Showing posts with label Diari Saya & Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Diari Saya & Keluarga. Show all posts

Thursday, February 9, 2017

Akhirnya saya cuti tanpa gaji ...

Teks : Zaleha Mustapha
 Gambar : Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Entri ini mula ditulis sebagai draft pada 25 November 2016. Hari ambil tandatangan bos-bos di ofis Kak NiHa dengan perasaan buat-buat cool sedangkan dalam hati ada sedih, takut, risau 😂

Hari ini sudah hari ke 40 bercuti tanpa gaji.

Kronologi permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG):

- telefon Jabatan Pendaftar tentang prosedur
boleh mula mohon dalam 1-3 bulan sebelum bercuti
kelayakan CTG Kak NiHa dengan tempoh bekerja 9 tahun adalah 9 bulan

- 24/11 isi borang
- 25/11 ambil tandatangan Ketua Unit, Penolong Pendaftar, Timbalan Ketua Pustakawan (yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan)
- 28/11 serah borang di Jabatan Pendaftar
- /12 surat pengesahan berjaya CTG

Kak NiHa kongsikan persediaan kewangan untuk CTG di http://bit.ly/PersediaanCutiTanpaGaji

Sepanjang bercuti tanpa gaji ini, Kak NiHa lebih fokus untuk urusan persekolahan anak, jadi mak supir 😅. Rutin baru setiap hari adalah masak untuk makan pagi dua beradik tu. Sebelum ni suami yang sediakan lauk makan pagi dan tengah hari Qaiyum. Adnin kadang-kadang makan pagi kat rumah, kadang-kadang bawa bekal atau nak beli kuih di warung depan rumah.


Bila cuti ni Kak NiHa lah yang masak. Kak NiHa guna menu planner sebab senang nak ingat dan encik akauntan aka suami dah buat bajet lauk-pauk 😎 Dua beradik ni akan makan pagi dalam 6.45-7.15 pagi. 

Selesai makan, Adnin akan dihantar ke sekolah agama. Kemudian balik tengok abangnya bersiap sebelum dihantar ke sekolah PPKI. Kalau nak jimat masa, boleh sekali hantar tapi abang nak dihantar berasingan. Nasiblah sekolah agama Adnin dekat je. Mak layan sahaja asal dia nak ke sekolah.

Balik rumah dalam jam 8 lebih, baru Kak NiHa makan pagi dan tengok apa yang nak buat sepanjang hari (update blog/online marketing/kemas rumah/surfing internet).

Jika Adnin nak dihantar ke sekolah kebangsaan, Kak NiHa akan ambil jam 10.30 pagi. Kemudian masak untuk makan tengah hari. Lepas hantar Adnin ke SK, terus ambil abangnya. Qaiyum selalunya boleh balik awal dari jadual sebab jadualnya fleksibel.

Kelas PPKI SK Jalan 6
Misi utama lain sepanjang bercuti ni adalah mengosongkan rumah dari barang-barang lama. Baru siap kemas rak buku. Doanya siap semuanya menjelang akhir Februari ni. Untuk rumah bersih berkilau, cadangnya nak tempah servis cuci rumah sahaja. Gangguan saraf yang on off ni melambatkan sedikit kerja-kerja yang dirancang. Bila rasa sakit satu badan, banyak baring sahaja. Simpan tenaga untuk hantar dan ambil anak sekolah. Kerja lain kena tangguhkan dulu.


Cuti ni juga fokus kepada pemulihan gangguan saraf akibat scoliosis dan mungkin ada faktor lain juga. Dah mula urut secara konsisten dan nak cuba fisioterapi dan chiropractic juga. Alhamdulillah, di Bangi semua ada. Sedia duit lebih je lah 😊

Hobi yang dapat buat sepanjang cuti ni hanya menulis dan berkebun sedikit. Menjahit masih ditangguhkan. Kumpul duit tabung syiling dulu. Satu mesin rosak, satu lagi tak berapa elok dah jahitannya. Nak minta servis lah tu. Dah bertahun guna, belum hantar servis.

Setakat ini, perkongsian CTG kak NiHa. Jika ada lagi yang nak dikongsikan Kak NiHa akan post lagi 😉


 Sharing with ♥
 Zaleha Mustapha Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Tempahan Abaya Menyusu 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Personal branding 2017

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Awal Januari lepas, ada buat survey panggilan diri di FB.
Nama asal Nik Zaleha.
Majoriti memilih Nik Ha.
Terima kasih 😊
.
Untuk melembutkan bunyi panggilan (tinggalkan 'k') dan meneliti maknanya serta pertambahan umur (namun sentiasa muda di hati) maka nama pilihan adalah:
🍭 Kak NiHa.
.
Dalam bahasa Arab: niha (Nun Ha Alif) bermakna yang bersinar/mar-mar.
Ni cek kamus Marbawi
Kalau google 'the bright one' tapi ada juga 'the naughty one' ..hahaha
Kadang-kadang akak noti jugak.
Neha dalam bahasa Sansekerta, ertinya cinta dan kasih sayang.
Kita ikut makna-makna yang baik je lah ya
Kak NiHa juga ada buat survey tentang apa yang suka dibaca oleh rakan-rakan FB

A. Penyusuan susu ibu 
B. Fesyen ibu menyusu
C. Pengalaman mengurus anak istimewa
D. Pengalaman guna produk semulajadi
(stevia, essential oils dll.)
E. Urus duit bagi ibu bekerja.

Majoriti memilih
Pengalaman mengurus anak istimewa dan Urus duit bagi ibu bekerja.

Untuk di blog ini, Kak NiHa masih mengekalkan tema utama iaitu perkongsian mengenai penyusuan susu ibu.

