Berita gembira kehamilan hadiah yang bererti
Kasih bertambah hari ke hari
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Kandungan dijaga berhati-hati
Agar lahir tiada masalah dihadapi
Segala persiapan disedia rapi
Naluri ibu yang sejati
Ingin menyusukan permata hati
9 Mei 2004 lahirlah putera sulung kami
Pengalaman pertama amat bermakna
Menyusukan permata hati dengan gembira
Ku sangka ia suatu yang biasa
Rupanya banyak ilmu perlu ditimba
Si comel menyusu 3 bulan sahaja
Hati sedih tidak terkira
Kegagalan pertama jadi pengajaranlah ia
Azam di hati tak ingin kecundang kali kedua
Setelah 5 tahun, 18 Mac 2009 lahirlah cahayamata kedua
Puteri comel penambat kasih di jiwa
Segala ilmu cuba ditimba
Buat bekalan agar azam terlaksana
Alhamdulillah doaku di makbulkan-Nya
Si puteri kini menyusu susu ku sepenuhnya
Kerana ku mahu yang terbaik sahaja untuk dia
Marilah menyusu permata cinta kita
Kerana susu ibu tiada bandingannya
Kaya antibodinya
Kaya sel darah putihnya
Kaya vitamin A dan E nya
Mudah dihadam sentiasa
Tersedia pada suhu yang sama
Segar dan lazat sepanjang masa
Tumbesaran si comel jadi sempurna
Kurang risiko pelbagai penyakit biasanya
Mudah dan menjimatkan masa
Kehamilan dapat dijarakkan hendaknya
Ikatan kasih sayang terjalin eratnya
Penenang jiwa ibu dan anak berdua
Dan 1001 lagi kelebihannya
Yang pasti susu kita untuk anak kita
Berilah yang terbaik untuknya
Kerana itu haknya
*********
Doa ummi percubaan ni berjaya ;) Kalau takde rejeki, jadikan ia sebagai perkongsian pengalaman sebagai menyokong kempen penyusuan susu ibu :)
Kwn2 silalah komen ya. Nanti ku dapat markah bonus ..he..he..sakan acik masuk peraduan no :)

N3 backdated daa..Asik tertangguh nak post pdhal sblm ni excited bangat nak g. Dlm kerisauan musim H1n1 ni gagah jgk gi. Alhamdulillah kami ank brnk sihat walafiat. Ramai jg yg tarik diri sbb dmm & selsema. Mcm biasa timing lari sbb breakfast siap2 kat umah. Hakimi lak mandi dgn amat slownya. Sibuk tgk tv. Kul 9 lebih br sampai. Tgk dlm dewan tak ramai sgt. Rupanya ada lgi yg on the way :) Abe tinggalkan aku dgn Adnin je. Dia 2 brnk dgn Hakimi g tesco la pulak. Tehegeh2 aku sangkut 2 beg, beg dr umah & beg dpt ms registration. Adnin lak dukung biasa je. Ingat nak cuba ring sling tp tak ok lg. Pouch pun camtu gak. Tak confident nak pakai kat lua lg.





