Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin 2014

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Cuti sekolah telah bermula. Aktiviti pertama, bawa anak-anak ke Karnival Upin dan Ipin di PICC, Putrajaya. Tidak tahulah kenapa tahun ini teruja hendak pergi, sebab ada Ultraman kot ..he..he.. Maklumlah ummi suka tengok masa kecil dulu, sekarang pun layan juga dengan anak-anak. Teruja hendak tengok di sebalik tabir Upin Ipin pun ya, ditambah lokasi yang dikira dekat dengan rumah.

Sabtu tu sudah dapat komen dari kawan-kawan, katanya ramai sangat orang tapi tidak sangkalah sesesak itu. Rasanya sudah sampai awal tetapi sudah ramai beratur untuk ke dewan berbayar. Tidak pasti apa yang ada dalam tu, hendak tengok info pun tidak jumpa :)

Walaupun berjalan jauh, agak seronoklah pada mulanya kerana beramai-ramai. Saya siap pakai kasut sukan ikut suami. Kira senaman jalan kakilah, turut sama mendaki bukit sebab ikut orang. Sebelum ini memang tidak pernah ke PICC.

Yang tidak seronok bila ada yang merokok berkepul-kepul dalam perjalanan masuk dewan itu. Memang tidak hirau langsung dengan bayi dan kanak-kanak yang ramai ini. Itulah salah satu sebab jarang hendak ke tempat terbuka macam walaupun papan tanda Dilarang Merokok tertampal di situ :P

Dalam dewan percuma sempat sekali pusing sahaja, sekejap sahaja tengok acara di pentas sebab sudah penuh. Hendak tunggu Ultraman memang tiada harapan sebab anakanda putera sudah beritahu jam 11 pagi kena balik. Hendak membeli belah dan bergambar pun sudah tiada selera bila orang ramai makin sesak. Kami bukan ibubapa tegar demi hiburan anak-anak. Tengok tv di rumah jauh lebih selesa. Ada kawan ofis whatsapp rakaman abangnya yang dapat tengok slot Ultraman, jadi tunjuk pada anak-anak yang itu sahajalah :) Lagi selesa tengok di rumah sambil bersila makan roti cicah milo ..he..he..

[Gambar belum lihat dari kamera suami]

Status FB:

[KARNIVAL UPIN IPIN]
Inilah kesesakan dan kepenatan jiwa raga … huhu
Tak sanggup tunggu dah, 9.30 pg sampai, 10 pg dah balik
Yang baik: dapat bakar kalori berjalan 10 ribu langkah.
Yang tak baik, baca kat page Upin Ipin …he…he
— looking for a massage.

Tip untuk ibubapa:

1. Bersedia ambil cuti jika program bermula pada hari biasa (bukan hujung minggu) untuk elak kesesakan.

2. Makan di rumah.

3. Bawa bekalan air masak.

4. Pakai pakaian yang sesuai supaya lebih mudah bergerak : babywearing, kasut sukan, seluar panjang untuk anak perempuan.

5. Datang seawal mungkin, sebelum pintu dibuka :)

6. Dapatkan maklumat sebanyak mungkin dari pihak penganjur.

7. Terapkan nilai yang berbaloi untuk anak-anak, demi pendidikan atau hiburan?

8. Berhemah, bertolak ansur dan usahakan bersabar dalam apa jua tindakan.

Melihat komen negatif dengan bahasa yang kurang sopan di page Upin Ipin agak memalukan bagi yang sudah bergelar ibubapa. Semoga ada iktibar yang dapat dikutip di karnival ini.


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...