Wednesday, October 29, 2008

Update

Minggu lps kat opis byk benda mengejut2 sajer. TNCA nak dtg tgk library, meeting QIT Teknikal psl jamuan raya, psl SKT nak guna system kemasukan yg br. Yg lebih2 bz bos2 ler. Kita kat bwh ni kena tempias2 je..he..he..

Ptg Khamis tu bergegas ke DECTAR dgn senior. Sib baik dia dah biasa. Aku ngikut je. Selalunya setiap gugusan kena jg station utk jamuan raya tu. PTSL under Gugusan Perkhidmatan, bergabung dgn JPP, JPPel (bhgn pelajar) & satu tak ingatlah nama penuh dia. So tugasnya just tgk2 org mkn, kalau ada yg tak cukup tlg inform caterer. So ptg tu bergegasla nak kena siapkan menu & beli kuih raya. Masuk ofis, then sblm blk senior nak g jenguk lg, caterer & rkn2 jbtn lain dah settlekan hiasan ke tak tp aku dah surrender..mengah mek..kenalin pun ado.

So besok pg2 ke dectar menampal menu. Lawa gak hiasannya tp syg mek lupa nak bwk kamera. Ada kamera kwn2, nak kena mintak gambo ni :) Lamanya nak tunggu pro-canselor dtg. Sempatla cuci mata tgk artis kebudayaan ukm ni..heh..heh..beza la dgn culture UIA. Yg tu la sygnya bila berada di luar UIA kan..dah krg sket Islamic culture tu.

Ms pro canselor dtg aku nyorok2 kat blkg..he..he..tak reti aku nak berbudi bahasa dgn org besau2 ni. Dia wat sesi lwtn ke setiap station. Menu utama station kami lemang, rendang, roti jala + mee, kuey tiaw goreng, mihun Singapore, soto, buah2 & kuih raya. Seronok jgk involve ni tp yg sedih tak dpt mkn sakan..huhuhu..Tak kose la mek nak beratur pjg @ berebut2 nak mkn. Dgr2 ada nsk dagang, laksa johor yg sdp tp tak merasa la..by the time g ronda station lain sume dah licin. Station kami lak telebih awl start mkn. Bila habih doa je caterer terus bkk penutup mknn tu. Apalagi sume serbu je la. Sblm tu pun dah ramai yg duduk2 tak masuk dewan. Kami yg bertugas ni tunggu org reda br g amik mknn. Amik air je dulu. Perut dah lpr walaupun dah pekena sepinggan nsk goreng kat umah..he..he..Kesimpulannya nak mkn puas2 kena beli la @ g open house yg takde org ramai bangat..he..he..be’round’2 mkn pun takpe. Lg kesian tgk mak2 buyung yg dah sarat beratur nak amik mknn. Ms tu sume pakat jg perut sendiri je kot..heh..he..kalau aku mmg tak sanggup nak susah2 semata2 nak mkn. Ada rejeki mkn kat lain lah kan.

Ms rehat Jumaat tu aku & ofismate yg muda2 kua window shopping kat billion & susuibu. Aku je yg umonya berangka 3 kat dpn. Yg lain2 masih 20-an. Feel young sket ;) Dptla bantal sepasang, cdgnya utk sendal blkg kat ofis & dlm kete. Tp tak sesuai utk seat kete so bwk blk umah je. Hakimi dah book awl2, so jd la bantal peluk dia. Mcm biasa kalau ada benda br musti bwk tdo punyalah. Tak kira menan ke, colour ke even selipar baru..ngeh..ngeh..ngeh..Cdg nak beli belly belt tp stok habis lak, so beli la buku Panduan penyusuan susu ibu bg ibu bekerjaya. Overexcited nak breastfeeding nanti. Tiap2 hr survey pam susu & sewaktu dgnnya sampai tdo pun mimpi breastfeed baby..he..he..Doa2 semangat tak luntur la sok2.

Ahad
ada jemputan open house. Aku g umah ofismate & abe g umah kwn dia. Tak dpt nak g sesame sbb Hakimi wat peel nak memerap kat umah je. Dia dmm sbb tekak merah lg.So tahap kemengadaan dia tu ada lebih sket :P

Hr Senin wat laksa penang. Pg2 lg breakfast dgn laksa..he..he..Lps tu acara menyapu sakan dr bilik ats sampai ke ruang tamu & mop. Lama dah tak sapu beria. Lps tu basuh tikar lak. Kalau dah semangat tu tak ingat penat dah. Tp hati2 lah jgk.

