Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Monday, August 29, 2016

Tip mengatasi 'brain fog'

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


[Source]

Sejak kebelakangan ini, saya selalu rasa macam otak berkabus, blur, mata pun jadi kabur. Bila Google, jumpa istilah brain fog. Saya juga menghadapi cabaran untuk fokus dan mudah lupa. Bila masuk usia 40-an ni, mula lah terfikir tentang kesihatan otak sampai rasa nak pergi cek otak lah. Nak hafal satu surah 30 ayat pun tak ingat-ingat walaupun dah mula dari awal tahun. Nampak sangat isu fokus yang ketara. Nanti kena baca  lebih lagi tentang kesihatan otak ni.

Macam hari Isnin ni, lambat je nak pick up tentang rutin pagi di rumah dan kerja. Sementelah saya tengah mengamalkan aromaterapi, jadi mulalah cari maklumat tentang minyak pati (essential oils) yang membantu berkaitan isu minda dan mood.

Boleh diffuse essential oils (eo) ini atau sedut (inhale) atau dititiskan bersama garam bukit untuk mandi.

Berikut eo yang boleh digunakan ketika menghadapi brain fog:

1. Lavender
2. Frankincense
3. Vetiver (belum ada dalam koleksi)
4. Peppermint

Baru terbaca tip mencerdaskan otak dengan membaca Qur'an selepas Maghrib dan Subuh. Dikatakan kecerdasan otak meningkat 80% kerana waktu tersebut adalah perubahan siang ke malam dan malam ke siang.

Alhamdulillah, membaca Qur'an selepas Subuh sudah dijadikan amalan. Rutin pagi, bila bangun tidur, buka diffuser YLEO sepanjang gosok baju, solat subuh dan baca Qur'an. Memang segar je terasa.

Baca Qur'an selepas Maghrib ni belum jadi rutin tetap kerana hari bekerja kadang-kadang masak lambat. Lepas Maghrib baru nak masak. Kena atur balik masa ni :)

Ibu-ibu menyusu bolehlah amalkan untuk kurangkan stress. Maklumlah bila bekerja, banyaklah yang kena fikir sampai tepu kepala rasanya.


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, March 3, 2016

Bolehkah ibu demam denggi menyusukan anak?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Denggi adalah demam akibat gigitan nyamuk Aedes yang telah menyebarkan virusnya ke dalam tubuh manusia. Demam akibat virus ini tiada ubat khusus. Hanya ubat untuk melegakan simptomnya seperti ubat demam, ubat tahan muntah, ubat pening dan yang berkaitan.

Badan kita akan mengeluarkan antibodi sendiri untuk melawan virus ini.

Bolehkah ibu yang mengalami demam denggi menyusukan anak?

Alhamdulillah, secara umumnya ibu-ibu boleh terus menyusukan anak. Beritahu doktor, ibu masih menyusukan bayi. Doktor akan berikan ubat yang selamat untuk ibu menyusu.

Secara khususnya, ia bergantung pada tahap keseriusan demam denggi tersebut dan atas nasihat doktor. Contohnya demam denggi berdarah adalah lebih serius. Mungkin ibu-ibu perlu berhenti menyusu buat sementara waktu. Alternatifnya, anak boleh diberi susu perahan. Jika ibu-ibu mengalami kekurangan stok susu, boleh usaha untuk mendapatkan susu melalui ibu susuan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad :
"Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat".

Kisah ibu yang mengalami denggi dan tetap terus menyusukan anak di sini

Ibu-ibu biasanya mengalami kekurangan susu apabila berada dalam keadaan letih dan kurang sihat. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah :

- teruskan menyusu anak (direct feeding) sekerap yang boleh. Jika rasa terlalu letih, boleh minta ahli keluarga susukan dengan susu perahan

- minum banyak air, jus buah-buahan, sup. Penawar denggi di SINI.

