis. Mulanya rasa tertekan juga .. he..he.. asyik-asyik kursus, sudah melebihi KPI kursus tetapi hakikatnya saya perlukan ilmu dari bengkel ini kerana rasa ada tanda-tanda stress.

Suka sangat bila dapat penceramah dari luar sebab selalunya akan dapat input yang lain sedikit. Penceramah dari Pusat Perundingan dan Latihan IKIM - PPLI IKIM, Puan Zarita Kassim dan Puan Siti Fatimah Abd Rahman.

Sesi Ice Breaking bersama Pn Zarita Kasim.
Stress ada reaksi tubuh terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan sama ada secara fizikal, sosial atau emosi. Ia berkaitan dengan apa yang ada dalam fikiran kita dan bagaimana kita bertindak balas terhadapnya.  Stress terbahagi kepada dua:

1. Stress baik : membuatkan kita bertindak untuk kebaikan diri
Contohnya menyelamatkan diri, menggerakkan diri untuk bertindak dan memotivasikan diri

2. Stress jahat : menimbulkan kesan negatif yang lain
Contohnya rasa resah, pesimis, sensitif, prestasi menurun, hilang sabar, rendah diri dan hilang pertimbangan.

Punca stress bergantung pada peristiwa yang berlaku, cara berfikir, personaliti, emosi dan gaya hidup.

Antara tanda-tanda kita mengalami stress:

1. Kerap merasa terganggu dengan kawan-kawan dan keluarga
2. Ada masalah tidur
3. Rasa tidak mampu mengawal perkara-perkara penting dalam hidup 4. Rasa hendak muntah walaupun dalam keadaan sihat
5. Kerap merasa tidak berminat terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
6. Rasa tidak berselera
7. Rasa tidak dapat membuat keputusan
8. Tidak dapat fokus kepada tugasan yang diberikan.

Stress mempunyai tahap sederhana dan tinggi. Tahap sederhana adalah biasa terutama dalam suasana bekerja. Namun ia perlu diuruskan agar tidak melarat hingga ke peringkat stress tahap tinggi.

Apabila mengalami stress, apa yang perlu kita buat adalah:


-> akui bahawa kita tertekan 
-> berusaha untuk tangani 
-> kenal pasti punca sama ada dalam kawalan (buat apa yang perlu) atau luar kawalan (redha dan fikir cara untuk teruskan hidup)

Cara bertenang ketika menghadapi stress adalah:

1. Sleep on it
2. Riadhah
3. Mendengar muzik

4. Berkebun

Manakala melalui cara Islamik :

1. Solat
2. Tadabbur Qur'an (menghayati makna)
3. Tafakkur
4. Taqarrub
5. Berzikir (Hasbi Rabbi)
6. Berbaik sangka dengan Allah
7. Sabar dan syukur



Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...