Showing posts with label Menyusu semasa berpuasa. Show all posts
Showing posts with label Menyusu semasa berpuasa. Show all posts

Sunday, June 21, 2015

Tip Penyusuan Susu Ibu di Bulan Ramadhan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



- Semasa berpuasa, susu mungkin berkurang tetapi masih cukup dan nutrisi masih lengkap

- Ibu menyusu boleh meneruskan penyusuan kerana badan ibu akan mengalami perubahan metabolisma untuk disesuaikan dengan keadaan sebulan berpuasa

- Ibu hendaklah mengambil makanan sihat  iaitu lengkap dengan karbohidrat, protein, sayuran, buah-buahan dan air
- Contoh menu yang sihat semasa berbuka adalah menu yang kurang minyak, kurang pedas, kurang rempah kerana makanan yang berminyak, pedas dan berempah susah dicerna dan perlukan lebih banyak air

- Minum air suam sekurang-kurangnya 3.5 liter
Tipnya: minum sedikit-sedikit dan kerap iaitu setiap 1 jam 1 gelas

- Lebihkan sesi memerah pada waktu malam kerana hormon pengeluaran susu tinggi pada waktu ini

- Buat power pumping seminggu sekali antara jam 11 malam hingga 5 pagi

[Source]

- makan kurma bersama air suam semasa berbuka (3 biji), semasa moreh (3-5 biji), semasa baby bangun menyusu (1-2 biji), sahur (3 biji atau blend dengan susu)

- kesilapan ibu semasa berpuasa: berhenti memerah susu dengan anggapan susu akan bertambah. Ini sebenarnya akan mengurangkan lagi susu kerana otak telah menerima signal: tiada perahan susu=tiada susu perlu dikeluarkan=susu tidak perlu dihasilkan.

Lebih banyak tip yang dikongsikan oleh Puan Zuain di http://www.cikgususu.com/



Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, June 16, 2015

Ibu mana yang tidak digalakkan berpuasa?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Apabila menjelangnya bulan puasa, segelintir ibu menyusu mula bimbang, adakah susu akan sedikit bila berpuasa, bagaimana jika rasa sangat letih untuk meneruskan puasa dan banyak lagi persoalan.

Dalam Mazhab Syafie, ibu menyusu diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa jika mereka  risau dengan kesihatan diri atau kesihatan bayi.

[Sumber]

Terdapat pelbagai perbezaan pendapat dari alim ulama'

mazhab hanafi:
1) wanita hamil dan wanita menyusu boleh berbuka puasa,
wajid Qada puasa dan tidak perlu bayar fidyah

mazhab malik:
1) wanita hamil: qada puasa sahaja
2) wanita menyusu: wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah

mazhab syafie':
1) jika wanita hamil atau menyusu khuatir akan diri dan anak wajib qada puasa
2) risau akan keselamatan diri : qada dan bayar fidyah
3) risau akan keselamtan anak/janin : qada dan bayar fidyah

mazhab hambali:
1) wanita menyusu bimbang keselamatan diri dan anak --> berbuka dan wajib qada
2) bimbang keselamatan diri---> berbuka wajib qada
3) bimbang keselamatan anak ---> wajib bayar fidyah + qada puasa

 [Sumber]

Isu berkenaan hukum ini, insyaAllah saya akan dapatkan maklumat lebih lanjut ya.



Mengikut perubatan pula, ibu yang tidak digalakkan berpuasa adalah:

1. Ibu hamil yang mengalami alahan teruk sehingga mengalami dehidrasi.

2. Ibu yang mengalami penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, buah pinggang, sakit jantung dan selainnya . Ibu ini akan memerlukan ubatan dan rawatan rapi.

3. Ibu hamil yang mengalami kekurangan darah (anemia).

4. Ibu hamil yang mengalami pendarahan.

Ibu-ibu hendaklah memeriksa tahap kesihatan masing-masing sebelum meneruskan puasa.


Rujukan:
Buku 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, June 10, 2015

Resepi untuk ibu menyusu di bulan puasa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya teringat zaman menyusu dahulu, menjelang bulan puasa, sibuklah mencari info dan resepi untuk membuat persediaan berpuasa dan memastikan susu "maintain". Dulu, saya ada tekanan darah rendah dan gastrik, jadi perut tidak boleh kosong. Jika berpuasa wajib bersahur dengan nasi. Adakalanya makan nasi pun, hampir melepek juga ketika berbuka. Jadi, sangatlah perlu untuk saya melihat makanan yang memberi tenaga dan mengelakkan gastrik.