- dapatkan suplemen yang boleh membantu ibu lebih cepat sihat dan cergas dengan nasihat doktor


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, February 27, 2016

Penawar demam denggi dan viral fever

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Siri demam kami sekeluarga bermula dari awal Februari.
Alhamdulillah saya dan anakanda puteri sembuh setelah 2 kali demam tetapi suami dan anakanda putera masih on off demamnya.
Result darah suami pada 24.2 +ve denggi.
Result anakanda putera 26.2 suspek denggi, tapi platlet tidak terlalu rendah. Homopati maklumkan demam berpunca dari virus juga, mungkin virus yang berbeza.
.
Saya kongsikan apa yang diambil oleh suami dan anak.
Minum banyak air.
Minum berselang seli antara air masak (boleh tambah #stevia, sebab bila mulut pahit, minum air kosong pun rasa pahit. Bila titis stevia, rasa sedap sikit), air kangen, 100plus.
.
Untuk anak, boleh berikan apa-apa jenis jus buah dan sup.
Kawan kongsikan resepi:
blend tembikai + oren
blend buah lai



Alhamdulillah, ada sebatang pokok betik yang suami tanam. Dapatlah ambil daunnya. Daun yang tak terlalu lua atau muda.
Blend 1 pelepah dgn 1 gelas air.
Ada jumpa caranya tumbuk daun tanpa tambah air, ambil patinya. Minum 1 sudu shj.
Lebih pahit berbanding campur air.


Jus kiwi
Tambah #stevia baru sedap sikit sebab ia agak masam 

 Kandungan vitamin c yang tinggi 


Jus ni susah juga nak cari. Tak semua kedai jual. Nasib baik jumpa di kedai runcit berdekatan.

Sup ketam
Mula-mula buat, bubuh bawang putih je.
Lepas google dapat resepi guna bawang putih, bawang merah, halia, lada putih.
Saya masukkan selabu bwg putih, lebihkan halia juga.
Nak kurang bau hanyir ketam, ada petua masukkan sedikit gula melaka.







#stevia titis dalam air teh.
Vitamin shaklee baru dpt 26.2.16
Mak pun kena on supplement juga.
Tak fit, dah rasa semacam je.
Kenyuh kenyih kato ore kelate.
Drive sekitar perumahan je pun
Dalam menjaga anak demam, terlupa nak makan.
Pagi je paksa diri makan nasi 

Klinik homopati Hasan ni terletak di tingkat 2 PKNS Bangi.
Dr klinik homopati kata anak viral fever bukan denggi.

Mak tumpang check up.
Macam biasa isu penghadaman dan saraf, dah cecah 80%

Jaga WAKTU makan pesan dr.
Kolesterol border line.

.
Alhamdulillah, suami warded 2 malam je. Terkilan juga tak dapat lama di wad. Pesakit berdikari ..huhu.. Suami drive sendiri ke Nilai Medical Center malam Khamis lepas sebab KPJ Kajang dah penuh. Saya ke klinik untuk cek darah anakanda putera yang masih on off demamnya.Tapi doktor tak dapat cari urat darah, ke dalam sangat katanya. Adoila ... doktor senior tu, kalau junior, kita fahamlah mungkin kurang mahir lagi. Dia sarankan ke klinik kesihatan atau hospital terus je.

Esoknya saya ke klinik homopati dulu. Lega sikit bila doktor kata bukan denggi sebab ruam lain sikit. 

Balik dari klinik, kemas-kemas apa yang patut untuk ke hospital, baru nak jenguk suami ..huhu.. Tak lama di hospital, anakanda macam nak demam sebab aircond agak sejuk, nak adjust ikut selera sendiri, tak dapatlah sebab bilik kongsi 2 orang. 

Balik dari hospital, anakanda putera demam menggigil. Tapi suhunya tak terlalu tinggi. Kena paksa minum banyak air.

Semalam buat blood test dengan doktor yang kami biasa consult sejak 9 tahun lepas. Alhamdulillah senang je dia jumpa urat darah tu :D Dia pun pandai memujuk anakanda putera yang agak fobia dah dengan jarum. Maklumlah doktor dari klinik lain sebelum tu, dah siap cucuk tapi tak keluar darahnya...silap cucuk ... ouch!

Tengah hari dapat panggilan telefon, berdebar jugalah bila pembantu klinik maklumkan suspek denggi. Bincang-bincang dengan suami, katanya stay kat rumah dulu sebab platlet tak terlalu rendah. Kebetulan suami pun dalam proses keluar dari hospital.

