Monday, April 15, 2019

Tip susun buku tanpa kumpul habuk

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

"Lapangkan rumah lapangkan jiwa"
Day 2.

Kemas satu baris rak buku pagi ni.
Dapat 22 buah untuk let go 😅
Pencen dah bab susu ibu.



Cari tip SUSUN BUKU TANPA KUMPUL HABUK di group facebook #kemasrumahwithhani
1. 📚 Lap seminggu sekali atau setiap hari bagi rumah yang mudah berhabuk.

2. 📚 Lap dengan wipe tissue atau microfiber cloth untuk buang habuk.
Bulu ayam hanya 'menerbangkan habuk'.

3. 📚 Spray dengan campuran air + cuka +softlan untuk elak habuk mudah melekat.

4. 📚 Letak kain atas buku untuk perangkap habuk.
Seminggu sekali basuh kain tu.
.
.
Merenung rak buku ni, lamanya daku tak berterapi dengan buku.
Nampaknya kena mula balik lah ni 💪
.
Tipnya pilih buku yang nipis-nipis dulu dan 'spark joy' (genre/Topik yang kita suka) 😁
Barulah gembira membaca buku.
.
.
#declutter
 Sharing with ♥
 Kak NiHa
Aromatherapist-To-Be
 ------------------------------------
Ibu-ibu perlukan aromaterapi?
Klik di sini >>> https://shopee.com.my/nikzaleha

Sunday, March 17, 2019

Kembali blogging :D

Teks : Nik Zaleha Nik Mustapha (Kak NiHa)
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah 2 tahun rupanya blog ini terbiar sepi :)
Semoga perkongsian mengenai susu ibu menjadi manfaat buat semua ibu yang menyusukan anak.


Kak NiHa dah pencen dunia susu ibu. Kini beralih ke dunia terapi diri (self healing, terapi Qur'an, terapi Asma'ul Husna) dan aromaterapi.

Sekarang sedang mengikuti pengajian Sijil Aromaterapi Holistik di Gritz Academy sehingga hujung tahun ini. Doanya berjaya dengan cemerlang. 

Bermula 10 Mac lepas, Kak NiHa mengikuti latihan/terapi spiritual 30 hari bersama Kak Merdu dalam Kelab 4 pagi Bidadari Cinta. 'Kelas' melalui whatsapp dan group FB.

Segala ilmu yang bermanfaat, insyaAllah Kak NiHa akan kongsikan di blog ini dari semasa ke semasa.
Banyak menulis di Facebook.

Sehingga bertemu lagi <3






Sharing with ♥
Kak NiHa
Aromatherapist-To-Be
 ------------------------------------
Ibu-ibu perlukan aromaterapi?
Klik di sini >>> Shopee NikZaleha

Sunday, February 12, 2017

Teknik penyusuan ibu melalui video pendidikan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


 
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) Association telah menerjemahkan video terbitan Global Health Media Project untuk memudahkan ibu-ibu belajar teknik penyusuan susu ibu. Antara panduan yang boleh dipelajari adalah:
+ cara menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan,
+ posisi dan lekapan, 
+ cara memerah dan menyimpan susu dengan selamat,  
+ cara meningkatkan bekalan susu dan 
+ apa yang perlu dilakukan ketika mengalami kesakitan pada payudara.

Video ini sangat membantu ibu-ibu mengetahui teknik dan ilmu asas yang penting dalam penyusuan susu ibu. Selamat belajar 😊
 
Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, February 9, 2017

Akhirnya saya cuti tanpa gaji ...

Teks : Zaleha Mustapha
 Gambar : Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Entri ini mula ditulis sebagai draft pada 25 November 2016. Hari ambil tandatangan bos-bos di ofis Kak NiHa dengan perasaan buat-buat cool sedangkan dalam hati ada sedih, takut, risau 😂

Hari ini sudah hari ke 40 bercuti tanpa gaji.

Kronologi permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG):

- telefon Jabatan Pendaftar tentang prosedur
boleh mula mohon dalam 1-3 bulan sebelum bercuti
kelayakan CTG Kak NiHa dengan tempoh bekerja 9 tahun adalah 9 bulan

- 24/11 isi borang
- 25/11 ambil tandatangan Ketua Unit, Penolong Pendaftar, Timbalan Ketua Pustakawan (yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan)
- 28/11 serah borang di Jabatan Pendaftar
- /12 surat pengesahan berjaya CTG

Kak NiHa kongsikan persediaan kewangan untuk CTG di http://bit.ly/PersediaanCutiTanpaGaji

Sepanjang bercuti tanpa gaji ini, Kak NiHa lebih fokus untuk urusan persekolahan anak, jadi mak supir 😅. Rutin baru setiap hari adalah masak untuk makan pagi dua beradik tu. Sebelum ni suami yang sediakan lauk makan pagi dan tengah hari Qaiyum. Adnin kadang-kadang makan pagi kat rumah, kadang-kadang bawa bekal atau nak beli kuih di warung depan rumah.


