Showing posts with label Relaktasi. Show all posts
Showing posts with label Relaktasi. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Doa kekuatan hati untuk menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Surah Ali Imran : 8
(Mereka berdoa dengan berkata) : 
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami 
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan 
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, 
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan 
yang melimpah-melimpah pemberianNya.

Menyusukan anak dengan susu ibu memerlukan jiwa yang cekal. Andai diberi "bisikan dari Nya" untuk menyusukan anak dengan susu sendiri, maka bertabahlah. Tiada kekuatan yang mampu kita dapat melainkan dari Allah jua. Insan-insan sekeliling yang menyokong memang penting, tetapi yang lebih penting adalah HATI kita sendiri. Sejauh mana kuatnya kita yakin Allah akan membantu kita di sepanjang perjalanan penyusuan yang bermakna ini.

Amalkanlah doa di atas pada setiap masa agar saat kita buntu dalam cabaran penyusuan, Allah akan hadirkan penyelesaiannya melalui jalan-jalan yang kita tak sangka. Allahumma aamiin.

Rujukan :
4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, November 30, 2013

Memulakan Relaktasi

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 

Sebelum memulakan relaktasi ibu perlu jelas mengapa ibu ingin melakukan relaktasi?

Ingin anak terus mendapat khasiat susu ibu?
Ingin mendapat bonding melalui penyusuan secara terus (direct breastfeeding)?
Ingin membetulkan kesilapan teknik penyusuan?
Ingin memulakan kembali penyusuan dengan ilmu yang betul?
Ingin mencuba kerana ada dorongan dari suami, rakan-rakan?

Apabila ibu menjawab: Ya, saya ingin melakukannya dan memberi 200% tekad dan usaha saya,
maka ibu boleh menghubungi mana-mana Kaunselor Laktasi untuk memberi panduan yang betul di samping membaca banyak rujukan dari buku dan blog/web Kaunselor/Konsultan Laktasi Bertauliah. Blog ibu-ibu yang sudah berjaya melakukan relaktasi juga boleh dirujuk sebagai memberi inspirasi.

Picture credit : indulgy.com

Apakah yang ibu-ibu perlukan untuk memulakan relaktasi? Baca di sini

Menurut Dr. Jack Newman, penyelidik terkemuka dalam bidang penyusuan susu ibu, faktor kejayaan relaktasi banyak bergantung pada:

1. Pengeluaran susu sebelum penyusuan terhenti.
2. Tempoh penyusuan yang telah terhenti.
3. Tempoh bayi menyusu sebelum penyusuan terhenti.
4. Tekad dan usaha ibu.



Faktor 1: Pengeluaran susu sebelum penyusuan terhenti.
Ibu perlu mengenal pasti adakah mereka benar-benar mengalami kekurangan susu sehingga terpaksa menggantikan susu ibu dengan susu tiruan/alternatif. Kajian dan pemerhatian mendapati, kebanyakan ibu hanya merasa kurang susu tetapi sebenarnya tidak. Ia hanya berpunca dari kesilapan teknik penyusuan sehingga menyebabkan pengeluaran susu terganggu.

Faktor 2. Tempoh penyusuan yang telah terhenti.
Secara kebiasaannya, semakin lama bayi tidak lagi menyusu, semakin lama masa diambil untuk membolehkan mereka menyusu kembali.

Namun ada kisah-kisah bayi yang dapat menyusu kembali walaupun mereka tidak menyusu dalam tempoh yang agak lama, contohnya 4 bulan.

Faktor 3. Tempoh bayi menyusu sebelum penyusuan terhenti.
Secara umumnya, lebih lama tempoh bayi menyusu, semakin mudah untuk membolehkan dia menyusu kembali walaupun telah terhenti dalam jangkamasa tertentu.

Contohnya, bayi yang sempat menyusu sehingga 4 bulan lebih mudah untuk kembali menyusu berbanding bayi yang hanya sempat menyusu selama 1 bulan.

Namun faktor ini juga bergantung pada karakter bayi. Biarkan bayi memilih sendiri bila dia ingin kembali menyusu. Ibu hanya perlu melatih dan bukan memaksa bayi. Berikan masa untuk ibu dan bayi melalui proses ini dengan tenang dan yakin.

4. Tekad dan usaha ibu.
Kebanyakan kes yang berjaya adalah berpunca dari sikap ibu yang tidak kenal erti putus asa dan penat. Mereka amat positif dan yakin usaha mereka akan berjaya.
"Determination and refusal to give up easily are the keys"

Baca mengenai relaktasi di sini > Relaktasi


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Monday, November 25, 2013

Relaktasi

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google

A mother feeding her baby using the supplemental suckling technique (SST)
Photo credit : http://fex.ennonline.net/32/evaluation
Saya kerap juga menerima pertanyaan dari ibu-ibu mengenai relaktasi. Apakah relaktasi?
Relaktasi adalah proses menghasilkan susu semula bagi ibu yang telah berhenti menyusu pada jangka masa tertentu.
"Relactation is the process of stimulating milk supply in a woman who has delivered a baby but did not initially breastfeed. This can also apply to a mother who has decided to restart lactation after it has been discontinued for a significant period of time". -- Breastfeeding.about.com
Saya kagum dengan niat ibu-ibu yang mahu melakukan relaktasi kerana ia memerlukan kesabaran dan kecekalan yang amat jitu.

Apakah yang ibu-ibu perlukan untuk memulakan relaktasi?:
1. Niat dan keazaman yang sangat tinggi.
2. Ilmu dan panduan yang betul.
3. Usaha yang gigih.
4. Kesabaran yang mendalam.
5. Sokongan dari pelbagai pihak.

Saya akan kongsikan langkah demi langkah, bagaimana ibu boleh melakukan relaktasi di perkongsian akan datang.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...