Sejak malam tadi, anakanda putera dah tak demam. Baru gigih minum banyak air dan segala yang diberi bila dengar kena masuk hospital. Doanya bebas sepenuhnya dari virus tu minggu ni. Bulan 3 nanti dah ada ujian di sekolah. Calon UPSR pula tu. Allahumma yassir wa tammim bilkhair.

Ibu yang demam denggi, boleh ke menyusu?
InsyaAllah saya kongsikan dalam artikel seterusnya.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, September 17, 2014

Tip sembuh dengan senaman mental

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Image credit

Senaman yang dinamakan Senaman sungai kehidupan ini saya dapat dari buku Urut tradisional khas untuk wanita, yang membicarakan teknik mengurut, masalah penyakit dan tips penjagaan kesihatan untuk wanita.

Ia diperkenalkan oleh Dr. Gerald Epstein, pakar Psikiatri di Mt Sinai School of Medicine New York. Kajian selama 16 tahun membuktikan senaman mental selama 3-5 minit ini sangat berkesan untuk menyembuhkan penyakit tanpa menggunakan sebarang dadah.

Contohnya, cara untuk menyembuhkan selsema:
1. Siapkan diri dengan memberitahu saya ingin buang selsema ini jauh-jauh.

2. Katakan "Aku mahu membebaskan diri dari sebarang demam selsema".

3. Cari tempat yang yang boleh membuatkan diri relaks.

4. Tutup mata.

5. Tarik nafas dan hembus dengan perlahan sebanyak 3 kali.

6. Bayangkan selsema itu turut hilang bersama hembusan nafas.

7. Lakukan 3-5 kali setiap 3 jam sehari.

8. Bayangkan mata menjadi lebih terang dan jelas.

9. Kemudian ia meresap ke dalam badan sebagai 2 batang sungai yang mencuci rongga dalam tulang dan mengalir terus ke rongga hidung dan tekak.

10. Bayangkan aliran air tersebut membasuh semua kekotoran dan kahak, terus mengalir melalui dada, abdomen dan terus ke kaki.

11. Rasai irama aliran sungai yang mengalir dalam badan.

12. Rasai cahaya menyinari rongga tulang, hidung dan tekak.

13. Apabila sudah merasai kedua-dua irama aliran dan cahaya menyinari serentak, tarik nafas dan buka mata.

Mengikut Dr. Epstein, pesakit yang mengikuti sepenuhnya arahan ini memberitahu selsema/demam mereka hilang dalam masa sehari sahaja.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, September 6, 2014

Tip merawat keputihan kanak-kanak

Teks : Zaleha Mustapha


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kita biasa mendengar keputihan di kalangan wanita tetapi jika berlaku pada bayi atau kanak-kanak, adakah ia membimbangkan?

Mengikut Dr Zubaidi, keputihan atau lendir dari kemaluan ini tidak semestinya ia adalah tanda berpenyakit. Lendir faraj ini penting untuk fungsi:
- pelindung pada sel dan dinding saluran faraj
- pelincir semasa persetubuhan
- bekalan makanan dan tenaga pada benih lelaki semasa proses persenyawaan (lendir pangkal rahim)

Kenapa berlaku?:
- paras hormon
- mengambil pil perancang
- gangguan jiwa
- kuat bekerja

Keputihan yang normal adalah cair, jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan gatal. Namun jika sebaliknya, ia mungkin menandakan penyakit pada sistem peranakan atau jangkitan kuman atau kulat.

Berbalik semula pada keputihan di kalangan bayi atau kanak-kanak, anak saya pernah mengalami keadaan ini dan pernah juga terdapat sedikit tompokan darah pada lampin semasa bayi. Doktor menyatakan ia tidak membimbangkan jika tidak kerap berlaku. Ia terjadi kerana proses sistem pembuangan dan peranakan masih belum matang. Mengikut apa yang saya baca, jika berlaku pada bayi terutama ketika dalam pantang, ia juga menandakan estrogen withdrawal.

Bagi kanak-kanak ia berpunca dari kebersihan, penggunaan sabun, pakaian yang tidak sesuai, tisu tandas, jangkitan kuman, kulat, parasit, eczema dan lain-lain.

