Monday, August 11, 2014

Diet ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ibu menyusu memerlukan tambahan 500 kalori harian, bermakna ibu perlu makan dua hingga tiga jenis makanan ringan antara waktu makan untuk memenuhi keperluan itu dan mereka digalakkan me­ngambil snek berkhasiat dengan kalsium dan protein tinggi.

“Keperluan tenaga ibu akan bertambah ketika menyusukan anak, malah bagi ibu yang mempunyai berat badan berlebihan, tubuhnya akan menyusut ketika memberi susu badan dan disebabkan itu mereka memerlukan snek berkhasiat sebagai makanan tambahan.

“Ibu disyor mengambil secawan yogurt rendah lemak dengan setengah mangkuk buah-buahan dan kacang pada sebelah pagi, dua keping roti bijirin penuh bersama keju atau ikan atau ayam pada sebelah tengah hari dan minum secawan susu rendah lemak sebelum tidur.

“Ketika berpantang, penting untuk ibu mengambil nutrisi berkualiti pada kadar ditetapkan untuk proses pemulihan, termasuk me­ngekalkan penyusuan badan.

“Diet selepas bersalin membabitkan lima kumpulan makanan seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran, ikan, ayam dan daging, produk tenusu serta lemak, gula dan garam.
 
Mereka juga perlu minum ba­nyak air antara lapan sehingga 12 gelas sehari atau mempelbagaikan pengambilan minuman berkhasiat seperti jus buah-buahan atau sayuran kerana ini membantu tubuh menghasilkan susu".

Sumber: Sihat, MetroAhad (10.8.14)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...