Saturday, October 4, 2014

Erti pengorbanan seorang ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai di kampung pada tengah hari Jumaat.
Seperti biasa, diserang angin dan sakit kepala lagi. Tidur sahajalah sepanjang jalan. Encik suami sudah biasa ditemani cd rakaman nasyid atau ceramah di Ikim.fm sejak awal perkahwinan :)
Semasa berhenti makan pagi, suami sudah siap sediakan paracetamol. Dia memang "nurse" yang prihatin.

Perjalanan lancar walaupun sudah ramai yang mula balik kampung. Penuh jugalah masjid Raub.
Semasa menunggu solat, terlihat anak kecil yang comel dan ibunya sedang membancuh susu botol. Teringat masa menyusukan Adnin, mudahnya tidak perlu membancuh susu, Alhamdulillah, cuma bila dia tidur lama dan menyusu sekejap-sekejap, hampir kena bengkak susu.

Sempena hari raya korban ini, marilah kita sama-sama merenung erti pengorbanan seorang ibu. Kisah Siti Hajar, bonda nabi Ismail sangat menginspirasikan.
Kekuatan dan semangat beliau kita impikan dan tanamkan buat semua ibu menyusu.
Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tempoh penyusuan, namun usaha dan tawakkal tetap padu lagi jitu. Kita yakin Allah akan berikan kurniaan yang hebat untuk kita.

"Ibu akan terus menyusukan,
memerah susu,
mengusung beg berisi pam dan pelbagai keperluannya,
semakin kerap menyusukan,
bangun tengah malam memerah susu, belanjakan wang ringgit membeli segala keperluan,
masuk kelas menyusu,
rajin bertanya,
selalu membaca,
cekal hadapi apa jua pandangan sinis orang di sekeliling,
kerana inilah pengorbanan seorang ibu demi hakmu untuk menyusu dengan susu ibu".

Salam kejayaan penyusuan susu ibu.
Amin.


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...