Showing posts with label Kursus penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Kursus penyusuan susu ibu. Show all posts

Tuesday, June 17, 2014

Kursus penyusuan susu ibu untuk pengasuh

Teks : Zaleha Mustapha

Mohon sesiapa yg hendak mengajak pengasuh anak untuk menghadiri :

Kursus penyusuan susu ibu untuk pengasuh 


Tempat : Dewan Kenanga Majlis Perbandaran Subang Jaya
Tarikh : 5 Julai 2014
Masa : 9 pg - 1 petang
Penceramah : Puan Nor Kamariah, Konsultan Laktasi.

Tempat TERHAD.
PERCUMA (dibayar oleh MPSJ)

PM Puan Wan Norashikin Amran [https://www.facebook.com/wannorashikin.amran]


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, December 2, 2013

KURSUS KAUNSELING PENYUSUAN SUSU IBU 40 JAM

Anda memiliki minat mendalam dalam bidang penyusuan susu ibu?
Sudah mempunyai sijil Pembimbing Ibu Menyusu (Peer Counselor) dari kursus 20 jam?
dan seterusnya ingin bergelar Kaunselor Laktasi?

Jika YA,
Anda dijemput menghadiri KURSUS KAUNSELING PENYUSUAN IBU 40 JAM.

TARIKH: 17-21 DISEMBER 2013
TEMPAT: M-SUITES HOTEL, JOHOR BAHRU
YURAN : RM1310 (tanpa penginapan)

PENDAFTARAN SEBELUM 2 DISEMBER 2013.

Rujuk brosur di bawah dan hubungi:
DR. HAIRIN ANISA TAJUDIN : https://www.facebook.com/hairinanisa
atau
PUAN SALMIAH BINTI DATO' HAJI TALIB : 012-2310507







@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*@*

Monday, May 2, 2011

Pembimbing Ibu Menyusu/MBfPC



Gambar dari Pn Nor Kamariah & Famila

Alhamdulillah Ahad lepas diberi kesempatan untuk bergraduasi lagi setelah tamat 4 hari (9&10, 16&17 April) menjalani bengkel pembimbing ibu menyusu (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training Program - West Coast Region 2011) di Rumah Ilmu Jannatul Firdaus, Seksyen 7, BBBangi.

Inilah antara sijil yang paling bermakna buat ku. Sebelum ni memang mewah sijil kat tempat kerja ku nih, asal kursus terus dapat sijil, berbanding tempat kerja lama dulu, jarang dapat kursus, dah hadir tu sijil pun takde..he..he..tu cerita lama. Sekarang dah banyak penambahbaikan dah ;)

Dari tahun lepas rasa teringin nak join tapi banyak pula halangan masa, kewangan & tak berapa yakin dengan komitmen yg akan diberikan. Tapi setelah genap 2 tahun misi menyusukan Adnin & kawan2 yang selalu bertanya ttg susu ibu, rasa terpanggil untuk join training tahun ni. Ditambah yuran pun ok, dekat dgn rumah pula tu, Adnin pun dah besar...Alhamdulillah dipermudahkanNya dapat jgk menghabiskan sesi training tu dgn jayanya (result blm dapat..he..he..)

Adnin stay kat taska time abah keje. Ahad tu abah ambik awal tapi Adnin nangis lak.Ingat ummi kot, so minggu seterusnya Adnin stay kat taska je. Ok je cikgu dia cakap.

Apa yg sangat-sangat memberi kesan di training ini adalah dari segi mengubah tanggapan terhadap ibu & penyusuan susu ibu. Breastfeeding is a journey selama 2thn itu, jadi jika gagal di peringkat awal bukanlah bermakna gagal selamanya.Just let go perasaan2 yg membelenggu tu. Kena sangatlah dgn diriku. Rasa bersalah sebab mampu susukan si abang 3 bln shj. Adnin pula minum FM semasa di hospital & rumah masa mula2 balik tu. Rasa terkilan sbb target tanak susu FM sikit pun.

Berita penuh di Susuibu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...