Ptg tu acara rehat sajer. Sakit jgk urat mek ni..he..he..sib baik sbb smlm keje mlm. So pg tu buleh lepak2. Ingat nak kua tp selalu tak jd punyalah. Mendobi jer. Siap2 kan lauk utk dinner abe & Hakimi. Aku bwk bekal, tak blk rehat maghrib tu sbb mesti mengah nak rush masuk balik kul 8 tu. Sunyi gak kat ofis maghrib tu. Aku bkk sume lampu2 bg terang. Takut jgk..he..he..dolu2 katanya ada gak misteri2 nusantara kat bhgn aku ni. Aku pulun la duk bc doa2 mintak jauh2 setan2 yg nak mengacau.

Pg ni
Hakimi sakit perut lg. Dah merengek tanak g sekolah. Temperature aku dah naik dah tp cuba ctrl tanak jd tarzan pg2. Pujuk dgn menan br nak bangun tp mandi, pakai baju sambil nangis tanak g sekolah. Alahai anak jate kesayangan..Tp lps aku siap2 nak kua, mood dia bertukar ok pulak. Siap nyanyi2 riang. Hmm..cpt btl tuka tune..sajer nak uji ummi la nih. Sib baik tak lewat sgt sampai ofis.

Wednesday, October 22, 2008

Membebel je

Hr ni Hakimi merengek tak nak g sekolah. Maybe sbb aku suruh mandi terus sbb dah lencun dgn air kencing bila bgn tdo. Nangis la member. Bila pujuk tgk cd power rangers yg abah br beli kat psr mlm smlm, makin tanak g sekolah sbb nak tgk cite sampai habih. Last2 aku ugut nak tinggal, terus start kete. Meraung la dia. Tp sib baik nak bgn masuk kete & bila sampai tadika dah berenti nangis & masuk pelahan2. Risau pulak nak mujuk dia utk ke tadika 2thn lg sblm ke sekolah pulak. Bila mood dia tak ok, mood ummi pun jd krg ok jgk. Sedih je tgk dia moyok je muka. Tp biasanya bila dah warm up ok je bekawan kat tadika tu. Smlm ms balik ceria amat. Becakap tak berenti. Aku lak rasa letih, jd mls nak melayan dia..huhu..siyan anakku. Mood dia mcm mood aku ms rumaja2 dulu. Kalau happy tu jd becakap tak berenti..he..he..sbb tu kwn2 rapat tak pecaya kalu aku ckp aku ni pendiam. Skrg dah berubah sket la kot sbb dah dewasa byk benda nak pk. So lebih byk diam. Ms rumaja happy go lucky je.

Uish, rasa geli pulak bila bb gerak2 ni. Rasa tertarik tali pusat..he..he..Seronok sgt bila dah nampak mcm colustrum dah start nak ada. Doa2 azam aku bejaya. Targetnya nak amik dividen ASB pulak utk beli pam susu. So kena tambahkan saving bln ni & strsnya.

2hr lps aku g upah bj. Cdgnya bj lps besalin tp tingin nak pakai bln dpn sbb koleksi bj yg boleh pakai dah berkurang. Pinggang dah bertambah 5 inci..slmt tinggal pinggang ramping ku..hak..hak..suh la adik tkg jahit tu bsrkan pinggang. Hrpnya perut takde membesa sgt nanti (bia bb kat dlm je yg membesa), so sempatla pakai bj tu utk ry hj sekali (verangan..camne perut tak membesa..asyik nak mkn je kejenye..he..he..) Belly belt blm beli2 lg. Nak kena g beli la nih sbb baju muat lg, kain je dah ketat pinggangnya.