Jika ada ibu-ibu yang suka baca mengenai tip urus duit boleh singgah ke blog http://nikhabiz.blogspot.my

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Perlukan abaya menyusu custom made? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, December 11, 2016

Aktiviti cuti sekolah - Explore the nature

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Semalam ke Free Children Activity Day (CAD) di Tadika Naluri Bangi2, Seksyen 3 Bangi. Tadika ini akan dibuka Januari nanti. Bila masuk ke tadika tersebut rasa seronok sangat sebab kawasannya lapang dan ada banyak pokok. Ada buai, pondok dan tandas di luar rumah. Rumah itu dahulu katanya tempat penjagaan warga emas.



Aktiviti bermula dengan sesi melawat sekitar rumah dan kemudahan dalam tadika. Seterusnya sesi mengenal pokok. Dalam sesi ini anak-anak belajar nama, bau, rupa dan bagaimana ia hidup. Sesi diteruskan dengan aktivti menanam pokok bersama ibubapa. Dalam aktiviti ini ibubapa digalakkan berinteraksi dengan anak-anak seperti membilang scoop tanah yang dimasukkan ke polibeg.

Pn Noor Hayati Abdul Hamid.
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd.

Adnin tanam anak kangkung

Tanam bunga spider lily

Hasil tanaman anak-anak bersama ibu bapa dan boleh dibawa balik
Aktiviti Flower Craft
Beli pokok basil dan ulam dengan harga seikhlas hati ☺
Untuk ibu bapa yang ingin mengetahui lanjut mengenai tadika yang berkonsepkan natural learning ini boleh dapatkan maklumat di https://www.facebook.com/NALURI.early.excellence.centre/


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, August 17, 2016

Sesi temujanji untuk anak soleh (5) - Kaunselor sekolah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Entri ini catatan lama sekadar kenangan saya menguruskan anak istimewa :)

[Source]
19/5/16
Guru kaunseling dan ustazah datang ke rumah buat kali ke 2.
Berlari Qaiyum naik ke tingkat atas, mahu menyorok dalam bilik tapi abahnya yang gagah sempat menarik pintu..he..he..
Duk menahan pintu dari dibuka oleh Qaiyum.
.
Bermula drama tepis menepis nak pakaikan baju.
Reward balik kampung ditolak mentah-mentah.
Menangis sampai nak termuntah.
.
Pujuk-pujuk, dapatlah pakai baju biasa, bukan baju sukan sekolah
Mohon ustazah ruqyahkan.
Mata pejam tak buka sampai sudah.
Adegan tepi tangga seriau je takut tertendang ustazah.
Akhirnya belum dapat ke sekolah jua ...
.
Ustazah cadangkan kerap bawa ke Darul Syifa.
Pujuk dan paksa juga.
Kami pun masih mencari apa lagi yang boleh diumpan ..huhu..
.
Dugaan ini berat rasanya.
Kerana saya juga dikatakan oleh perawat ada gangguan yang sama.
Ada juga isu psikologi (suka belajar psikologi utk memahami diri sendiri)
Apa yang Qaiyum alami, saya pernah alami.
Tak nak ke tempat kerja.
Menangis dalam kereta on the way ke ofis.
Prestasi kerja drop. Pernah rasa macam2 perasaan tak terungkap.
Nak nangis, stress, sakit kepala, sakit belakang.
Tahap nak jumpa psikiatri tapi saya jumpa perawat perubatan Islam dahulu.
Hikmahnya lebih dekat dengan terapi kerohanian.
Bertahan dengan amalan ayat-ayat suci Al Qur'an dan makanan Sunnah.
Hipnosis diri sendiri, affirmasi.
Kadang-kadang berjaya kawal diri, kadang-kadang terlepas juga.
.
Isu bercampur: gangguan dan psikologi.
Aturan Allah itu terbaik.
Saya doa untuk kuat.
Allah berikan ujian ini untuk jadi double kuat.
Mengurus diri sendiri dan anak soleh.
Doakan kami ya.



29 April lawatan guru sekolah yang pertama ke rumah.

18/5/16
Hari ini kali ke 3 berjumpa guru kaunseling sekolah sejak April.
Kali ini bersama suami.
Perbincangan berlangsung sejam.
.
Tersentuh juga emosi, tiba-tiba 'hujan' .he..he..
Suamilah yang menyambung bercerita sementara saya menenangkan diri sendiri.
.
Hari tu ter'hujan' juga semasa guru penyelaras kurikulum call.
Mungkin masa tu emosi saya dah tak stabil.
Berulang-ulang saya dengar perkataan "saya tahu puan STRESS ..... tapi tak boleh BIAR je anak tak datang sekolah..bla..bla..
Rasa down tiba-tiba.

 .
Tadi tersentuh lagi bila diberitahu tiada surat, tak datang jumpa cikgu, hanya berwasap sahaja ..
Ter'down' sekejap.
Yang sebenarnya sudah ada surat diberi kepada guru kelas cuma bukan surat dari doktor.
Kena ada surat bukti dari doktor semasa berjumpa pakar kanak-kanak tempohari.
Kami fikirkan sekolah boleh menunggu selesai temujanji dengan psikologist yang boleh mengeluarkan laporan rasmi.
.
Rupanya kalau ikut prosedur yg betul 10 hari tak datang sekolah, dah boleh dapat surat warning pertama.
Tapi sekolah mengambil budi bicara tidak menghantar surat warning kerana ada rekod berjumpa guru kaunseling dan surat makluman ketidakhadiran anak dari saya.
.
Keputusan dari perbincangan:
- Cikgu kaunseling akan datang pujuk Qaiyum untuk ke sekolah pagi esok.
- Pakai baju sukan dan duduk di Pusat Sumber (kami beritahu dia suka baca buku) atau di Bilik Kaunseling, tak masuk bilik darjah pun tak pe
- Cikgu akan usaha pujuk dalam tempoh seminggu
- Jika masih tidak berjaya, cikgu usulkan pindah sekolah yang tidak berstatus Berprestasi Tinggi/Kluster.



Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, July 2, 2016

Sesi temujanji untuk anak soleh (4) - Clinical Psychologist

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


23 Jun 2016
 














7.30 pagi bertolak ke Hospital Annur, Seksyen 9, Bangi.
Alhamdulillah lancar je.
Parking masih ada berdekatan hospital sebab masih awal.
1st time masuk bangunan tu, sebelum ni di Klinik Pakar Kanak-kanak.
Selepas pendaftaran, di bawa naik ke Tingkat 1 menunggu Konsultan Psikologi Klinikal.

Qaiyum nampak ok sebab ada adiknya.
Abah tak dapat teman kerana ada check up di HKL.

Macam biasa, sesi intoduction sekejap dengan psychologist kemudian diminta tunggu di luar.
Berdebar juga menanti keadaan dia keluar nanti.
Dalam hati doa tak berhenti agar semuanya berjalan lancar.
Alhamdulillah sekejap je sesi diagnos tu.
Qaiyum pun tak nangis sebab konsultant tak banyak soal yang buat dia stress.
Hanya test dia jawab soalan bertulis (BM, BI, Matematik)
Ummi kena jawab questionnaire juga.

Result Konsultan Psikologi Klinikal : Specific Learning Disabilities
Dicadangkan mengikuti Program Pemulihan di sekolah biasa.
PPKI boleh masuk untuk sekolah menengah, pilih kemahiran.
.
Apply kad OKU untuk dapat tambahan masa exam.
Bergegas ummi ke JKM di Hentian Kajang sebab psychologist nak settle hari yang sama.
Melilau jugalah cari ofis JKM tu.
Maklumlah selalu pergi bawah tempat bas dan KWSP je.
Alhamdulillah masih awal, adalah parking walaupun kena pusing sekali dan jalan jauh sikit.
Doa je dalam hati sebab jalan sorang-sorang.



 













Dah ambil borang, pecut ke Annur semula.
Dah hampir jam 11 pagi, nak parking dekat agak tipis lah harapan.
Parking kat bangunan belakang, jalan je lah sikit.
Senaman jalan kaki bulan puasa ni, doanya pahala lebih sikit :D


Psychologist lebih tekankan isu pembelajaran.
Ada anxiety yang mungkin timbul apabila tertekan dengan gaya pembelajaran kelas arus perdana untuk target tinggi dalam UPSR.
Teknik pembelajaran yang sesuai : one to one coaching
Cikgu kena selalu appproach khusus untuk dia.
.
Kehadiran ke sekolah = tak perlu paksa, pujuk je


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Friday, July 1, 2016

Sesi temujanji untuk anak soleh (3) - Occupational Therapist

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.















KISAH DI QAMARA (1 Jun 2016)
================
Tak beritahu nak jumpa therapist.
Umpan nak cari kedai baru dekat Bangi Gateway dengan adiknya.
Jumpa suami dari ofis di Qamara's Centre
.















Bila masuk center dia ok lagi.
Cakap-cakap dengan therapist tentang latar belakang dulu,
ummi kawal suara tak nak bagi dia dengar.
.

Lepas tu sementara saya isi Questionnaire for Parents or Caregivers & Routine Pattern Form,
therapist ajak ke bilik untuk assessment dengan adik dia,
lepas beberapa minit, adiknya balik semula.
Ummi doa je lah dia bagi kerjasama dengan baik.
1 jam jugak la assessment tu.
Ummi pun gigih recall tentang behaviour Qaiyum sejak kecil untuk jawab questionnaire tu.





 














Setelah beberapa lama Qaiyum keluar dari bilik.
Baju basah dengan air mata & hingus ..huhu
Biasa dah tu.
Ummi bincang dengan therapist dalam setengah jam jugak.
Isu utama yang dikenal pasti adalah anxiety.
Antara faktor berkaitan, takut dengan guru, takut tentang belajar, kerja sekolah banyak, exam, takut tentang kawan2.
Tunggu result penuh dalam laporan nanti.
.
Dalam kereta Qaiyum nangis sungguh2.
Ummi biar dia release je :)
Alhamdulillah kat rumah dia tak semoody masa cikgu sekolah datang rumah dulu.
Diam jugak la tapi masih respond bila ummi cakap.
.
9 Jun ambil laporan.
Assessment pertama dengan Occupational Therapist : Mild autism symptom with Social Anxiety Disorder.
Kos assessment RM250

Didoakan dipermudahkan untuk assessment kedua dengan Clinical psychologist (23 Jun 2016)




























Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, June 30, 2016

Sesi temujanji untuk anak soleh (2) - Pakar Kanak-Kanak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

23 Mei 2016
Alhamdulillah hari ni dapat bawa Qaiyum jumpa Dr Md Nazim, Pakar Kanak-Kanak Az Zahrah.
Bawa adiknya sekali.
Itu syarat nak keluar rumah waktu sekolah 😅
.
Dari Sabtu tak lena tidur katanya.
Berkali-kali tanya dr buat apa? Kena cakap banyak ke?
Bila dia angguk pagi tadi tanda setuju nak pergi, ummi rasa nak lompat bintang 😄
.
Dalam kereta siap cakap dia nak tutup telinga, tak nak duduk depan Dr.
1 jam menunggu (sbb walk in je) macam2 dia mengadu:penat, nak demam, bosan, lama sangat.
.
Dah masuk jumpa Dr, diam je bila dr tanya.
Dr duk bercerita kisah2 inspirasi.
Harapan untuk kami.
Agar kami terus bersemangat.
Bila nak berkomunikasi dgn Qaiyum, dr tanya panggilan manja, ada physical touch.
Qaiyum rasa selesa, dia boleh senyum2 walaupun tak jawab soalan.
Kalau dia tak selesa, dia akan tunduk even pejam mata macam masa cikgu sekolah dtg hari tu.
.
Di sini saya belajar teknik approach anak2 istimewa ni.
Dr bercakap dgn mak ayah dulu.
Beri masa anak selesa dgn tempat duduk, bilik yg baru dia masuk tu.
Dr tak terus arah "angkat muka, tengok mata Dr, kenapa tak pergi sekolah lagi ...."
.
Dr suggest ambil makanan/supplement yg ada Omega 3 & seangkatan,
termasuk untuk mak ayah juga


