Monday, August 10, 2009

Breastfeeding Photo Contest


Wahai kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan, silalah klik kat gambo ats tu utk undi acik yo..ngeee. TQ in advance :) (Undian tamat pada 10 Ogos 2009). Acik nerbes dah...hak..hak..hover! Result on 14/08/09

Last minute post untuk contest sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia :) Kalau tak tercalon pun sekadar memeriahkan je lah ye...he..he.. - update: acik tercalon gak..yeay!

Nama ibu : Nik Zaleha Nik Mustapha
Nama anak : Nik Adnin Hafiyya Nik Azmi
Tarikh lahir anak : 18 Mac 2009
Umur anak semasa foto diambil : Sebulan lebih
Lokasi foto diambil : Perkarangan masjid Sg. Koyan


Keterangan gambar :
Pada yang melihat mungkin biasa-biasa je gambar ni tapi pada aku ia amat bermakna. Gambar ni simbolik perjalanan breastfeeding yang masih panjang. Kali pertama perjalanan jauh dari Kelantan ke Bangi, Selangor. Aku decide untuk direct feeding. Dalam bekas hijau tu stok EBM. Masa ni berhenti makan tengahari tapi tak sempat nak habiskan nasi, putriku ini dah menangis nak susu. Ummi kena berhenti makan dulu. Bertekad untuk nyusu kat public sebab senang tak perlu berbotol, termos bagai dan pada masa yang sama boleh berkempen breastfeeding :)

Kenangan pahit atau manis semasa bf :
Kenangan pahit masa bengkak susu bila susu dah start banyak tapi pam keluar sikit je. Sampai nak demam rasanya. Panggil tukang urut, lancarkan susu yang stuck tu. Saaakiiit sangat masa dia urut sampai susu memancut keluar tu. Rasa macam nak bersalin lagi sekali. Air mata berderai-derai dibuatnya. Tapi ku tahan jua. Ngeri dengar ada yang bengkak susu sampai bernanah, kena operate bagai.

Tapi lepas tu bermula lah detik-detik manis di alam breastfeeding..he..he.. Rasa syukur dan puas bila anak kekenyangan hasil titisan susu sendiri. Tambahan bila dia semakin montel dan ceria. Selalu juga kena selsema tapi cepat baik bila dia banyak menyusu. Perasaan bahagia yang tidak dapat dibayangkan bila melihat matanya yang bersinar dan tersenyum ketika menyusu. Memang breastfeeding merapatkan lagi pertalian antara ibu dan anak. Susu ibu lah yang terbaik untuk permata hati kesayanganku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...