Posa ganti 2 hr + posa 6 blm mula..erk..tgh2 mlm dah start rs lapa je. Pg2 pulak bila celik mata nak kena cr mknn dulu. Camne nak kuatkan iman utk posa ni…Sepatutnya ms pregnantlah boleh posa lebihkan sbb suci spjg masa ;)

Pg2 ni dah rasa sakit blkg. Rasain! sbb degil nak susun buku yg berjilid2 tu..huwaa..tak susun kang tak sdp mata tgk bercelaru je kat rak. Biasanya bkn skdr shelf read ler tp kena susun sekali. Kdg2 rs mls jgk duk susun benda sama tiap2 hr kan…tp dah tugas nak wat camne. Lg siyan staf2 yg keje menyusun buku je setiap hr. Kalau aku mau jemu sampai pencen duk buat ituu je. Student pulak krg kesdrn nak amik buku elok2 kat rak. Main sepahkan je sbb dah tau ada org susun kot. Eh, membebel lak. Stop dululah.

Tuesday, October 21, 2008

N3 campur2

About bb:

Dah kerap terasa dia gerak2 kat dlm tu tp bila aku tekap tgn kat perut dia diam lak..he..he.. Kdg2 aku masih melepek lg sbb rasa letiih sangat. Mengah bila berdiri lama, byk jln & buat keje. Perutnyer takdela besa lg tp dah rasa berat jg. Maklumla struktur tlg blkg tu dah berubah kan.

Hakimi time mood ok, kalau suh cium & usap2 bb kat perut dia buat je. Dia tanya bb duk buat apa. Kenapa bb tak kua lg. Tp bila mood tak ok marah je kalau ckp psl bb. Dia ckp ada nasik je dlm perut mak tu..he..he..

Sabtu lps lepak kat umah je. Dr pg rasa letih sgt & sakit kepala. Ingat nak msk utk breakfast tp abe suh beli je sbb takde air kat sink. Kat blk air masih ada sbb air tangki. Tp dah kuning, abe kata dah nak habih. Sblm Hakimi bgn, aku lyn filem Ayat-ayat cinta. Mmg tangkap leleh esp. bab setianya Fahri dgn wife dia & pengorbanan wife dia ttg poligami tu. Tu mesej yg btl bg aku. Tertarik sgt dgn kata2 kwn Fahri tu, sorang isteri pun blm tentu adil inikan pula 2. Bg aku tu lah tafsiran ayat poligami dlm Qur’an tu. Mmg lelaki dizinkan kawin 2,3,4 tp kalau tak yakin boleh adil “fa-wahidah”. Tp ramai yg nak kawin tu tak bc hahih kot ayat tu ;) tertinggal “fa-wahidah” tu, duk napok hok 2,3,4 tu jah. Doa aku hubby pun boleh setia cam tu. Lg satu bab Aisha yg lari nangis kat lua lps fahri kawin dgn Maria kat spital tu. Bg tafsiran aku mmglah dia sanggup dimadukan tp hati wanita kan..mesti rasa sedih, pedih..

Suka dgn lagu ni :

Ungu feat. Rossa - Tercipta Untukku
menatap indahnya senyuman di wajahmu
membuatku terdiam dan terpaku
mengerti akan hadirnya cinta terindah
saat kau peluk mesra tubuhku,
oohh banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan
kepada dirimu
aku ingin engkau selalu
hadir dan temani aku
di setiap langkah yang meyakiniku
kau tercipta untukku
meski waktu akan mampu
memanggil seluruh ragaku
ku ingin kau tahu
ku selalu milikmu
yang mencintaimu
sepanjang hidupku
sungguh hanya lah dirimu
yang aku cintai
dan sungguh ku kan di sisimu
hingga ku mati

Specially dedicated to my hubby ;)

Sabtu tu ada kenduri & 2 open house tp sume tak g. Aku rasa kena rehat kat umah je. Abe pun tak g jgk bila dah beli nsk sorang sebungkus tu..he..he..

Ahad tu g tesco dulu sbg memenuhi permintaan ank bjg tu. Nak tambah koleksi menan lg. Lps tu ke seri kembangan, umah kwn yg buat open house sabtu tu. Rezeki kami nak mkn nsk dagang. Sampai dah tengahari. Rupanya dia siapkan lunch la pulak. Hakimi ok je, sng je masuk umah sbb tak ramai org :) Bertambah jgk dia mkn nsk dgg tu. Puding mangga pun yummy!

Balik tu lepak kat umah je. For dinner goreng bihun Singapore lebih sket. Balas bks jiran sblh ms dia bg tapau mknn ms raya kat umah dia hr tu.