Apabila saya berjumpa doktor, beliau mencadangkan:
- ia dibasuh bersih,
- elakkan penggunaan sabun biasa yang ada bahan kimia,
- keringkan dengan betul dan
- sapu minyak zaitun.

Saya juga pernah merujuk pada klinik homopati dan diberikan ubat makan serta ubat titis yang perlu dimasukkan ke dalam air suam untuk digunakan sebagai bilasan terakhir selepas mandi atau basuhan ketika membuang air kecil.

Mengikut tip yang dikongsikan ibu-ibu dalam group FB:
- elakkan penggunaan sabun
- lap kering-kering
- banyakkan sayur dan buah
- sapu virgin coconut oil (vco)
- basuh dengan air suam
- minum banyak air
- minum air kelapa

- makan sesudu vco beberapa kali sehari
- ambil minyak habbatus sauda 


Baca juga:
Mencegah Keputihan Bayi & kanak-kanak ( Perempuan )
Vaginitis in children
Risau lendir anak perempuan

Jika berlarutan, saya perlu bawa anak berjumpa Doktor Pakar.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, August 22, 2014

Tip merawat sakit mata

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya bercuti panjang minggu ini, bermula dengan EL hari Rabu kerana anak sakit mata dan bersambung dengan MC setelah saya pun turut dijangkiti. Katanya ada kawan di tadika yang sakit mata.Doktor pun beritahu ramai yang datang ambil ubat sakit mata sekarang ni.

Aktiviti melukis selepas balik dari klinik
Sakit mata ada yang berpunca dari virus dan ada yang berpunca dari bakteria. Sakit mata saya ini tak pasti puncanya yang mana tapi cepat betul merah dan bengkak mata dalam masa sehari. Doktor beri ubat titis, sapu dan paracetamol. Sakit-sakit saraf seluruh badan juga dibuatnya.


Anakanda puteri cakap macam hantu :P
Saya ada minta sahabat-sahabat FB kongsikan penawar semulajadi untuk sakit mata. Antara yang dikongsikan: 

Ambil segelas air, baca surah Fatihah sekali, selawat 3 kali, kemudian baca: Abu Bakar, Umar, Usman, Ali, hembus dalam air dan basuh muka dan mata yang sakit.

Tuam air panas untuk membolehkan darah mengalir laju dibahagian mata, kemudian tuam sejuk untuk hilangkan rasa sakit.

Kerap cuci dengan air suam.

Jangan selalu gosok mata, pembuluh darah yang pecah membuatkan mata semakin merah.

Cuci mata dengan air rebusan daun sireh.

Titik dengan minyak zaitun.

Gunakan madu asli, tutup mata dan oles di bibir kelopak mata, agak perit tapi mujarab dengan cepat.

Minum air kelapa banyak-banyak.

Air zamzam.

Menangis
.

Saya jumpa doa berikut :


Sumber
Ya Allah , Tuhan (yang memelihara) manusia, yang menghilangkan kesusahan, sembuhkanlah, 
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhanMu, 
sembuh yang tidak diiringi sakit juga penderitaan kecuali kesembuhanNya.
Maka Kami singkapkan daripadamu tutup yang menutupi matamu,
maka penglihatanmu pada hari ini amat tajam.
(Surah al-Qaf : 22).
Maka kelak kamu akan melihat dan mereka pun akan melihat 
(Surah al-Qalam : 5)
Bagi sakit mata biasa terutama bayi, susu ibu adalah ubat yang mujarab. Caranya:
  • Titiskan sedikit sir susu ibu secara langsung ke permukaan mata.
  • Angkat kelopak mata sedikit untuk membantu air susu ibu beredar di bawahnya.
  • Teruskan rawatan ini tiga kali sehari selama beberapa hari, atau sehingga jangkitan mata telah dibersihkan.
  • Jika gejala sakit mata semakin berlarutan, dapatkan nasihat perubatan.
Rujukan


Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>>  ClothDNZ

Monday, August 11, 2014

Diet ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ibu menyusu memerlukan tambahan 500 kalori harian, bermakna ibu perlu makan dua hingga tiga jenis makanan ringan antara waktu makan untuk memenuhi keperluan itu dan mereka digalakkan me­ngambil snek berkhasiat dengan kalsium dan protein tinggi.