Cuba baca tulisan Dr untuk bagi kepada pihak sekolah.
Dalam surat tu dr diagnosed
"School refusal ; underlying Attention Deficit Hyperactive Disorder spectrum
Awaiting full psychologist assessment June 2016.
...required for a TCA/clinic visit on 2 months.
.
 

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, June 29, 2016

Sesi temujanji untuk anak soleh (1)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Lama blog terbiar sepi.
Nota pendek tentang Tip ibu menyusu dan berpuasa saya kongsikan di IG dan page ClothDNZ.
InsyaAllah saya tuliskan semula di sini.

Entri seterusnya akan banyak tentang Diari Saya & Keluarga. Terapi untuk saya dan perkongsian untuk ibu-ibu yang ada anak istimewa.

Catatan temujanji untuk mengenal pasti keadaan anakanda putera. Saya memilih hospital dan psychologist swasta atas faktor masa dan tempat. Itu pun kena cepat. Lambat call sahaja, slot dah penuh.

23 April 206
Temujanji dengan Pakar Kanak-Kanak Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Dr. Md Nazim Bin Abu.
Anak soleh tak nak keluar rumah.
Adiknya pula ada Kem Bestari Solat.
Ummi dan abah je ke sana.

Dr banyak bercerita tentang kisah anak-anak istimewa, memberi harapan dan semangat kepada kami. Sedikit komen tentang sistem pendidikan kita.
Dirujuk ke Clinical Psychologist untuk diagnos.
Dr berikan pamplet Atfal Jannal, ada di Bandar Baru Bangi dan Bukit Mahkota.

9 Mei 2016
Temujanji dengan clinical psychologist di Atfal Jannah untuk diagnosis.
Jam 11 pagi.
Berlalu begitu sahaja.
Belum berjaya memujuk untuk keluar rumah.
.
Umpan nak pergi beli hadiah & kek hari jadi dia pun tak berjaya.
.
Slot kosong kedua jam 4ptg.
Pujuk lagi.
Allahu musta'an
.
Belum berjaya juga ...


10 Mei 2016
Hari ni dapat bercakap melalui telefon dengan clinical psychologist.
Lapang dada, sejuk hati mendengarnya.
Itulah peranan kaunselorkan.
Hilang separuh gundah hati ibu yang kadang2 buntu memikirkan solusinya.
.
Setelah diceritakan serba sedikit keadaan anak soleh, kaunselor maklumkan ada tanda2 anxiety.
Perlu diagnos lebih lanjut.
Perlukan konsultasi dengan psikiatri kanak2 jika confirm berkaitan psikologi tingkahlaku.
Buat masa ini pujuk sahaja, beri reward, elakkan paksaan, doa.
InsyaAllah akan terbuka hatinya satu hari nanti.
.
Temujanji di An Nur dengan clinical psychologist yang sama dapat 16 Jun.
Atfal Jannah bulan Julai baru ada kosong.
Allahumma yassir wa tammim bilkhair.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Friday, May 20, 2016

Anak ada gangguan?

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi 

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan, 
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 

Lama blog ini 'bersawang'
Baru semalam ber'terapi' menulis. Rindu nak menulis di blog.
Bulan Mac, bermula bulan ujian (kata suami) :) Hakikatnya setiap hari kita diuji kan. Senang ujian, susah pun ujian.

Doa untuk Qaiyum - catatan bonda untuk anakanda putera sepanjang melalui rahmat dan ujian ini.

Kini hampir 2 bulan anak soleh tidak ke sekolah. Episod bermula selepas program Skor A di MPOB.
KENAPA?
Soalan yang bertubi-tubi di benak ummi dan abah dan sesiapa sahaja bila diberitahu tidak ke sekolah.
Pada cikgu lebihlah lagi. Tahun ini tahun UPSR. Cikgu dah siap pelbagai strategi dan program demi 6A di Sekolah Berprestasi Tinggi ini.
Sungguh ia juga ujian untuk guru dan sekolah tersohor ini.

Hikmah ujian ini, sampailah kami ke Darul Syifa. Orang Bangi yang tak pernah sampai Darul Syifa'...he..he..Mencabar juga. Lama menunggu. Ada yang potong barisan. Ujian ...

Macam biasa no eye contact dengan orang yang tak dikenali. Ustaz tanya-tanya nama, kenapa tak nak ke sekolah, nangis. Ustaz doa sekejap je. Bawa balik air penawar untuk minum dan mandi.

Seminggu berlalu, anak soleh belum berubah. Kami panggil ustaz datang rumah pula. Asalnya beli sabun bidara. Dia boleh merawat sekali, jadi panggil datang rumah lah memandangkan anak soleh susah nak keluar rumah.

Ustaz ruqyah dan katanya ada saka. Jadi susah fokus. Jin manja pulak tu yang menumpang. Mudah menangis dan lemah semangat. Aduh ...

Seminggu kemudian, masih tak mahu ke sekolah. Kami bawa pula berubat dengan kakak yang merawat saya (ini pun ujian yang tak saya sangka, dalam proses redha, insyaAllah).