Hr ni pulak mkn free. Pg mesyuarat Bahagian & tengahari jamuan raya UNIKEB. Dptla merasa sate yg diidamkan sejak raya ni tp dpt dgg je. Kena cari satay ayam lak..he..he..dpt pekena cendol gak.Hmm..takleh nak pantang ais lg walau batuk2 masih ada lg.

Minggu ni Hakimi exam. Aku takde pun beria ajak dia mengulangkaji. Masih ada 2thn utk dia stay tadika. Aku takut dia jemu kalau paksa2. Kena ajr indirect je lah. Mlm tu siapkan alat tulis je mcm dlm srt yg tadika bg. Blk dr tadika dia ckp dia pandai..he..he..agknya adala tu cikgu puji/pujuk dia kot.

Wednesday, October 15, 2008

Aktiviti lps raya

10 Oktober lps jamuan ry tadika Hakimi. So sempatla snap sblm kua g htr dia. Bila sbt cheese, dia g sengih cam iklan ub gigi lak. Punyala payah nak buh btg bj melayu tu. Lupa nak bwk dr kg. Ada yg abah dia punya. Bsr lak tu, terkial2 nak bubuh tu, pastu ada yg tanggal permata dia tu..he.he..tula mlm tak siapkan awl2.

Ni pulak gambo dgn KP&TKP sblm majlis ry kat entrance ke bhgn aku keje. He..he..tyg bos & staf sket.
Sabtu lepak kat umah je. Tetiba dpt call ofismate yg bjg2 itew nak dtg beraya. Sempatla goreng bihun singapore. Tupun bile deme dah sampai umah. Bhn2 tak ckp sbb abe blm ke tesco lg. Hakimi mcm biasa dgn peel pemalunya tu. Siyan acik2 duk tanya dia diaaam je tak jwb2. Ptgnya g raya umah kwn abe satu tmn. Jumpa jgk aku dgn kuih ikn bilis lilit tepung yg dicari2 sjk Hakimi dlm kandungan..he..he..bulehla tempah. Wife kwn abe aku kata cikgu sekolah dia ada amik tempahan.
Ahad lak g beraya umah kwn abe satu taman gak, ex-staff dia & jiran sblh umah. Sempat lg ke tesco sbb hero kecit tu demand nak ultraman blades=brothers. sblm tu abah dah beli ultraman besa dah tp tu ultraman lain. Abah pun lyn jela. Sib baik nak yg 3.90 je..heh..heh..
Hr tu mood Hakimi tak brp ok. Asik nak blk umah lps g tesco. Tanak masuk bila g beraya uamh org. Duk dlm kete je lah. Sampai abe bwk mknn mkn sama dgn dia dlm kete. Dahla hjn lbt time beraya kat sg ramal tu. Maybe sbb tak sdp bdn. Dah pns mcm demam je. Nasib baik tak teruk.

Sblh ptg kwn abe dtg bls ziarah raya. Dptla hidangkan laksa yg aku buat pg tu. Pulun aku mkn sbb mmg buat byk. Puas dpt mkn habis2an..he..he..Hakimi lak siap mkn dgn tgn, bertambah2 jgk. Konpem kelate pure..he..he..yelah dah ummi & abah kelate pure kan. Ptg tu pun mood dia tak ok lg. Siap kms sume menan dia tanak share pun dgn bb kwn abe aku tu. Bila aku & abe duk pgg bb tu pun dia jeling2 & bekerut smcm. Jeles kalih.

Dek mkn mcm2 hjg minggu tu, pg senin aku lembek berona perut. Sib baik dah ptg tu takdela kerap sgt masuk ke bilik kecit. T’hr tu gagah blk umah sbb ingat nak mkn laksa lg..he..he.. + print something urgent & kms2 utk blk kg.

Dkt kul 7 teksi dtg utk ke lcct. Aku blk kg sorang je. Abe tak htr takut Hakimi nak ngikut. Sempatla pekena burger lps check-in. Mcm biasa kalu mkn sensorang musti jd observer sekeliling. Byk pulak lalat kat lcct ni. Patutler, area sepang. Katanya dr ldg ternak hewan ‘b’ tu.