“Keperluan tenaga ibu akan bertambah ketika menyusukan anak, malah bagi ibu yang mempunyai berat badan berlebihan, tubuhnya akan menyusut ketika memberi susu badan dan disebabkan itu mereka memerlukan snek berkhasiat sebagai makanan tambahan.

“Ibu disyor mengambil secawan yogurt rendah lemak dengan setengah mangkuk buah-buahan dan kacang pada sebelah pagi, dua keping roti bijirin penuh bersama keju atau ikan atau ayam pada sebelah tengah hari dan minum secawan susu rendah lemak sebelum tidur.

“Ketika berpantang, penting untuk ibu mengambil nutrisi berkualiti pada kadar ditetapkan untuk proses pemulihan, termasuk me­ngekalkan penyusuan badan.

“Diet selepas bersalin membabitkan lima kumpulan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran, ikan, ayam dan daging, produk tenusu serta lemak, gula dan garam.
 
Mereka juga perlu minum ba­nyak air antara lapan sehingga 12 gelas sehari atau mempelbagaikan pengambilan minuman berkhasiat seperti jus buah-buahan atau sayuran kerana ini membantu tubuh menghasilkan susu".

Sumber: Sihat, MetroAhad (10.8.14)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, August 8, 2014

Tip legakan sakit kepala

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sumber


Sakit kepala, sakit yang biasa saya alami. Saya tidak tahan dengan cuaca panas atau terlalu sejuk. Terlewat makan, kurang tidur dan travel dalam tempoh yang lama juga membuatkan saya mudah terkena sakit kepala. Stress sudah tentu penyebab utama juga.


Saya ikhtiarkan untuk sembuh dengan cara semulajadi seperti pengambilan habbatus sauda, mandi dan tidur. Terbaru dengan terapi ais. Ada kawan kongsikan untuk tuam sejuk dengan ais yang dibalut dengan kain atau plastik hitam.

Puan Noriza dari Geng Jahit FB ada kongsikan mandi ais. Saya kena cuba juga ni. Caranya:
Tadah air 1/2 baldi, masukkan ais dalam tu, lagi sejuk lagi bagus. Buat bilasan akhir.  
Mandi selepas asar dan selewatnya sebelum pukul 7.
Bila mandi, biasakan jirus kaki dulu, bawa ke atas dan berakhir di kepala.

Sakit kepala dan menyusu?


Terdapat ibu-ibu menyusu yang sering mengalami sakit kepala. Saya pernah alami semasa memerah susu di bulan puasa tetapi Alhamdulillah cepat pulih jika dapat rehat dan minum banyak air selepas berbuka puasa.

Antara sebabnya:
- stress dan suasana bising
- masalah tiroid
- masalah tekanan darah
- dehidrasi
- kurang tidur
- alergi
- perubahan hormon
- bercerai susu secara mengejut

Cara mengatasinya:
- Pastikan bertenang sepanjang tempoh penyusuan
- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari
- Elakkan minum kopi berlebihan kerana ia memudahkan berlakunya dehidrasi
- Makan makanan seimbang
- Urutan
- Mengambil paracetamol (yang selamat untuk ibu menyusu) sekiranya cara semulajadi masih tidak berkesan.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>>  ClothDNZ

Saturday, January 11, 2014

Pentingkah suplemen?

Teks: Zaleha Mustapha   
Foto: Koleksi peribadi

Pemakanan yang terbaik adalah mengikut piramid makanan seimbang.
Adakah kita perlukan suplemen? Jawapannya bergantung pada gaya pemakanan, gaya hidup dan keperluan individu berdasarkan umur, jantina dan keadaan kesihatan. Ada yang mengatakan tidak perlu. Ia bergantung pada pilihan ibu. Ibu sendiri yang lebih tahu keadaan diri.
Ambil dengan ilmu dan keperluan bukan dengan ikutan dan pengaruh iklan semata-mata. Jika ibu ingin mendapatkan jawapan yang lebih tepat, hubungilah pakar nutrisi yang boleh membuat ujian yang khusus tentang pemakanan dan diri ibu.
Suplemen fungsinya membantu melengkapkan vitamin yang tidak mencukupi dalam badan kita. Jadi ia tidak boleh jadi sumber utama, maksudnya kita tidak sepatutnya makan suplemen sahaja tanpa mengambil sumber asal.
Saya kembali mengambil suplemen Shaklee kerana rasa serasi sejak saya mencubanya 4 tahun yang lepas.
Catatan saya mengenai Shaklee di SINI

