Wednesday, December 16, 2015

Persiapan sekolah 2016 - SK

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ahad lepas selesai pusingan pertama untuk persiapan sekolah kebangsaan (SK). Beli yang wajib sahaja (sepasang) di Uniform Gallery. Dapat diskaun 10% harga ahli.
Anakanda putera (bakal darjah 6) :-
Kasut (kedai biasa RM37.99)
Stokin 3 psg (RM15.75)
Beg (RM45.63)
Songkok (RM13.50)

Anakanda puteri (bakal darjah 1) :-
Baju 2 helai (RM21.25, RM20.40)
Kain (RM15.72)
Kasut (kedai biasa RM31.99)
Stokin 3 psg (RM15.30)

Beg, kasut, songkok, stokin, baju kurung dan kain ela
Teringin nak jahit sendiri baju tambahan untuk anakanda puteri, belilah kain ela. Tapi tersilap beli yang agak mahal, RM13.90/meter. Dah potong baru nampak yang murah sikit, RM10.90/meter ..huhu. Jimat sikit je lah berbanding baju siap :P

Baju untuk abangnya belum beli. Rasanya masih boleh pakai yang tahun lepas, tapi memandangkan beberapa minggu ni selera makan bertambah-tambah, ada harapan baju ketat. Beli untuk pusingan kedualah nampaknya.

Esok nak ke sekolah kebangsaan untuk selesaikan pembelian buku tulis dan baju sukan pula. Antara yang wajib beli :
- beg sekolah beroda anakanda puteri
- tudung

Beg KAFA dah ada. Untuk anakanda puteri dapat percuma masa pendaftaran, untuk anakanda putera, abahnya beritahu ada beg percuma masa kerja tempat lama. Ok lah tu ;) Berjimat lebih baik.

Simpanan si hijau
Pada hujung tahun yang perlu banyak belanja ni, duit tabung sangat membantu. Saya gunakan simpanan duit RM5 untuk beli kain ela tu. Masih ada baki untuk belanja yang lain. Tabung syiling pun ada hasil yang memuaskan, tapi belum dapat guna sebab belum tukar/simpan di bank untuk cash dalam bentuk wang kertas. Berat sungguh bila jumlahnya melebihi RM200. Ambil sedikit-sedikit je lah :D

Ibu-ibu yang nak bijak menguruskan kewangan, boleh baca sedikit pengalaman dan pembacaan saya di sini --> tip kewangan
Wanita masakini, sudah perlu bijak kewangan walaupun surirumah kerana kehidupan sekarang sangat memerlukan sumber kewangan yang kukuh. InsyaAllah kita sentiasa dilapangkan rezeki dan berusaha menguruskan kewangan keluarga dengan baik, samaada melalui pemberian suami atau gaji dari bekerja makan gaji/sendiri.

[Sumber]


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...