Sblm boarding ada kesilapan teknikal lak. Flight utk ke KK kat gate yg sama. Adala gak duk komen. Biasala nama lg low cost kan, servis pun kdg2 low la jgk. Jauhnya nak jln ke kpl terbang. Kalah dgn org lain, takleh nak bkk langkah besa. Beg kecit tu lama2 rs berat jgk. Bila naik ats flight mengah2 dibuatnya.

Sampai kul 10.15mlm. Che & ayah kesygn dtg amik. Sunyi lak tdo tanpa 2 jejaka terchenta itew. Sms abe dia kata Hakimi tdo lambat jgk tp takde merungut psl aku pun sbb dah ckp nak gkeje. Lgpun dia geng abah. Kalau nak susu @ basah, kejut abah je.

Smlm selesaikan ‘urusan’ di KB. Che tunggu dr kul 8.15pg sampai 12. Siyan dia siap besila tepi kete. Aku nak trn bgatu dia urusan tu start lambat rs tak larat nak naik tangga pulak nanti. Duk intai dr ats nampak dia duk ramah besembang. Agaknya org tupun tunggu kaum kerabat dia jgk..he..he..mcm tulah che. Ramah org nya. Dgn org yg br kenal pun leh cerita skn.

Jumpa jgk aku dgn org yg dikenali, junior aku. Urusannya start lambat sampai lpr aku dibuatnya walaupun dah pekena nsk kerabu pg tu. Tak sangka bila masuk jumpa blogger Mas lak. Segan lak kat dia kalau dia cam aku.

Lps tu g bandar KB cari tdg & kain. Tak sempat ronda sakan sbb dah zohor.

Apapun aku dah try the best utk urusan tu. Hanya doa yg boleh aku panjatkan slps ni. Hanya Dia yg menentukan ada rezeki bb ke tak kali ni :) Apapun bergenang airmata aku bila terkenang usaha gigih ayah & che aku. Apalah hadiah yg plg bermakna selain mampu gembirakan dorang. Kalau urusan ni berjaya doranglah yg plg gembira aku rasa..

Mlm td abe & ank jate kesygn dtg amik tp tunggu kat lua terminal. Kenala jln sket. Si kecit tu dah tunjuk aksi2 manja bila dah nampak aku. Dlm kete kemain seronok main menan yg aku beli kat aiport p.chepa (Sempat jumpa bie kat sana. Comelnyer ank dara dia. Aku asyik pandang je. Nak cium takleh aku tgh batuk2, kang siyan tejangkit. Siap ada gelang tu. Gelang raya ke Bie?..he..he..Biasala ank pompuan, lahir2 je dah buleh melawa) Emm..syg buah hati ummi nih. Tp dkt nak sampai umah muntah la pulak. Maybe sbb geli tekak batuk2.

Dah sampai umah lambat jgk dia nak tdo. Siap mkn 2 bj ketupat yg che kirim. Puas aku dpt mkn etok dgn nsk kerabu & pauh. Mcm2 ayh beli kalu aku blk. Tambah nak dpt cucu lg pantang tesebut trs g cari..he..he..dorang mmg manjakan aku, kalah hubby..he..he.

Hr ni ada hr bersama pelanggan kat PTSL. Gambo nyo nanti aku cari kt photographer libray nih..he..he..




Friday, October 10, 2008

Esei raya

Dah lps raya mcm biasa cite bab raya la kan tp gambo masih dlm kamera.

Hr tu blk kg pg Ahad 28hb. Tak jd bertolak ptg sabtu. Abe takut sampai lambat. Dah tgh mlm nanti takut letih, ngantuk. Maklumla tak biasa blk mlm2.

Jumaat tu 2 org ank buah abe dtg, blk kg sama. Siyan dorang mkn berbuka, sahur pun simple sajork. Aku mmg tak larat nak msk spesel2. Tp behnyer ringan tulang yg sulung tu. Habih mkn dia yg licinkan pinggan mangkuk, periuk dlm sink tu.