P/S: Entri pertama ditulis melalui telefon menggunakan Blogger Apps dan dikemaskini semula melalui laptop.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 
 

Saturday, November 30, 2013

Perkembangan Cabaran Tiada Nasi Selepas 7 mlm

Alhamdulillah sudah 14 hari saya mengikuti #CabaranTiadaNasiSelepas7mlm.

Berikut catatan saya di FB:

Tentang ‪#‎CabaranTiadaNasiSelepas7mlm‬ saya,
ia bukanlah bermakna saya tidak makan nasi,
malah waktu siang saya makan agak banyak
walaupun sudah lama tidak menyusukan bayi,
terikut rutin masa menyusu dahulu (alasan..hahaha).
Saya cuma hendak amalkan makan malam lebih awal,
kerana makan berat sepatutnya 3-4 jam sebelum tidur,
jika tidur jam 9.30 malam atau 10.00 malam,
jadi perlu makan malam pada jam ______?
Betul! Pandai! he..he...

Awalnya waktu tidur!
Mengikut nasihat senior, waktu tidur seeloknya jam 10 malam dan bangun jam 4 pagi (dengan tidur yang berkualiti)
Apa-apa yang kita dapat, kita sendirilah yang sesuaikan dengan gaya hidup kita,
ikut dengan ilmu

Masa untuk menanam tabiat baik yang baru: #CabaranTiadaNasiSelepas7mlm
22 hari
30 hari
40 hari
44 hari
66 hari bagi orang kurang disiplin.

#CabaranTiadaNasiSelepas7mlm

Saya tidak mengalami masalah berat badan,
masalah darah rendah juga sudah tiada, Alhamdulillah
setelah lebih kurang 3 tahun mengamalkan #AltamisHabbatusSauda_AHS
tapi ada lebihan lemak.

Mengikut Dr, lebihan lemak di perut membuka risiko menghidap penyakit 3 serangkai, na'uzubillah.

Dan badan ada beri tanda 'kurang sihat'.

Dr cek umur ... dah 37?
"Jaga kesihatan ya"...pesan beliau.

Saya sayang diri saya,
jadi saya perlu jaga diri saya agar dapat jaga insan-insan tersayang.

Let's do it, step by step ;)

-------------------------
Saya kurangkan pengambilan karbo, lebihkan pengambilan protein, sayuran, buah-buahan dan kurangkan minyak, garam dan lemak.

Tidak skip meal, makan 3 kali sehari, breakfast, lunch dan dinner. Kalau lapar antara gap meal saya makan biskut oat atau buah.

Dulu saya jarang breakfast, tapi sekarang saya akan breakfast walaupun dengan 2 keping biskut oat.

Untuk 3 bulan pertama saya hanya makan tengahari dengan segenggam nasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Saya pastikan dinner sebelum pukul 8 pm, cukup sekadar milo dicampur oat atau roti.

Saya adakan “cheating day” sehari seminggu dan akan makan makanan kesukaan tapi dalam kuantiti yang sedikit.

Saya tingkatkan pengambilan air kosong kepada 2 liter setiap hari dan tidak minum air berkarbonat dan manis.

Amalkan minum green tea.

Saya sentiasa cari info mengenai makanan yang dapat meningkatkan kadar metabolism badan.

Pengambilan kalori harian saya kawal dengan mencatat setiap makanan yang saya makan menggunakan apps ‘calories counter’ dalam smart phone. Cara ini menjadikan saya lebih disiplin dan berhati- hati dengan kuantiti kalori harian yang saya ambil.

