Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
Alhamdulillah sudah sebulan setengah Adnin di alam persekolahan. Syukur semuanya baik-baik sahaja.
Hari pertama, saya bercadang nak "lepaskan" Adnin naik van. Tapi ikut dari belakang dan jumpa di sekolah kebangsaan. Abangnya dulu saya cuti sampai seminggu dan hantar sebulan sampai dia yakin nak naik van.
Kisah lucu hari pertama nak ke sekolah kebangsaan, masa tengok Adnin dari kereta, nampak dia masih pakai kain merah. "Eh, kenapa ke sekolah kebangsaan tak tukar uniform?". Berlari saya lintas jalan dan jumpa ustazah. Rupanya silap faham, Adnin ingat saya nak ambil dan mandi kat rumah kot, ustazah pun tak perasan. Maklumlah hari pertama. Jadi tunggu dia bersiap dan kami hantar sendiri. Suami pun ambil cuti juga. Nasib baik masih awal.
Sampai di sekolah, pesan apa yang patut. Suami ambil abangnya (sesi pagi) dan hantar ke KAFA. Jadi saya tunggu di kantin sahaja sampai waktu rehat. Ajar membeli pulak. Dah sediakan bekal roti dan air masak.
Rakaman kenangan hari pertama sekolah agama dan sekolah kebangsaan :
KAFA |
Mengintai dari rumah :D |
Program Transisi 3 minggu |
Kad ucapan tambah semangat belajar ;)
Tip hari pertama persekolahan :
1. Ibu bapa yang bekerja, ambillah cuti untuk bersama anak-anak memasuki dunia persekolahan yang baru, kecuali tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.
2. Bangun awal untuk membuat persediaan sarapan / kelengkapan sekolah.
3. Beri galakan kepada anak untuk menyesuaikan diri bukan memaksa.
4. Beri anak-anak masa untuk rasa selesa dan yakin dengan persekitaran dan orang yang baru ditemui (guru, rakan-rakan).
5. Yakin anak-anak boleh menyesuaikan diri dengan baik dan patuhi arahan guru sepanjang berada di sekolah.
6. Berikan sesuatu yang menggembirakan dan menaikkan semangat anak-anak, contohnya kad ucapan, bekal istimewa, buku, mainan yang disukai.
7. Peluk cium anak-anak setelah balik dari sekolah, tanda meraikan kejayaan mereka seharian berada di sekolah.
8. Puji anak-anak dan terus beri kata-kata semangat untuk mereka gembira ke sekolah pada hari-hari berikutnya.
9. Kenali guru kelas dan guru-guru yang mengajar di kelas anak.
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
No comments:
Post a Comment