Mulanya dia senyum-senyum je masa diurut dahi dan kepala, tapi bila baring dan kakak tu tekan dada, nampak dia tak selesa dan tak nak buka mulut. Balik, mandikan dengan air penawar, garam dan air limau.

Entri ini, insyaAllah akan saya kemaskini semula dengan doa-doa merawat gangguan.

Entri akan datang, saya kongsikan pengalaman kami membuat temujanji dengan pakar kanak-kanak, pusat untuk anak-anak istimewa dan urusan dengan pihak sekolah.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, March 12, 2016

Anakku ... berbeza?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Semalam jumpa guru kaunseling anakanda putera. Sudah lama sebenarnya nak jumpa, berikutan sedikit kelainan yang ada pada anak kesayangan ini. Mother's instint yang terpendam sekian lama ... Mungkin juga saya dan suami melalui fasa "denial" = dia macam budak-budak biasa, lambat sedikit je dalam pembelajaran. Hakikatnya hanya Allah yang tahu ...

Tahun ini agak tough kerana anakanda putera akan menduduki UPSR. Di sekolah, telah mula proses "drilling" soalan-soalan latihan UPSR. Anakanda pernah tak hadir sekolah 4 hari berikutan demam viral. Banyak pelajaran dan latihan yang tertinggal sampailah dia mogok tak nak ke sekolah sebab takut tak siap latihan. 2 hari tak ke sekolah. Itulah menjadi titik pertemuan dengan guru kaunseling.



Melalui perbincangan, ada 2 isu besar yang kami perlu uruskan: masalah pembelajaran dan psikologi (kurang yakin, kurang berani, kurang aktif)

Isu pembelajaran:
- one-to-one teaching (tidak sesuai ke kelas tuisyen ramai)
- kami ajar sendiri subjek-subjek yang dipelajari
- cari guru yang dia biasa dan selesa

Isu psikologi:
- abah ambil alih sebahagian besar aktiviti dengannya (jalan-jalan, belajar)
- beri tanggungjawab ringan sedikit demi sedikit
- selalu bawa ke tempat awam
- hantar ke kem motivasi
- dapatkan surat dari doktor panel untuk di rujuk ke ujian pengesanan masalah pembelajaran akibat disleksia dll.




To read http://homeschoolingwithdyslexia.com/

Cikgu Matematik pun perasan masih ada nombor yang ditulis terbalik.

Masa buat latihan, macam dia ok tetapi bila jawab soalan terutama yang bertulis, seolah dia tak faham langsung apa yang dipelajari. Subjek UPSR semuanya "atas pagar dan merah", subjek selainnya seperti Seni, Muzik dapat A. Memang budak-budak yang ada ciri-ciri disleksia ni, kelebihannya pada bidang seni.

Cikgu bimbang bila dia dah masuk sekolah menengah dan ditempatkan dalam kelas hujung, banyak pengaruh tak elok. Jadi, kena sama-sama usaha untuk dia ada peningkatan dalam pelajaran.

Sepanjang sesi perbincangan, rasa bercampur baur tapi kawal diri. Tersentuh bila guru kaunseling memberi harapan anakanda putera akan jadi seorang yang baik jika kena cara didikannya sebab dia tak pernah ada masalah disiplin, hormat cikgu.

Balik dari sekolah, termenung sekejap. Fikir tindakan selanjutnya. Siri ujian dan pengesahan dari doktor pakar bukan ambil masa sekejap tapi penting untuk dibuat kerana jika anakanda disahkan ada disleksia atau apa-apa masalah pembelajaran yang lain, sekolah boleh mohon untuk calon berkeperluan khas dalam UPSR. Jadi, tempoh masa menjawab adalah berbeza dari murid biasa.

[Sumber]
Syaratnya kena ada kad OKU atau laporan perubatan from hospital kerajaan/swasta. 
Ada ibu yang kongsi, tarikh temujanji dengan pakar untuk dapat surat pengesahan sahaja (anak dah ada kad OKU) 6 minggu baru dapat. Itu yang paling awal berbanding hospital lain. Kena fikir alternatif melalui hospital swasta juga. Bersedia untuk berkorban duit, masa, tenaga ..

Saya kena solat hajat dulu sebelum bincang dengan suami. Masih mencari kekuatan dan ayat-ayat hendak dituturkan kerana sebelum ini pernah usulkan untuk pemeriksaan tetapi suami rasa anakanda ok.

Info dari group Anak istimewa~ADHD, Dyslexia, Austisme atau Masalah Pembelajaran:
(belum disemak jika ada perubahan maklumat terkini)

DEVELOPMENTAL PAEDIACTRICS 

Sime Darby Medical Centre Subang Jaya/Bangsar
-------------------------
1. Dr Rajini Sarvananthan/Developmental Paediatrics
- http://www.ramsaysimedarby.asia/ 03- 6279 3017
- Dr Ranjini also registered with Baby and Beyond - Bangsar Village.

HUKM, CHERAS
-------------------
Jabatan Pediatrik | Pusat Perkembangan Kanak-kanak
1. Prof Madya Raja Dr. Juanita Raja Lope at HUKM.
Pakar Pediatrik (Perkembangan Kanak-Kanak) (DU54)
5410
juanita@ppukm.ukm.edu.my

Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888 Faks: 603-91737827
Emel: kjped@ppukm.ukm.my
Waktu Operasi: 8.00pg – 5.00ptg

Pusat Perubatan Primer | Klinik Kanak-kanak dan Remaja
Khidmat pakar – setiap hari Selasa
( 9 pagi – 2 petang)

Ujian saringan untuk kanak-kanak dengan masalah perkembangan (developmental delay), masalah pembelajaran (Learning disabilities), Dyslexia, Autism, ADHD.
Khidmat  “Expressive therapy”
Khidmat kaunseling (pesakit/ibu-bapa atau penjaga)

