Wednesday, October 1, 2014

Hakikat sebuah hajat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

http://rashidyjamil.blogspot.com

Semasa mengkatalog buku ini, saya sempat terbaca tentang hakikat sebuah hajat. Menarik isinya.

Apabila kita renungkan betapa banyaknya doa kita yang sebenarnya hanyalah satu kemahuan bukan keperluan.

Kata-kata penyair Arab:
"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita. Sedangkan hajat bagi orang yang hidup tidak pernah habis-habis".

Itulah hakikat sebuah hajat.

Bagaimana untuk mengurangkan hajat-hajat yang bersifat kemahuan ini? 
Semailah sifat memadai (qana'ah) kerana bila kita tidak dapat bukan bererti Alah tidak beri, tetapi Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita agar kita belajar erti Redha yang mendekatkan diri kita kepadaNya.

Maka, seeloknyalah kita berhajat pada sesuatu yang merupakan keperluan pada kita sebagai seorang insan bergelar wanita, ibu, isteri, anak, pekerja dan yang lebih penting lagi keperluan kita sebagai hambaNya ...

Suka saya mengaitkan entri ini dengan kata-kata inspirasi dari Mommy Lyna, (seorang yang tidak asing lagi dalam dunia Shaklee) - tentang impian yang tidak tercapai.

Saya pasti kita selalu tertanya-tanya kenapa ada impian kita yang tidak tercapai. Alhamdulillah saya temukan jawapannya dari perkongsian Mommy Lyna. Beliau menyatakan ada dua kemungkinan:

1. Allah sudah menentukan yang lebih baik.
Ini setelah kita berdoa dan berusaha sehabis baik. Mungkin juga yang kita impikan itu hanya satu kemahuan bukan keperluan yang terbaik untuk kita.

2. Cuma berimpian sahaja:
- sekadar cakap tetapi tidak berusaha,
- sudah berusaha tetapi tidak cukup gigih,
- tidak tahan dugaan, mudah putus asa.

[Sumber]

Kita sebagai ibu, hajat menyusukan anak itu adalah suatu keperluan bagi kita kerana itu adalah tanggungjawab ibu dan hak anak. Tambahan lagi ia sudah termaktub dalam Al Qur'an, suruhan khas dari Nya.

Berdoa, berusaha dan berdoa lagi untuk mencapai impian menyusukan anak selama 2 tahun.

Salam kejayaan penyusuan susu ibu!
[Sumber]
Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...