Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Friday, January 7, 2011

Thank you Allah

Pagi ni macam biasa duk cek email, fb & bloghopping, masuk la dalam web Shakleetrialpack Mommylina. Klik Pemenang Cabaran Blogging GHS, terkejut pulak tengok ada namaku. Dah lupa join contest tu. Memanglah terkejut bangat! Hadiahnya pulak bagai pucuk dicita ulam mendatang :
*
*
*
*
*
*
*
*
membership percuma!

Alhamdulillah...thanks a lot Lyna ;)

Actually memang dah lama niat nak jadi ahli sebab rasa dah serasi makan vitamin Shaklee walaupun tahu agak mahal juga nak maintain. Tapi sebab ada trial pack rajinla makan dgn konsisten. Dah beli full pack alfalfa, dah lama lak stop..ops! ha tu la sbb ku suka trial pack.senang nak ingat mkn ke tak sbb bilangan dia cukup utk sebln.Nampak gaya kena gi beli sorter utk ubatan kat farmasi ler. Isi siap2 untuk sebulan.

Dah order full set utk BF tapi tertangguh pulak pembayarannya. Sowy Lyna. Bertindak sekarang..he..he..

Pada yang ingin mencari info tentang supplement bolehla jenguk http://shakleetrialpack.com/

Dulu ada kontroversi juga ttg trial pack ni, isu pencemaran & insuran perlindungan kerana ia dipek semula. Bila ku rujuk kepada pengasasnya, isu pencemaran boleh timbul juga bila kita tidak menjaga kebersihan ketika buka seal botol walaupun dari full pack. Kebanyakan pengedar trial pack adalah ibu2 yang menyusukan anak dan mementingkan kebersihan, memberi yang terbaik untuk anak dan pelanggan. Terpulang kepada kepercayaan & pilihan masing-masing. Jika ada kemusykilan, komen, kritikan membina bolehlah terus menghubungi pengedar sendiri.

Personally, ku ingin bertukar ke full pack bila dah betul-betul yakin serasi + modal lebih sikit..he..he..mmg agak mahal nak kua ratus2 tu tapi dr segi jangkamasa pjg lebih jimat sebenarnya.kalau boleh spend duit utk baju bajan, elok juga spend utk supplemen.Penting jika anda kurang menjaga pemakanan seimbang.Atleast ada lah zat dari supplemen untuk menampung mana-mana yang kurang.Ku sendiri ngaku mmg fail sket bab nak cukupkan makanan ikut piramid pemakanan seimbang tu. Tapi kena berusaha juga utk dapatkan yg original ;)

Eh, pjg pulak, ala-ala nak jadi jurucakap shaklee daa..he..he..just sharing with luv dear ;) Ku tak jual (lagi buat masa ni..he..he..) Just kongsi pengalaman setahun lebih makan multivitamin, b kompleks, vitamin c & alfalfa Shaklee. Tu pun ada gak time berenti dek habih bekalan. Plg konsisten la setakat ni..he..he..sbb nyusu anak. Maklumla demi anak sanggup buat apa shj.Sblm ni mmg harap kat hubby je beli vitamin. Dia mmg health conscious orangnya.

Wednesday, October 13, 2010

Ku dah 'hooked to supplement'

Hooked to or hooked on? Ada cikgu-cikgi magris nak betulkan?..he..he..

Nak ceritalah sikit tentang supplement ni. Ku ni jenih susah nak makan supplement dengan teratur sehinggalah kawin dengan hubby yang health conscious orangnya. Diperkenalkan dengan supplement ni seawal perkahwinan & tentunya dengan shaklee sebab biras ahli kuat masa tu..he..he..

Tapi lepas tu beralih ke supplement lain bergantung pada bajet ;) Tukang beli of courselah en.abe tersaye..he..he..ku tukang makan bila dia ingatkan je. Kalau dah letih bangat & tak sihat barulah ku terhegeh-tehegeh nak cari supplement sendiri.

Pertemuan jejak kasih kembali dengan shaklee bila ku dah menceburkan diri di alam penyusuan susu ibu ni. Bila susu start drop masa Adnin 5 bulan dulu, ku cari-cari cara mengatasi masalah kurang susu - salah satu caranya adalah dengan supplement. Disebabkan ku ini jenis nak hasil cepat so ku opt dengan supplement berbanding dengan mereka yang rajin & bagus mengamalkan pemakanan seimbang tanpa supplement langsung (dan banyak lagi cara-cara lain). disebabkan pemakanan pun tak dapat nak jaga sepenuhnya jadi ku cubalah supplement terus.

Ku dah pernah cuba pil ASI tapi rasa biasa je, takde perubahan ketara sangat. Halba=fenugreek pun dah cuba. Ok juga tapi ada side effect pada ku. Angin & bau peluh daa..he..he..last-last ku dah jatuh cinta dengan alfalfa. Amat serasi lah rasanya dengan badan ku ini. Amat ketara dalam menambahkan susu di kala susu merudum tu.