Pg Ahad tu bertolak 3.30 pg. Kul 12 aku dah bgn sbb kul 9 dah tdo..he..he..lps solat isya’ msk nsk utk bkl sahur. Buat nsk goreng jer. Smtr tunggu nsk masak lyn cite korea Autumn in my heart yg aku rakam. Sempat lg tangkap leleh..ngeh..ngeh..Dek tdo byk dah, terus jg sampai waktu nak bertolak. Berenti sahur kat petronas karak. Mkn tepi kete je. Tupun sib baik ada parking. Beh gak mcm berkelah je. Berenti solat subuh kat masjid raub. Org ramai amat. Sib baik jgk dpt parking. Kalau lewat sket jenuh kena pusing2 dlm tu. Satu hal lg lamanya beratur nak msk toilet. Dlm perjlnn lps tu lyn tdo..he..he…

Kul 12.30 sampai umah mertua. Sakit tulang punggung, paha sblh knn sampai jln pun tesenget2 sbb lama sgt duk dlm kete + Hakimi mmg brg je ats paha aku. Takmo beralih dah sbb sepupu dia ada kat sblh, malu la tu. Susu pun tak isap.

Bkk posa umah mertua walaupun dlm hati melonjak2 nak blk umah che. Lps maghrib hakimi tetdo awl pulak + hjn. Terus abe decide tdo situ je. Dah 10.30 call che bgtau akn blk esok je. Esoknya pulak lps isya’ dah br blk umah che..huhuhu..

Persiapan utk raya umah che biasa2 je. Che buat ketupat & tapai lak thn ni. Biasa tempah je. Katanya harga dah mkn naik pastu tak brp elok rupa ketupat tu. Tolong sikit2 je. Tak daya aku nak kms slrh dpr yg berkecah tu. Mak msk sket utk org bkk puasa kat masjid tn guru tu.Mlm iron bj raya siap2 tp sedih pg tu duk umah je. Adk bgn lambat. Aku pun tak beria bgnkan dia. Abe lak seawal 7 lebih dah blk umah ayah dia. Rutin biasa bwk ayah dia g semayang raya. Che ingat nak bwk Hakimi g masjid tp aku tak siapkan dia lg. Sempat la che bg tazkirah kat aku bab train ank g masjid. Aku diam je…tataula..perasaan aku hambar je pg tu. Maybe ditambah dgn keadaan aku yg tak brp nak ok lg. So aku duk menyapu & kms dpr la pg tu. Biasa kalau tak g masjid aku solat sendiri je tp kali ni mmg teruk sambutan raya aku.

Agak2 org nak siap solat tu aku & hakimi besiap dgn bj raya. Sng nak lyn tetamu & tunggu abe dtg amik. Biasanya akn ke kubur arwah mak mertua aku. Bila dah ke umah mertua mcm biasala mlm br blk umah che. Ptg tu sempatla beraya umah mek & tok sedara aku.

Thn ni pecah rekod tdo smlmn je kat umah mertua. Selebihnya umah che la..he..he..che pun diam je, tak tanya lak turn umah mertua aku ;) Abe pun diam je, aku apalagi seronot ler. Tp sblh siang mmg byk habih masa kat umah mertua. Biasanya jln2 waktu pg, t’hr blk sana, lps isya’ br blk umah che. Jd cam hotel lak, blk tdo je..ngeh..ngeh..nak wat camne siyan lak kalau duk umah che Hakimi duk memerap dlm umah je. Kalau umah mertua duk tawaf keliling umah, sepupu pun ramai.

Raya ke-2 kenduri sepupu aku. Bekumpul umah che. Kelaka lak perjlnn belarok tu. Mcm2 mslh teknikal. Dah ramai2 mcm tu la kan. Raya ke-3 lak ke jertih. Kenduri lg. Hr tu je ada 3 kenduri blh hubby + 1 kwn aku tp aku g satu je. Blk jertih tak dpt singgah sbb hakimi tdo. Paham sgt musti meragam kalau suh bgn g umah yg dia tak biasa sgt. So blk umah dulu. Abe & ayah dia je g 2nd kenduri, akikah & sepupu dia bertunang. Aku lak kena msk nsk kat adk. Dia tanak g kenduri lg. Sedih sgt tak dpt g kenduri ofismate. Ikut masa boleh je tp driver tak approve..huhuhu.. Umah kwn2 pun tak dpt g esp.yg kena lalu jln besa yg jem tu. Hubby nak g yg dkt2 saje. Umah mak sedara pun tak habih g. Kena cover ry hj lak.

Segan sgt bila org ajk tp aku tak dpt g. Byk jgk jemputan open house kwn2 lama tp dek hr yg sama, so tak dpt g semua. G yg dkt2 2,3 umah tu pun balik tu melepek dah aku. Asyik mkn tak hengat. Sume nak rasa. Blk tu br rasa kembung perut la, senak la. 1st day ry dah berulang ke bilik kecit..he..he..perut tekejut.