Kisah dari http://kevinzahri.com/blog/success-stories/weight-loss-success-stories/norhijah-ibu-kepada-dua-anak-kurangkan-16kg/


Catatan harian saya:
HARI 14: 29/11/13 BERJAYA
HARI 13: 28/11/13 BERJAYA
HARI 12: 27/11/13 TIDAK BERJAYA - sangat lapar kerana tidak makan nasi tengahari
HARI 11: 26/11/13 BERJAYA
HARI 10: 25/11/13 TIDAK BERJAYA - ada semburan denggi dari jam 6 - 7 ptg.
HARI 9: 24/11/13 BERJAYA
HARI 8: 23/11/13 BERJAYA
HARI 7: 22/11/13 BERJAYA
HARI 6: 21/11/13 BERJAYA
HARI 5: 20/11/13 BERJAYA
HARI 4: 19/11/13 BERJAYA
HARI 3: 18/11/13 BERJAYA
HARI 2: 17/11/13 BERJAYA
HARI 1: 16/11/13 BERJAYA

Kepada yang nak turut serta bolehlah buat status begini setiap hari :D
-----------------------------
Kisahnya setelah anak mula sekolah, jam 7 malam baru sampai rumah,
nak masak, makan sudah tentulah selepas jam 7 malam.

Jam 9.30 atau 10.00 mlm pula sudah tidur.

Setelah bertahun, kesannya adalah perut yang buncit (ditambah tiada senaman dan jaga makan) serta adanya simptom 'acid reflux'.

Dr kata jika tidur sebelum cukup 3-4 jam selepas makan juga akan menyebabkan berlakunya masalah itu.

Selalu rasa penat tahap "nak mati dah ke aku ni???" (emos...hahaha)

Kesan terasa bila makan nasi dalam kadar segenggam tangan sendiri shj.,
atau makan sup sahaja,
atau makan malam sebelum jam 7
>>> badan lebih ringan rasanya.

Tapi pagi-pagi celik mata sudah rasa sangat lapar..he..he..

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121201/ke_03/Patuhi-waktu-makan
 
 
 

Sunday, November 17, 2013

Cabaran Tiada Nasi Selepas 7 mlm

Bismillah

#CabaranTiadaNasiSelepas7mlm - HARI 1: 16/11/13 BERJAYA

Makan malam jam 6.40 ptg.
Menu : Nasi, ayam masak merah, telur goreng berbawang putih dan ulam kobis ungu.


Kisahnya setelah anak mula sekolah, jam 7 malam baru sampai rumah,
nak masak, makan sudah tentulah selepas jam 7 malam.

Jam 9.30 atau 10.00 mlm pula sudah tidur.

Setelah bertahun, kesannya adalah perut yang buncit (ditambah tiada senaman dan jaga makan) serta adanya simptom 'acid reflux'.

Dr kata jika tidur sebelum cukup 3-4 jam selepas makan juga akan menyebabkan berlakunya masalah itu.

Selalu rasa penat tahap "nak mati dah ke aku ni???" (emos...hahaha)

Kesan terasa bila makan nasi dalam kadar segenggam tangan sendiri shj.,
atau makan sup sahaja,
atau makan malam sebelum jam 7
>>> badan lebih ringan rasanya.

Tapi pagi-pagi celik mata sudah rasa sangat lapar..he..he..

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121201/ke_03/Patuhi-waktu-makan

Tuesday, October 18, 2011

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)

Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)
Apa itu Tekanan Darah Rendah ?
Tekanan darah rendah (hipotensi) adalah keadaan tekanan darah yang lebih rendah dari tekanan yang diperlukan oleh tubuh, sehingga setiap organ dari badan tidak mendapat aliran darah yang cukup dan menyebabkan timbulnya gejala hipotensi. Tekanan darah seseorang adalah berbeza. Ini kerana ia membabitkan kawalan utama otak, jantung, buah pinggang dan ransangan di dalam salur darah.
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah
Dalam menentukan seseorang itu menghidap tekanan darah, terdapat beberapa faktor yang boleh membantu iaitu:-
  • usia
  • aktiviti seharian
  • perasaan
  • ubatan
  • pendarahan
  • infeksi
Kebiasaannya orang yang selalu dikaitkan dengan penyakit tekanan darah rendah adalah dari golongan atlet dan pengamal diet. Mereka jarang terdedah kepada beberapa jenis penyakit seperti:-
  • stroke
  • penyakit jantung
  • penyakit pada mata
  • pengerasan dan penyempitan pada pembuluh darah
Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah. 
http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/LowBloodPressureTreatmentCure.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...