Friday, June 10, 2011

Bengkel Latihan PPIMM/MBfPC di Zon Utara

Kepada ibu-ibu yang mempunyai semangat dan minat mendalam dalam penyusuan susu ibu dan suka membantu rakan-rakan, saudara-mara dalam hal ehwal penyusuan, anda semua digalakkan untuk menyertai bengkel latihan Pembimbing Ibu Menyusu atau Peer Counselor yang bakal diadakan di Zon Utara pula. Maklumat bengkel latihan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10-12 Jun 2011
Lokasi : WNS Homestay, 2175-A, Jalan Mahkota, Off Jalan Stadium, 05250 Alor Star, Kedah.
Masa: 8.00am-6.00pm
Yuran penyertaan: RM100

Bagi yang berminat untuk menyertai bengkel latihan seperti diatas, sila hantarkan butiran berikut kepada admin@malaysianbfpc.org :
1) Nama
Ii) alamat
Iii) nombor telefon
Iv) e-mail
V) Nyatakan secara ringkas kenapa anda berminat menyertai bengkel ini
Vi) tarikh/lokasi bengkel yang ingin disertai.

Pihak pengurusan akan menghantar semula e-mail permohonan penyertaan berserta borang-borang pendafaran yang perlu diisikan kepada yang telah menghantar butiran diatas.

Untuk makluman semua, setiap permohonan akan melalui proses saringan dari pihak pengurusan berdasarkan maklumat dari borang permohonan dan borang questionnaire peserta untuk memastikan hanya peserta yang memenuhi kriteria pemiihan sahaja layak untuk menyertai bengel latihan ini. Maklumat selanjutnya mengenai bengkel latihan akan diumumkan melalui e-mail jemputan penyertaan kepada yang telah memberi butiran kepada pihak pengurusan MBfPC.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...