Tp ry hr tu puas lah sbb dpt mkn byk gulai, laksa. Cuma tak merasa nsk kerabu yg che buat sbb last day puasa br berbuka kat umah.Che lak dah ada menu khas. Berbuka umah mertua dpt mkn cendol. Yum..yum..

Mcm biasa tak dpt g KB lg sbb abe biasanya shopping sorang/ajk ank buah dia je. Ms puasa aku tak larat nak ikut. Abe ckp org mcm sardin. So tak dpt la nak beli tdg ry & seluar/t-shirt utk adk. Sib baik tokku belikan t-shirt br. Ada bj ms che beli kat indon dulu tp adk tanak pakai. 2nd day nak paki t-shirt je.

Ry hr tu tak jumpa ramai sepupu2 aku sbb time aku g umah mak sedara dorang dah blk umah/umah mertua masing2. Ada rejeki jumpa ry hj pulak, Insya Allah.

Blk Bangi Senin pg, jam 6.30 dgn sorang ank buah. Singgah breakfast kat r&r g.muse. Adk tanak kua so pakat breakfast dlm kete. Che dah bklkan nsk & lauk pauk. Sampai Bangi kul 3. Slow gak perjlnn tu sbb byk lori la pulak. Ramai la pulak yg nak potong que. Last2 ada accident. Aku siap2 bg ‘pdn muka’. Tak menyempat2..bila dah terdesak tu main menyelit je, last2 kena sondol. Siyan org blkg gak yg kena denda kan. Ada tu siap motong kat double line pastu duk kat lane org lain. Org nak lalu siap kena hon sbb halang jln. Hmm..tataulah nak kata mentaliti jenih apa. Biasanya aku tgk yg bwk tu geng2 lelaki yg blm berkeluarga la kot sbb takde nampak ank bini. Kalau dah berkeluarga ni pk byk kali sket kot nak buat perangai tak tentu arh lagu tu. Kalau tebabas sorang2 dia takpela jgk, ni menyusahkan org lain.

Sampai umah tu gagah la msk pulak sbb siyan ank buah nak blk Utem, melaka terus tanpa mkn t’hr. Kepala dah berdenyut2. Sempatlah msk simple2. Bg aku & hubby tu kira merangkap mkn mlm sekali..he..he..

Cuti sehari lg tu aku pulun kms dapur. Mmg kotor sgt tpt msk tu. Ambik kau sampai bersinar2 dapur & dinding aku kerjakan. Mcm tgh nesting mood lak..he..he..Ingat nak kms satu umah tp ptg tu mek dah surrender. Ingat ler awk tu bwk bdk. Lebih2 krg takut effect apa kang, menyesal tak sudah. Belah ptg, kua g bank jap, bank-in duit ada adk angkat nak pinjam. Pastu teringat nak g cari kedai gntg rambut kat area tmn aku tu. Hakimi dah selamat kat tadika dr pg..he..he..So dptla aku rambut br lps raya..he..he..siap layer, cuci & iron bagai. Verangan model jap..hak..hak..lawo gak rambut lurus nih. Kemas. Tingin mek nak rebonding, inai bagai tp takut tak baik lak. Wangi2 syampu dia. Siap ada massage lg. Sakit tlg mek yg tak brp ada isi nih..hak..hak..Tp bab mnyk rambut tu fenin la pulak bau dia. Sanggup thn tak bshkan rambut bila blk umah sbb nak suh dia lurus lg…he..he..tp tak thn sepenuhnya pun sbb dah amik wuduk kan kena gak air. Dah jumpa tpt best bulehla mek g berdandan situ lg bila rambut dah pjg nanti. Tak thn rambut pjg ni. Tp mahal la, berbaloila dgn serviskan. Sekali-sekala bolehla utk manjakan diri. Nak buat facial & spa pun boleh. Sedia pitih je la ;) Aku suka tpt tu sbb privacy sket sbb ada tpt gntg rambut yg open kan.

1st day masuk keje mmg lemau amat. Dah tghari br nak suam2 kuku. Rasa ngantuk & lama sgt kat opis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...