Monday, January 25, 2016

Program Semai Kasih & Pendaftaran Tahun 1

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



Alhamdulillah, Adnin akhirnya bersekolah di sekolah yang sama dengan abangnya. Hasrat nak hantar ke sekolah swasta ditangguhkan dulu atas faktor tertentu. Perancangan Allah lebih baik. Seronoklah abangnya, adik sama sekolah. Banyak yang boleh dikongsikan :)

Risau juga penerimaan Adnin dengan uniform baru ni. Maklumlah dia lebih suka pakai tshirt labuh dan seluar. Tadika pun free hair je walaupun Islamic :D Pakai masa solat je katanya. Hari pertama lagi siap pakaikan dia seluar panjang. Senang sikit nak lari-lari atau panjat tangga/naik van. Selalu juga tengok budak-budak darjah satu terangkat kain sampai paha. Walaupun masih kecil, tak seronok pula tengok terdedah macam tu.

31 Disember yang lalu, hari taklimat dan pendaftaran darjah 1. Ada ujian saringan untuk kelas dan program DLP (pembelajaran dalam Bahasa Inggeris). Ada 2 kelas yang menjadi projek rintis.

Bergerak ke Ujian Saringan

Adnin kelas biasa sahaja. Oklah tu sebab tak pastilah masa depan projek ni. Yang penting dia rasa gembira untuk belajar.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, January 24, 2016

Persiapan sekolah 2016 - SK (2)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Lama entri ini berada dalam draf. Hari ini baru dapat publish. Edisi mengenang kembali perbelanjaan sekolah lah ni :D

Semasa balik kampung cuti Krismas, dapatlah membeli tudung sekolah Adnin di Pasar Kota Jembal, depan rumah mak je. Rugi pula hanya beli 2 helai. Kononnya nak cari di Zaleha Textile/Mydin yang lagi murah, tapi akhirnya pusing-pusing terus balik je sebab susah parking.


Anak tudung RM2x5=RM10
Tudung (2), RM9 dan RM10
Kasut RM29

Emak sponsor kain biru yang dah siap potong. Kain ela yang saya dah beli tu bolehlah simpan untuk tahun-tahun akan datang.

Tudung Adnin 4 helai lagi beli di Bangi Gateway. Dapatlah yang RM15 sehelai tapi kainnya agak nipis berbanding yang dibeli di Kelantan.

Ini pula perbelanjaan buku tulis, buku pengukuhan dan baju sukan untuk 2 beradik.





Buku pengukuhan biasanya saya tak beli awal-awal. Jika cikgu mahu guna barulah beli. Tapi untuk tahun 6 ni nampaknya kena beli semua sebab ada UPSR.

Saya tak kira berapa ribu yang telah dibelanjakan untuk 2 beradik ni. Beli pun yang penting je, ok lah tu. Niat untuk pendidikan anak-anak. Kalau asyik kira-kira, takut terkejut, terus stress..he..he..

Hampir sebulan sekolah ni, baru nak beli baju tambahan lagi untuk Adnin. Agak rushing untuk basuh baju tiap-tiap malam sebab ada 2 pasang je (1 KAFA, 1 SK). Kain yang dah siap potong untuk baju 2 helai tu belum siap dijahit. Jahit sekejap dah rasa tegang urat. Rasa macam nak beli siap je :D



[Sumber]
Antara langkah berjimat :
- pakai semula pakaian yang masih elok
- beli pakaian tanpa jenama
- beli secara borong
- beli semasa jualan gudang / clearance stock / jualan hujung tahun
- jahit sendiri


Persiapan sekolah 2016 - SK
Persiapan sekolah 2016 - KAFA

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Friday, January 1, 2016

Bagaimana menetapkan target penyusuan yang boleh dicapai?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan kita bernafas pada 1 Januari 2016. Bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak sepanjang tahun 2015, pasti banyak cabaran yang menjadi kenangan indah. Bagi yang baru bermula, jangan gundah jika berdepan pelbagai cabaran dan banyak yang belum diketahui tentang penyusuan susu ibu.

Kita belajar along the way kerana ilmu penyusuan susu ibu itu sangat luas. Makin digali, makin banyak yang belum tahu rupanya. Jika silap, kita betulkan semula. Just enjoy the moment of breastfeeding.

Breastfeeding success is defined by what you decide it to be. What are your goals and what is most important to you? I think every women is capable of reaching these goals with the right support and knowledge. Knowledge is KEY. [source]
Setiap sesuatu yang kita nak capai tentu ada target yang perlu dibuat. Perancangan amat penting untuk mencapai apa yang kita mahu dengan izin Allah.

Target : 2 tahun menyusu penuh.

Bagaimana menetapkan target penyusuan yang boleh dicapai?

 
1. Pecahkan kepada tempoh yang lebih kecil:
6 bulan eksklusif.

Pecahkan lagi kepada tempoh yang lebih kecil:
3 bulan | 6 bulan | 9 bulan | 12 bulan | 15 bulan | 18 bulan | 21 bulan | 24 bulan

2. Target yang khusus bukan terlalu umum

3. Fleksibel dan tidak terlalu mementingkan kesempurnaan
cth:
Target perah susu setiap 2-3 jam tapi tak tercapai kerana bebanan kerja
Teruskan sahaja perah susu pada waktu yang lapang dan cover semula waktu yang tertinggal

4. Yakin boleh capai.

5. Tulis, baca dan doa setiap hari.


Sharing with ♥


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

-----------------------------------

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...