Ku masih lagi setia dengan Set Trial Pack BF Mom=RM80. Dah lebih kurang setahun rupanya. Satu pencapaian yang bagus tu..he..he..sebab ku ini ada masalah consistency, mudah boring. Kenapa ku suka dengan trial set ini? kerana :
1-comel dengan bekas cute mudah di bawa ke mana-mana
2-dah siap untuk sebulan, kalau banyak sangat berbotol-botol ku kena sort sendiri. Adala pulak kes lupa mana yang dah makan
3-murah walaupun dalam jangka masa panjang lebih murah beli full set. Tapi ada je keperluan lain bila ada duit ratus-ratus tu

Untuk step terbaru ni ku beli alfalfa satu dulu dlm botol=330 tablets. Ni botol saiz S. Ada yang L dengan 700 tablets.
Servis yang mantop dari Rina. Belum bank in lagi barang dah dipos. Tu untung beli dengan kawan ;)

Nanti kita berkenalan dengan alfalfa di entri lain pula ya ;) Boleh lah jenguk blog rakan-rakan pengedar shaklee yang padat dengan informasi.

P/S :
Mengambil supplement adalah pilihan masing-masing. Pemakanan seimbang amat penting tapi ku rasa perlu juga ambil supplement kerana kita tak pasti zat-zat maintain ke tak dalam makanan tersebut. Ada yang hilang bila salah cara menyediakan makanan tersebut, contohnya memasak sayur hingga layu. Kena study bab masak makanan berkhusiat pulak..he..he..


***************************************

"Working-At-Home-Mom" adalah doaku.

Sayidina Umar r.a berkata:
"Jangan ada seorang antara kamu yg enggan mencari rezeki,dan hanya berkata Ya Allah ,berilah rezeki kepadaku, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas ataupun perak".

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji".

Sahabat, sokongan mu amat dihargai > ClothDNZ

Saturday, January 16, 2010

Milk booster





First time cuba set BF beli dgn Mommylina. Masa tu production agk low jgk la + asik rasa letih je. Hr pertama mkn dah nampak kesan. Maybe ditambah faktor mknn & hjg minggu. Hjg minggu kan waktu relaks dgn ank2 tak tensen wat kije..he..he..Minggu tu g kenduri mkn nsk minyak sdp dgn acar buah. Mlm tu mmg melimpah2 susunya. Adnin hisap few minutes je letdown sampai 3x. Yg sblh lg menitik2 laju. Ya Allah happynya rasa.

Tp aku perasan bdn aku mmg cpt adapt dgn milk booster baru. Dlm seminggu dua susu taklah sebyk mula2 mkn2. Byk faktor gak jd penyumbangkan, maybe terskip mknn, pam tak ikut waktu tetap, keje dll. Tp aku still puas hati sbb susu nampak mkn pekat & Adnin takdelah merungut2 tak cukup susu. Bekalkan 30z sebotol kat taska pun cikgu takde cakap kena top up byk lg.
So aku decide nak terus consume shaklee ni. 2nd time beli dgn Hasmah lak sbb urgent hr tu (recommended by Rina) Kali ni order set trial pack with ostematrix plok sbb jrg minum susu skrg & adult should consume 3 gelas susu setiap hr esp. bf mom. kalsium ni pun penting utk tulang kan.



Production agak ok. tak perlu lg bergegas ke taska kul 1 kes tak cukup susu yg pam kat ofis & rumah. Kdg2 masih rasa penat lg, maybe sbb pmknn tak seimbang & life management yg tak brp ok.
Alfalfa cukup utk 15 hr je so dah lama abis.skrg susu agk menurun sket. Faktor pam pun jd sbb kot. S3 nak kena servis dah kot tp tataula bila nak g cari Lunatot showroom nih. Masa pam pun lari2, musim audit dlmn skrg. Faktor letdown reflex pun ye jgk. dkt 1/2 jam br dpt 2nd letdown. kul 1 tu mmg paksa bia dpt atleast 6oz. kalau tak, tak cukuplah bkln adnin ke taska.
Skrg try fenugreek dr Babysnowdrop lak. Mlm2 Adnin mcm tak puas nyusu time mula2 nak tdo tu. Siap tertonggeng2. Tp bila tgh mlm kdg2 mcm tak kosong sepenuhnya lps dia hisap. So dptla 40z bila pam kul 5lebih tu.


Soya milelea & jantung pisang mmg amat berkesan kat aku. hjg minggu lps pekena jantung pisang cicah sambal tempoyak, mlm tu kena pam jam 3 pg sbb dah bengkak. nak kena beli lg nih, buleh cicah budu lak..em..yummy..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...