JABATAN PERUBATAN KELUARGA
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel:  +603 9145 6117 / 6118 / 7925 Fax: +603 9145 6680
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang
Email: kjperkl@ppukm.ukm.my

KM Specialist Centre

7th Floor, Clinical Block, UKM Medical Centre
Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
General Line : 03-9172 6064 / 7326
Email : marketing@ukmsc.com.my

Specialist Clinics : 03-9145 6288 / 7776 / 7777
Email : info.ukmsc@gmail.com
(Enquiries / Appointments / Registration / Admission)

Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM
Aras 2, BYS Kg. Baru, Jln Raja Muda Abd Aziz
WP Kuala Lumpur
+603-2687 8198/ 8196 /+6012-6476401


1. Dr Zulkifli 0355431111
(KPJ Seksyen 20 Shah Alam)


2. Dr Alex Ng Wei Siong
0356391212
(SJMC Subang Jaya)


3. Dr Raja Juanita
0378044171
(Pantai Medical KL or she can be at WQ Park Kelana Jaya)


Pusat Disleksia Titiwangsa, 
No 6, Persiaran Kuantan,
Jalan Kuantan, Titiwangsa.
Hubungi En. Hafiz, hp 019-4446059
di dalam waktu pejabat utk temujanji ujian ini.
Kos RM150 akan terlibat.
Ujian berlangsung selama 1 jam 30 minit.
[Sumber]

Wisma Kagumas
No. 18, Jalan 9/3
Taman IKS
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
Coordinator: Pn. Zaliita (014 7188188)
Tel: 03 8926 8954

http://dyslexiamalaysia.org.my/dam-centres/
https://www.facebook.com/dyslexia.malaysia/?fref=nf

Allahumma yassir wa tammim bilkhair.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, February 27, 2016

Penawar demam denggi dan viral fever

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Siri demam kami sekeluarga bermula dari awal Februari.
Alhamdulillah saya dan anakanda puteri sembuh setelah 2 kali demam tetapi suami dan anakanda putera masih on off demamnya.
Result darah suami pada 24.2 +ve denggi.
Result anakanda putera 26.2 suspek denggi, tapi platlet tidak terlalu rendah. Homopati maklumkan demam berpunca dari virus juga, mungkin virus yang berbeza.
.
Saya kongsikan apa yang diambil oleh suami dan anak.
Minum banyak air.
Minum berselang seli antara air masak (boleh tambah #stevia, sebab bila mulut pahit, minum air kosong pun rasa pahit. Bila titis stevia, rasa sedap sikit), air kangen, 100plus.
.
Untuk anak, boleh berikan apa-apa jenis jus buah dan sup.
Kawan kongsikan resepi:
blend tembikai + oren
blend buah lai



Alhamdulillah, ada sebatang pokok betik yang suami tanam. Dapatlah ambil daunnya. Daun yang tak terlalu lua atau muda.
Blend 1 pelepah dgn 1 gelas air.
Ada jumpa caranya tumbuk daun tanpa tambah air, ambil patinya. Minum 1 sudu shj.
Lebih pahit berbanding campur air.


Jus kiwi
Tambah #stevia baru sedap sikit sebab ia agak masam 

 Kandungan vitamin c yang tinggi 


Jus ni susah juga nak cari. Tak semua kedai jual. Nasib baik jumpa di kedai runcit berdekatan.

Sup ketam
Mula-mula buat, bubuh bawang putih je.
Lepas google dapat resepi guna bawang putih, bawang merah, halia, lada putih.
Saya masukkan selabu bwg putih, lebihkan halia juga.
Nak kurang bau hanyir ketam, ada petua masukkan sedikit gula melaka.







#stevia titis dalam air teh.
Vitamin shaklee baru dpt 26.2.16
Mak pun kena on supplement juga.
Tak fit, dah rasa semacam je.
Kenyuh kenyih kato ore kelate.
Drive sekitar perumahan je pun
Dalam menjaga anak demam, terlupa nak makan.
Pagi je paksa diri makan nasi 

Klinik homopati Hasan ni terletak di tingkat 2 PKNS Bangi.
Dr klinik homopati kata anak viral fever bukan denggi.

Mak tumpang check up.
Macam biasa isu penghadaman dan saraf, dah cecah 80%

Jaga WAKTU makan pesan dr.
Kolesterol border line.

.
Alhamdulillah, suami warded 2 malam je. Terkilan juga tak dapat lama di wad. Pesakit berdikari ..huhu.. Suami drive sendiri ke Nilai Medical Center malam Khamis lepas sebab KPJ Kajang dah penuh. Saya ke klinik untuk cek darah anakanda putera yang masih on off demamnya.Tapi doktor tak dapat cari urat darah, ke dalam sangat katanya. Adoila ... doktor senior tu, kalau junior, kita fahamlah mungkin kurang mahir lagi. Dia sarankan ke klinik kesihatan atau hospital terus je.

Esoknya saya ke klinik homopati dulu. Lega sikit bila doktor kata bukan denggi sebab ruam lain sikit. 

Balik dari klinik, kemas-kemas apa yang patut untuk ke hospital, baru nak jenguk suami ..huhu.. Tak lama di hospital, anakanda macam nak demam sebab aircond agak sejuk, nak adjust ikut selera sendiri, tak dapatlah sebab bilik kongsi 2 orang. 

Balik dari hospital, anakanda putera demam menggigil. Tapi suhunya tak terlalu tinggi. Kena paksa minum banyak air.

Semalam buat blood test dengan doktor yang kami biasa consult sejak 9 tahun lepas. Alhamdulillah senang je dia jumpa urat darah tu :D Dia pun pandai memujuk anakanda putera yang agak fobia dah dengan jarum. Maklumlah doktor dari klinik lain sebelum tu, dah siap cucuk tapi tak keluar darahnya...silap cucuk ... ouch!