Bila cuti ni Kak NiHa lah yang masak. Kak NiHa guna menu planner sebab senang nak ingat dan encik akauntan aka suami dah buat bajet lauk-pauk 😎 Dua beradik ni akan makan pagi dalam 6.45-7.15 pagi. 

Selesai makan, Adnin akan dihantar ke sekolah agama. Kemudian balik tengok abangnya bersiap sebelum dihantar ke sekolah PPKI. Kalau nak jimat masa, boleh sekali hantar tapi abang nak dihantar berasingan. Nasiblah sekolah agama Adnin dekat je. Mak layan sahaja asal dia nak ke sekolah.

Balik rumah dalam jam 8 lebih, baru Kak NiHa makan pagi dan tengok apa yang nak buat sepanjang hari (update blog/online marketing/kemas rumah/surfing internet).

Jika Adnin nak dihantar ke sekolah kebangsaan, Kak NiHa akan ambil jam 10.30 pagi. Kemudian masak untuk makan tengah hari. Lepas hantar Adnin ke SK, terus ambil abangnya. Qaiyum selalunya boleh balik awal dari jadual sebab jadualnya fleksibel.

Kelas PPKI SK Jalan 6
Misi utama lain sepanjang bercuti ni adalah mengosongkan rumah dari barang-barang lama. Baru siap kemas rak buku. Doanya siap semuanya menjelang akhir Februari ni. Untuk rumah bersih berkilau, cadangnya nak tempah servis cuci rumah sahaja. Gangguan saraf yang on off ni melambatkan sedikit kerja-kerja yang dirancang. Bila rasa sakit satu badan, banyak baring sahaja. Simpan tenaga untuk hantar dan ambil anak sekolah. Kerja lain kena tangguhkan dulu.


Cuti ni juga fokus kepada pemulihan gangguan saraf akibat scoliosis dan mungkin ada faktor lain juga. Dah mula urut secara konsisten dan nak cuba fisioterapi dan chiropractic juga. Alhamdulillah, di Bangi semua ada. Sedia duit lebih je lah 😊

Hobi yang dapat buat sepanjang cuti ni hanya menulis dan berkebun sedikit. Menjahit masih ditangguhkan. Kumpul duit tabung syiling dulu. Satu mesin rosak, satu lagi tak berapa elok dah jahitannya. Nak minta servis lah tu. Dah bertahun guna, belum hantar servis.

Setakat ini, perkongsian CTG kak NiHa. Jika ada lagi yang nak dikongsikan Kak NiHa akan post lagi 😉


 Sharing with ♥
 Zaleha Mustapha Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Tempahan Abaya Menyusu 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Personal branding 2017

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Awal Januari lepas, ada buat survey panggilan diri di FB.
Nama asal Nik Zaleha.
Majoriti memilih Nik Ha.
Terima kasih 😊
.
Untuk melembutkan bunyi panggilan (tinggalkan 'k') dan meneliti maknanya serta pertambahan umur (namun sentiasa muda di hati) maka nama pilihan adalah:
🍭 Kak NiHa.
.
Dalam bahasa Arab: niha (Nun Ha Alif) bermakna yang bersinar/mar-mar.
Ni cek kamus Marbawi
Kalau google 'the bright one' tapi ada juga 'the naughty one' ..hahaha
Kadang-kadang akak noti jugak.
Neha dalam bahasa Sansekerta, ertinya cinta dan kasih sayang.
Kita ikut makna-makna yang baik je lah ya
Kak NiHa juga ada buat survey tentang apa yang suka dibaca oleh rakan-rakan FB

A. Penyusuan susu ibu 
B. Fesyen ibu menyusu
C. Pengalaman mengurus anak istimewa
D. Pengalaman guna produk semulajadi
(stevia, essential oils dll.)
E. Urus duit bagi ibu bekerja.

Majoriti memilih
Pengalaman mengurus anak istimewa dan Urus duit bagi ibu bekerja.

Untuk di blog ini, Kak NiHa masih mengekalkan tema utama iaitu perkongsian mengenai penyusuan susu ibu.

Jika ada ibu-ibu yang suka baca mengenai tip urus duit boleh singgah ke blog http://nikhabiz.blogspot.my

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Perlukan abaya menyusu custom made? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...