Showing posts with label Tip untuk wanita. Show all posts
Showing posts with label Tip untuk wanita. Show all posts

Monday, April 6, 2015

Bekerja dan berniaga : panduan kejayaan untuk suri (II)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



 Buku ini telah saya terima 12 Mac 2015. Penantian yang berbaloi! Saya suka membaca buku hasil dari pengalaman penulis denga input praktikal bukan teori semata-mata.

Buku ini mengandungi 14 bab.

Yang paling terkesan pada saya ialah, sebelum berhenti kerja pastikan kita cekap urus duit dan urus masa. Jika semasa makan gaji pun kita ada isu dengan dua perkara besar ini, tidak mustahil setelah berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, perniagaan kita tidak ke mana-mana dan kita masih seperti pekerja makan gaji dahulu.
“Situasi paling manis ialah jika anda bergelar bos kepada diri sendiri dikala hutang kosong. Hutang terbeban yang sangat normal kini ialah rumah dan kereta. Hutang normal ini akan menjadikan sesiapa sahaja kurang normal dikala bisnes berada di fasa runcing.”
Azura Abdullah

Alhamdulillah, saya sudah mencapai hutang kosong cuma belum bergelar bos kepada diri sendiri :D

Entri ini akan saya sambung semula .... :)



Teruja dengan naskhah kedua dari penulis, Berhenti kerja dengan bergaya : panduan kejayaan untuk suri.


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, September 8, 2014

Belajar menyintai diri

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Minggu Sindrom prahaid (PMS) adalah minggu yang tidak menggembirakan. Jiwa kacau bilau rasanya. Apa yang dapat membantu saya sedikit tenang ialah melalui solat sunat, baca Qur'an, baca buku, tidur, menyanyi dan menangis. Rasanya sejak umur saya melebihi 35 tahun, gejala PMS ini semakin kuat menyerang. Perlu buat kajian cara nak hadapi ni. Mengikut apa yang saya baca PMS ini disebabkan penggantian kadar hormon estrogen dan juga progesteron dalam tubuh. 

Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan. [Sumber]

Wow! Maknanya saya adalah normal seperti kebanyakan wanita lain :D

Bekerja pun rasa tiada semangat namun emosi negatif mesti dilawan ...

Bekerja dengan buku, sempatlah membelek buku ini untuk mencari mood bekerja di minggu ini. (Oh, saya terlalu inginkan SOHO). Satu bab yang menarik perhatian saya ialah Wanita harus belajar menyintai diri sendiri.


Antara tanda tidak menyintai diri adalah selalu merasa tidak puas hati dan merungut pada diri sendiri. Sikap buruk ini perlu diubah dengan cara berikut:

1. Hentikan segala kritikan terhadap diri.
Belajar menerima diri sendiri. Jika ada yang perlu diubah, lakukan secara positif.

2. Sokonglah diri sendiri.
Dapatkan kawan-kawan yang dapat menyokong kita pada waktu yang kita perlukan.

3. Bersikap baik terhadap minda sendiri.
Ubah cara berfikir secara beransur-ansur.

4. Pujilah diri.
Pujian adalah untuk menyedarkan bahawa kita ada kelebihan diri.

5. Jangan menakutkan diri sendiri.
Berhenti memikirkan perkara bukan-bukan yang menjadikan hidup tidak gembira. Cari imej yang menyenangkan dan tukar fikiran ketakutan ke arah kegembiraan.

6. Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar.
Berlembut dan pemurah terhadap diri sendiri. Bersabar dan layan diri sendiri sebaik mungkin.

7. Usah membenci musuh-musuh kita.
Cari jalan yang positif untuk lepaskan kebencian dan berusaha untuk memuji musuh-musuh yang ada.

8. Cermin diri.
Pandang ke dalam mata, luahkan rasa cinta untuk diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan ucapkan sekurang-kurangnya sekali sehari "Saya sayangkan kamu, saya benar-benar menyayangimu"

9. Ambil berat tentang kesihatan.
Pelajari tentang pemakanan yang diperlukan oleh tubuh. Belajar senaman yang dapat membuat kita seronok. Jaga dan sayangi tempat tinggal kita.

[Image source]

Didoakan kita dapat mengamalkannya. Amin.

Ada satu lagi maklumat yang menarik dalam buku tersebut iaitu Senaman sungai kehidupan. InsyaAllah saya kongsikan di entri yang seterusnya.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...