Tengah hari dapat panggilan telefon, berdebar jugalah bila pembantu klinik maklumkan suspek denggi. Bincang-bincang dengan suami, katanya stay kat rumah dulu sebab platlet tak terlalu rendah. Kebetulan suami pun dalam proses keluar dari hospital.

Sejak malam tadi, anakanda putera dah tak demam. Baru gigih minum banyak air dan segala yang diberi bila dengar kena masuk hospital. Doanya bebas sepenuhnya dari virus tu minggu ni. Bulan 3 nanti dah ada ujian di sekolah. Calon UPSR pula tu. Allahumma yassir wa tammim bilkhair.

Ibu yang demam denggi, boleh ke menyusu?
InsyaAllah saya kongsikan dalam artikel seterusnya.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, February 22, 2016

Tip menjaga kecerdasan otak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]
Tip ini dikongsikan oleh PU Fakhrul semasa MITASES SK Jalan 3:

 1. Zikir - boleh merangsang 14 juta saraf otak.

2. Wajib sarapan pagi.

3. Elakkan makan terlalu banyak.

4. Elakkan merokok.

5. Elakkan tengok maksiat.

6. Berada dalam udara yang segar.

7. Elakkan tidur meniarap atau menutup muka - oksigen kurang ke otak, sedut semula karbon dioksida menyebabkan otak lemah, lambat pickup.

8. Banyakkan berfikir/berimaginasi kreatif.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, February 21, 2016

Persediaan UPSR 2016 - Motivasi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah malam tadi sekeluarga di sekolah kebangsaan anakanda putera. Ada program Misi Tawan Sukses untuk murid Darjah 6 anjuran Unit Kaunseling sekolah dan Lagenda Sinergi. Malam slot bersama ibubapa, ceramah dari PU Fakhrul.


Anak-anak diapit oleh ibubapa kanan dan kiri

Alhamdulillah gaya penyampaian PU Fakhrul sangat menarik, bersemangat, santai, kelakar dan menyentuh hati. Bila tengok tentatif ada slot bersama ibubapa ni, dah agak ada sesi syahdu syahdan. Jadi bawa sapu tangan awal-awal :D

Antara pengisian ceramah:

Tip mencapai kecemerlangan :

1. Niat / mindset waktu pagi.
2. Belajar dengan sifat bayi yang tidak mudah mengalah, selalu senyum.
3. Selalu senyum - senyum akan membangkitkan aura positif.
4. Ubah sahsiah menjadi sahsiah yang baik.
5. Guna formula D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal)

- Kajian menunjukkan generasi Z suka berhubung, multitasking dan kuat tidur. Jadi, jangan marah jika anak buat kerja sekolah sambil dengar radio atau tengok tv. Ada anak yang lebih mudah faham dengan cara ini. Kita perlu kenal karakter anak sama ada visual, audio atau kinesthetic learner.

- Anak ada potensi untuk berjaya atau gagal.

- Beri kasih sayang, memahami, hormat dan terima (pendapat, sifat) anak yang betul.

- Kenal pasti sikap ibubapa:
- selalu beri apa yang anak minta - kesannya anak boleh rosak kerana hidup terlalu senang dan manja
- beri bila anak menangis - kesannya anak akan guna kuasa ugutan dengan menangis/mengamuk untuk dapat apa yang dia mahu
- beri ikut suka/ mood - kesannya anak jadi bingung
- tak pernah beri walaupun perlu -kesannya anak boleh jadi memberontak atau memendam perasaan
 
Tip untuk berjaya :
1. Jaga solat
2. Jaga hubungan dengan ibu bapa
3. Jaga hubungan dengan guru
4. Pilih rakan yang baik

Sesi air mata bermula bila PU menyentuh tentang pengorbanan ibubapa, bayangkan jika ibu bapa telah tiada dan seoarang pelajar yang telah kehilangan ibu dipanggil ke pentas untuk meluahkan apa yang mahu diberitahu pada ibu. Anak-anak kemudian diminta berjumpa ibubapa untuk salam dan peluk.

Anakanda putera control macho je. Takut tak boleh tidur katanya. Nampak sangat suka pendam macam ummi ..huhu.. Ummi pun control ayu juga walaupun dan tangkap leleh sekejap. Segan bengkak mata nanti.

Program berakhir jam 11.30 malam. Keletihan betul nampaknya anakanda putera. Bangun pagi tadi demam pula. Mungkin kurang air atau terjangkit dengan abahnya yang demam. Walaupun demam, masih gagahkan diri hadir ke program anakanda tersayang. Terima kasih abah <3

Saya kongsikan di entri seterusnya :
 
Tip menjaga kecerdasan otak
Tip merapatkan hubungan dengan anak


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, February 18, 2016

Hari pertama persekolahan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah sudah sebulan setengah Adnin di alam persekolahan. Syukur semuanya baik-baik sahaja. 

Hari pertama, saya bercadang nak "lepaskan" Adnin naik van. Tapi ikut dari belakang dan jumpa di sekolah kebangsaan. Abangnya dulu saya cuti sampai seminggu dan hantar sebulan sampai dia yakin nak naik van.

Kisah lucu hari pertama nak ke sekolah kebangsaan, masa tengok Adnin dari kereta, nampak dia masih pakai kain merah. "Eh, kenapa ke sekolah kebangsaan tak tukar uniform?". Berlari saya lintas jalan dan jumpa ustazah. Rupanya silap faham, Adnin ingat saya nak ambil dan mandi kat rumah kot, ustazah pun tak perasan. Maklumlah hari pertama. Jadi tunggu dia bersiap dan kami hantar sendiri. Suami pun ambil cuti juga. Nasib baik masih awal.