[Credit]

Apa yang saya amalkan masa menyusu dulu, semasa berbuka dan bersahur wajib makan kurma. Ia dimakan dengan bilangan ganjil, 1, 3, 5, 7 biji dan selawat pada setiap biji yang hendak dimakan. Doa agar kekal bertenaga dan susu tidak berkurang. Jika dah tak larat nak makan banyak kurma tu, saya kisar dengan susu + badam, boleh tapis serat atau minum sahaja dengan serat tapi lebihkan susu atau air. Boleh juga kisar dan buat agar-agar untuk berbuka puasa.
Ada yang rendam dulu badam tu (jangan lebih 6 jam) kalau rasa tak tahan dengan serat, boleh tapis dan tapisan tu boleh buat agar-agar atau lempeng.
Saya juga wajib minum minuman yang ada malt seperti milo. Boleh tambah oat sedikit atau nestum.

Berikut resepi dari ibu-ibu dari komuniti FB Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan:

Kisar terus 1kg kurma (blend kering). Tak perlu simpan dalam peti ais kecuali dikisar bersama air.

Apabila hendak minum, campurkan sesudu isi kurma dan bancuh dengan air suam/susu. Tapis serdak kulit kurma tersebut. Boleh diminum secawan sebelum tidur dan secawan semasa bersahur.

Reneh kurma, apabila sudah mendidih kulitnya akan menggelupas. Buang kulit dan bijinya kemudian simpan. Apabila hendak diminum, campurkan sahaja dengan susu kerana kurma tu sudah lembik dan senang untuk dicampurkan.

Masa sahur cuba amalkan kurma dan habbatussauda + madu. 

Puan Kay Ct :
Buat biskut oat coklat+fresh milk+yogurt strawberry (atau apa-apa perasa) untuk dimakan semasa bersahur dan berbuka.

Puan Ieta Hamdan :
Buat kerabu pegaga atau masak lemak pegag untuk menambah susu.

Ada juga yang kisar kurma dengan bancuhan susu tepung. Kurma juga boleh dibuat cucur seperti cucur pisang, guna tepung yang sama untuk goreng pisang. Cucur kurma akan menjadi sedap, rangup dan rapuh.

Variasi lain yang boleh dicuba:
- Susu panas ditambah habbatus sauda.
- Susu kambing + kurma (blend)
- Susu suam + halba  

 
Ibu-ibu bolehlah mencuba nanti ya :)


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, June 15, 2014

Tip cukup susu semasa berpuasa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


1. Yakin susu tidak terjejas walaupun berpuasa.
 2. Bersahur dan berbuka puasa dengan makanan sihat dan seimbang.
3.  Minum air sekurang-kurangnya 8-12 gelas (sedikit-sedikit selepas berbuka hingga bersahur).
4. Ambil makanan dari sumber protin dan serat yang tinggi serta kurang lemak.
5. Menyusu dan memerah susu seperti biasa.

Dalam penyusuan susu ibu, keyakinan amat penting kerana ia mempengaruhi emosi & minda ibu.
Emosi & minda yang positif mampu merangsang hormon oksitosin yang memastikan susu dihasilkan.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Thursday, October 15, 2009

Persediaan menyusu semasa puasa & selepasnya

Sekarang susu dalam keadaan pam hari ini cukup untuk esok. Alhamdulillah atas setiap titisan.
Kena konsisten makan ubat homopati ini untuk lancarkan & tambah susu. Bekalan utk 2 minggu=RM60. Alhamdulillah cepat nampak kesannya, ditambah dengan pengambilan pil ASI ini :
Gambar diambil dr bf mom, kredit untuk pu3-mawar.blogspot.com ;)

Dah lama beli dengan Haza, pemilik srisuri.com tapi rasa macam pahit-pahit sikit, terus berhenti makan.
Apabila bekalan susu tahap ngeri baru sanggup dimakan semula. Itu pun on off tak cukup 3x sehari.
Asyik terlupa nak bawa ke ofis.


Saya dah cuba fenugreek trial set ini, beli melalui Sayangbabyibu. Tapi lepas makan tu Adnin be**k cair, jadi saya berhenti dahulu.Tak pasti sebab saya silap makan atau sebab pil tu. Nanti kena cuba semula.
Selain iti, saya memang konsisten minum ni :

Ini masa puasa hari tu :
Buat kurma blended. Yummy!
Best Hadi's ni. Rasa bertenaga lepas minum. Dah habis 2 kotak. Tak terbeli lg, mahal juga satu kotak tu RM42. Satu peket tu dalam RM2 lah. Tapi banyak khasiat.
Biasa-biasa kan minum air banyak-banyak. Jika sebelum ini tidak kisah sangat, demi menjayakan misi penyusuan penting ini, sanggup saya minum. Nak biasakan sekurang-kurangnya 1 liter sehari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...