Tuesday, November 4, 2014

Tip mengatasi stress semasa menyusu

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google
Picture credit : www.thegrindstone.com

Stress adalah musuh utama bagi ibu menyusu! Stress boleh mengganggu penghasilan susu.

Antara tip untuk mengatasi stress adalah:

1. Terima hakikat.

Akui bahawa apapun perlukan ilmu dan latihan pada peringkat awal. Begitu jugalah dengan proses penyusuan. Bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak, pasti banyak yang perlu dipelajari, namun yakin ia akan bertambah mudah bila ibu sudah biasa.

2. Usaha untuk bertenang.

Bagi Muslim sudah pasti zikir dapat menenangkan. Ibu juga boleh mencari pelbagai cara yang dapat membantu agar lebih rileks. Cari tempat yang selesa untuk menghayati waktu indah menyusukan si comel. Ibu boleh mendengar muzik, membaca buku, melihat video atau cerita inspirasi dan mengamalkan teknik pernafasa yang betul.



3. Tidur

Ibu boleh mengambil peluang untuk tidur bersama bayi. Tidur berkualiti (deep sleep) sangat membantu ibu untuk rasa lebih segar dan tenang. Minta bantuan ahli keluarga untuk selesaikan kerja rumah.

4. Berkawan dengan "geng susu ibu"

Sokongan rakan-rakan di sekeliling amat membantu ibu sepanjang tempoh penyusuan. Hanya ibu-ibu yang pernah mengalami situasi yang sama dapat memahami perasaan kita. Panduan dan sokongan yang diberikan, insyaAllah dapat memudahkan kita untuk mengambil langkah yang perlu ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar.

5. Bergerak / bersenam

 Apabila kita bersenam atau membuat aktiviti fizikal, badan akan mengeluarkan hormon endorphins yang membantu mengurangkan stress dan menstabilkan mood. Rujuk Doktor jika mahu memulakan senaman jika ibu baru habis berpantang.

6. Elakkan cara yang kurang sihat

Makan berlebihan atau menggunakan sebarang ubat tanpa merujuk doktor untuk menghilangkan stress adalah tidak elok.

7. Dapatkan bantuan dari pakar.

Jika ibu rasa tahap stress membimbangkan, segeralah rujuk pakar terapi yang boleh mencadangkan ubat-ubat yang selamat semasa menyusu.


    Ibu juga boleh membaca banyak lagi panduan di sini:

    http://www.womenshealth.gov/breastfeeding/breastfeeding-and-everyday-life/handling-stress.html
    http://www.breastfeeding-problems.com/breastfeeding-stress.html
    https://www.llli.org/nb/nbnovdec01p204.html
    http://shakeoffthegrind.com/emotional-health/how-to-neutralize-stress-and-create-inner-wellness


    Sharing with ♥

    Zaleha Mustapha
    Kaunselor Laktasi

     ------------------------------------
    Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
    Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

     

    Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
    Klik di sini >>> ClothDNZ
    Post a Comment
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...