Sampai di sekolah, pesan apa yang patut. Suami ambil abangnya (sesi pagi) dan hantar ke KAFA. Jadi saya tunggu di kantin sahaja sampai waktu rehat. Ajar membeli pulak. Dah sediakan bekal roti dan air masak. 

Rakaman kenangan hari pertama sekolah agama dan sekolah kebangsaan :


KAFA

Mengintai dari rumah :D

Program Transisi 3 minggu



Kad ucapan tambah semangat belajar ;)

Tip hari pertama persekolahan :

1. Ibu bapa yang bekerja, ambillah cuti untuk bersama anak-anak memasuki dunia persekolahan yang baru, kecuali tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

2. Bangun awal untuk membuat persediaan sarapan / kelengkapan sekolah.



3. Beri galakan kepada anak untuk menyesuaikan diri bukan memaksa.

4. Beri anak-anak masa untuk rasa selesa dan yakin dengan persekitaran dan orang yang baru ditemui (guru, rakan-rakan).

5. Yakin anak-anak boleh menyesuaikan diri dengan baik dan patuhi arahan guru sepanjang berada di sekolah.


6. Berikan sesuatu yang menggembirakan dan menaikkan semangat anak-anak, contohnya kad ucapan, bekal istimewa, buku, mainan yang disukai.

7. Peluk cium anak-anak setelah balik dari sekolah, tanda meraikan kejayaan mereka seharian berada di sekolah.


8. Puji anak-anak dan terus beri kata-kata semangat untuk mereka gembira ke sekolah pada hari-hari berikutnya.

9. Kenali guru kelas dan guru-guru yang mengajar di kelas anak.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, January 25, 2016

Program Semai Kasih & Pendaftaran Tahun 1

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



Alhamdulillah, Adnin akhirnya bersekolah di sekolah yang sama dengan abangnya. Hasrat nak hantar ke sekolah swasta ditangguhkan dulu atas faktor tertentu. Perancangan Allah lebih baik. Seronoklah abangnya, adik sama sekolah. Banyak yang boleh dikongsikan :)

Risau juga penerimaan Adnin dengan uniform baru ni. Maklumlah dia lebih suka pakai tshirt labuh dan seluar. Tadika pun free hair je walaupun Islamic :D Pakai masa solat je katanya. Hari pertama lagi siap pakaikan dia seluar panjang. Senang sikit nak lari-lari atau panjat tangga/naik van. Selalu juga tengok budak-budak darjah satu terangkat kain sampai paha. Walaupun masih kecil, tak seronok pula tengok terdedah macam tu.

31 Disember yang lalu, hari taklimat dan pendaftaran darjah 1. Ada ujian saringan untuk kelas dan program DLP (pembelajaran dalam Bahasa Inggeris). Ada 2 kelas yang menjadi projek rintis.

Bergerak ke Ujian Saringan

Adnin kelas biasa sahaja. Oklah tu sebab tak pastilah masa depan projek ni. Yang penting dia rasa gembira untuk belajar.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, December 16, 2015

Persiapan sekolah 2016 - SK

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ahad lepas selesai pusingan pertama untuk persiapan sekolah kebangsaan (SK). Beli yang wajib sahaja (sepasang) di Uniform Gallery. Dapat diskaun 10% harga ahli.
Anakanda putera (bakal darjah 6) :-
Kasut (kedai biasa RM37.99)
Stokin 3 psg (RM15.75)
Beg (RM45.63)
Songkok (RM13.50)

Anakanda puteri (bakal darjah 1) :-
Baju 2 helai (RM21.25, RM20.40)
Kain (RM15.72)
Kasut (kedai biasa RM31.99)
Stokin 3 psg (RM15.30)

Beg, kasut, songkok, stokin, baju kurung dan kain ela
Teringin nak jahit sendiri baju tambahan untuk anakanda puteri, belilah kain ela. Tapi tersilap beli yang agak mahal, RM13.90/meter. Dah potong baru nampak yang murah sikit, RM10.90/meter ..huhu. Jimat sikit je lah berbanding baju siap :P

Baju untuk abangnya belum beli. Rasanya masih boleh pakai yang tahun lepas, tapi memandangkan beberapa minggu ni selera makan bertambah-tambah, ada harapan baju ketat. Beli untuk pusingan kedualah nampaknya.

Esok nak ke sekolah kebangsaan untuk selesaikan pembelian buku tulis dan baju sukan pula. Antara yang wajib beli :
- beg sekolah beroda anakanda puteri
- tudung

Beg KAFA dah ada. Untuk anakanda puteri dapat percuma masa pendaftaran, untuk anakanda putera, abahnya beritahu ada beg percuma masa kerja tempat lama. Ok lah tu ;) Berjimat lebih baik.

Simpanan si hijau
Pada hujung tahun yang perlu banyak belanja ni, duit tabung sangat membantu. Saya gunakan simpanan duit RM5 untuk beli kain ela tu. Masih ada baki untuk belanja yang lain. Tabung syiling pun ada hasil yang memuaskan, tapi belum dapat guna sebab belum tukar/simpan di bank untuk cash dalam bentuk wang kertas. Berat sungguh bila jumlahnya melebihi RM200. Ambil sedikit-sedikit je lah :D

Ibu-ibu yang nak bijak menguruskan kewangan, boleh baca sedikit pengalaman dan pembacaan saya di sini --> tip kewangan
Wanita masakini, sudah perlu bijak kewangan walaupun surirumah kerana kehidupan sekarang sangat memerlukan sumber kewangan yang kukuh. InsyaAllah kita sentiasa dilapangkan rezeki dan berusaha menguruskan kewangan keluarga dengan baik, samaada melalui pemberian suami atau gaji dari bekerja makan gaji/sendiri.

[Sumber]


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...