Friday, February 1, 2008

Yg best & tak best

Mlm Isnin (27/1) - Indahnya saat solat berjemaah bersama. Hakimi pun ikut jgk. Siap share sejadah dgn aku. Sejadah kecit utk dia takmo amik lak Rasa mcm lengkap sbg keluarga Islam kalau kita amalkan spt yg digalakkan dlm Islam ni. Hendaknya istiqamah lah. Yg jrg buat tu sbb aku sendiri mls nak siap awl2. Yelah takkan imam tunggu makmum kan. Tupun abe duk tunggu gak sbb aku duk salin kain lah, duk pakai telekung lah..he..he..

Smlm, hr tak best, tataulah nape. Pg2 dah rasa semacam. Maybe sbb kesakitan pinggang & blkg yg dah lama ni. Bila agak kuat br lah nak cari bitamin bagai. Takpun telan panadol je. Masa sakit tu segho nok g jupo dr lo lo tp bila dah krg sket tu, g semula2 lah..he..he..

Keje pun tak produktif je. Byk spend masa nak siapkan minit mesyuarat. Tak sah tak tgk sample sbb rasa tak complete lak ayat2 / format dia.

Masa drive balik sgt lah letih rasanya. Sib baik umah dkt sbb takleh nak fokus time drive. Sib baik tak accident. Dkt simpang umah aku tu, camne leh tak ternampak kete kat dpn tu. Aku dah toleh kiri kanan, sib baik sempat brek. Tulah penangan kalu dah letih + ngantuk.

Balik2 umah lak, dapur wat hal. Jd kua api besar & kuat. Takut aku dibuatnya. Last2 takleh masak lauk. Nasik takpe dah selamat dlm rice cooker. Dek letih, aku pun jd hangin semacam. Nak marah kat dapur lak. Pehtu membabitkan abe lak. Duk marah dlm hati je la. Tula, abe tanak beli dapur baru. Tungku yg sblh tu mmg dah lama tak nyala, tinggal 1 je la. Tu nak panggil kwn2 dtg mkn kat umah pun tak best, nak msk dgn dapur 1 tungku je. Bila dah hangin tu, mula aku duk bung bang bung bang basuh pinggan dll kat sink tu. Pehtu lepak dpn tb.

Lps maghrib, dek lpr sgt, aku mkn nasik dgn budu je. Minum melo & habihkan roti sekeping. Mls nak kua beli lauk & mls nak suh abe beli lauk. Abe kata nak beli dapur esok je tp nape ntah tetiba tuka pikiran nak beli mlm tu jgk. Aku kalau nak marah tu mula la tak pedulikkan org. Dia kua pun aku duk tgk tb je. Hakimi je duk menjerit2 nak salam walaupun abah dah siap kunci pintu. Pandai lak dia bukak sendiri. Kul 9lebih naik ats baring2. Kul 10lebih br abe balik. Lama pulak rasa dia g kedai. Mula la tepikir ada apa2 ke kat jln, accident ke, kereta rosak ke. Hah, tula td wat dunno je, pehtu mula la risau..eheh. Dgr abe balik tu rasa mls nak turun tp rasa cam tak baik lak. Hakimi dah lama turun nyambut abah dia tu. Last2 turun la jgk kjp tgk abe psg dapur. Few minutes je, aku naik ats balik. Tdo adlh terapi plg sng nak hilangkan marah.

Tgk2 pg ni dah leh masak dah. Tp mcm biasa masih belum berjaya merajinkan diri masak pagi2 walaupun ada masa. Aku just bergolek2 sambil kejut adik tdo. Oh, ya. Anak teruna aku tu mcm dah tak brp suka aku panggil dia adik. Maklumla kat sekolah panggil Qaiyum. Pastu kat sekolah ada bdk 3thn kot yg dipanggil adik. Jd rasa diri dia cam besa la kot..he..he.Aku pulak yg susah nak panggil nama je sbb dah terbiasa panggil adik.

Sambil baring2 dpn tb dah selalu suruh aku bc kan buku cerita. Tepaksala mengkreatifkan diri jd tukang cerita dgn gaya & intonasi real punyer. Takleh nak bc ikut buku je sbb buku tu utk bdk besa dah sket. Dlm ayat2 tu adlh dialog hewan guna perkataan 'kau'. Aku bc je lah. Dia siap betulkan, tak baik tu, bukan kau awaklah mak. He..he..tepaksa tuka dialog. Fav. sentence kalau tak setuju dgn aku "tanak kawan mak. kite kwn abah". Kalau aku rajin nak menyakat aku ckpla "mak kawan abah dulu", pastu duk gaduh dgn dia..hak..hak.. Smlm berjaya sebut "delicious" dgn btl. Sblm ni takde bunyi s tu, jd delisyen lak. Asal minum seteguk delicious, seteguk lg delicious. Mkn pun gitu gak. Mula la malu2 kucing kalau aku ckp very good. Pastu mintak aku peluk dia. Owh, so sweet...Ummi loves u very2 much...
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...