Showing posts with label Ibu dan Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Ibu dan Kerjaya. Show all posts

Thursday, May 19, 2016

Tip menyusu anak untuk cikgu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Tip untuk cikgu berjaya menyusukan anak dengan susu ibu:

1. Yakin anda BOLEH melakukannya

2. Perancangan & persediaan awal

3. Ketahui hak anda.
- rujuk Akta/ Undang-undang tentang hak pekerja yang menyusukan anak
- majukan surat dengan sokongan jabatan kesihatan/kementerian wanita/pekerja/ doktor/ pakar laktasi
- berbincang dengan pihak Pengetua dan rakan-rakan.
- maklumkan anda ingin menyusukan anak anda dengan susu ibu secara ekslusif selama 6 bulan dan sepenuhnya hingga 2 tahun.
- minta izin jika boleh diberi jadual/tugas yang lebih fleksibel.

4. Maklumkan kepada pelajar anda bahawa memerlukan masa tertentu untuk menguruskan penyusuan susu ibu ini (menyusukan anak di tempat jagaan, memerah susu dll)

5. Jika di tempat kerja tiada kelengkapan/bilik khas untuk ibu menyusu, anda boleh membawa peralatan tambahan seperti cooler bag, nursing cover, nursing pad, kain mengelap peralatan mengepam dll yang diperlukan mengikut situasi anda.

6. Sediakan jadual memerah susu & penanda khas ketika anda sedang memerah susu.
- jika ada tugasan penting yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda mengganti sesi memerah susu itu

7. Bawa air/makanan sendiri untuk menjimatkan masa anda di kantin/kafeteria

8. Elakkan stress



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, April 9, 2015

Hari pertama ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Semalam, saya mendapat pengalaman baru, menjadi salah seorang panel penemuduga. Perasaan nervous macam orang yang nak ditemuduga pula ..he..he.. Maklumlah ini pengalaman baru, duduk sebelah pula dengan "orang besar". Sempatlah tanya kawan yang ada pengalaman.

Tapi rasa blur je, apa soalan hendak ditanya? Sebab jawatannya bukan satu bidang dengan pekerjaan sekarang. Tawakkal je lah. Dalam perjalanan ke ofis tu BAD dulu. Doa agar soalan yang ditanya tu ada manfaat buat diri dan calon-calon yang ditemuduga.

Sudah sampai ofis, cabaran parking pula! (siapa suruh tak datang terlajak awal ;) Yang ini jadi muhasabah dan idea untuk entri muhasabah. Satu ayat yang berlegar di kepala "when you just drive your Kancil, do you think people will treat you the same as those who drives BMW and other BIG BIG car???"

Bersambung ...


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, April 6, 2015

Bekerja dan berniaga : panduan kejayaan untuk suri (II)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



 Buku ini telah saya terima 12 Mac 2015. Penantian yang berbaloi! Saya suka membaca buku hasil dari pengalaman penulis denga input praktikal bukan teori semata-mata.

Buku ini mengandungi 14 bab.

Yang paling terkesan pada saya ialah, sebelum berhenti kerja pastikan kita cekap urus duit dan urus masa. Jika semasa makan gaji pun kita ada isu dengan dua perkara besar ini, tidak mustahil setelah berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, perniagaan kita tidak ke mana-mana dan kita masih seperti pekerja makan gaji dahulu.
“Situasi paling manis ialah jika anda bergelar bos kepada diri sendiri dikala hutang kosong. Hutang terbeban yang sangat normal kini ialah rumah dan kereta. Hutang normal ini akan menjadikan sesiapa sahaja kurang normal dikala bisnes berada di fasa runcing.”
Azura Abdullah

Alhamdulillah, saya sudah mencapai hutang kosong cuma belum bergelar bos kepada diri sendiri :D

Entri ini akan saya sambung semula .... :)



Teruja dengan naskhah kedua dari penulis, Berhenti kerja dengan bergaya : panduan kejayaan untuk suri.


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, October 29, 2014

Panduan mengurus tekanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


 
Alhamdulillah semalam berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Tekanan anjuran ofis. Mulanya rasa tertekan juga .. he..he.. asyik-asyik kursus, sudah melebihi KPI kursus tetapi hakikatnya saya perlukan ilmu dari bengkel ini kerana rasa ada tanda-tanda stress.

Suka sangat bila dapat penceramah dari luar sebab selalunya akan dapat input yang lain sedikit. Penceramah dari Pusat Perundingan dan Latihan IKIM - PPLI IKIM, Puan Zarita Kassim dan Puan Siti Fatimah Abd Rahman.

Sesi Ice Breaking bersama Pn Zarita Kasim.
Stress ada reaksi tubuh terhadap rangsangan yang tidak menyenangkan sama ada secara fizikal, sosial atau emosi. Ia berkaitan dengan apa yang ada dalam fikiran kita dan bagaimana kita bertindak balas terhadapnya.  Stress terbahagi kepada dua:

1. Stress baik : membuatkan kita bertindak untuk kebaikan diri
Contohnya menyelamatkan diri, menggerakkan diri untuk bertindak dan memotivasikan diri

2. Stress jahat : menimbulkan kesan negatif yang lain
Contohnya rasa resah, pesimis, sensitif, prestasi menurun, hilang sabar, rendah diri dan hilang pertimbangan.

Punca stress bergantung pada peristiwa yang berlaku, cara berfikir, personaliti, emosi dan gaya hidup.

Antara tanda-tanda kita mengalami stress:

1. Kerap merasa terganggu dengan kawan-kawan dan keluarga
2. Ada masalah tidur
3. Rasa tidak mampu mengawal perkara-perkara penting dalam hidup 4. Rasa hendak muntah walaupun dalam keadaan sihat
5. Kerap merasa tidak berminat terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling
6. Rasa tidak berselera
7. Rasa tidak dapat membuat keputusan
8. Tidak dapat fokus kepada tugasan yang diberikan.

Stress mempunyai tahap sederhana dan tinggi. Tahap sederhana adalah biasa terutama dalam suasana bekerja. Namun ia perlu diuruskan agar tidak melarat hingga ke peringkat stress tahap tinggi.

Apabila mengalami stress, apa yang perlu kita buat adalah:


-> akui bahawa kita tertekan 
-> berusaha untuk tangani 
-> kenal pasti punca sama ada dalam kawalan (buat apa yang perlu) atau luar kawalan (redha dan fikir cara untuk teruskan hidup)

Cara bertenang ketika menghadapi stress adalah:

1. Sleep on it
2. Riadhah
3. Mendengar muzik

4. Berkebun

Manakala melalui cara Islamik :

1. Solat
2. Tadabbur Qur'an (menghayati makna)
3. Tafakkur
4. Taqarrub
5. Berzikir (Hasbi Rabbi)
6. Berbaik sangka dengan Allah
7. Sabar dan syukur



Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...