Thursday, November 5, 2009

Semoga kau tabah sahabat ku...

Sama2 doakan bb Arina (6bln), puteri ke-3 Aimi Idris, ex-IIUM, selamat menjalani pembedahan mata kanan kerana kanser di HKL, 5 Nov. 09' nanti. Doakan juga Aimi sekeluarga tabah menghadapi ujian ini...

UPDATE:

Pg 23/10 yg lps dpt sms dr ex-roommate masa matrik UIA dulu
"Geng.aku akan ke kl isnin ni.selasa, appn dgn pakar mata kat HKL.Bb aku ada ketumbuhan, kena operatela.doakan ye selamat!"

Sms 29/1o menyatakan Arina dah selesai buat ujian & pkr mata beritahu mata knn tak dpt diselamatkan disbbkan KANSER, pembedahan dilakukan bg membuang mata tersebut. Bg sblh kiri akn dilakukan kimoterapi...

Berdegup kencang jantung aku bc sms tersebut, sebak sgt. Rasa mcm ank sendiri yg kena bedah nanti. She's my best friend, sama2 gelak ketawa, nangis, mkn, tdo sama di kala kali pertama berjauhan dgn keluarga - 1st year matrik dulu.

Sms 5/11 - ujian kali ke-2 mengesahkan ketumbuhan semakin membesar & hampir melepasi garisan otak, mata sblh knn terpaksa dibuang. Pembedahan sdg dijlnkan, dlm 1-2 jam. Mata kiri akn dibincangkan rwtnnya slps pembedahan. Meminjam kata2 Aimi "mungkin Allah tlh menjanjikan sesuatu yg lebih baik utk Arina dlm kehidupannya"...
Alhamdulillah, Arina dah slmt dibedah.Pemantauan seminggu sblm dibuka balutan mata palsu

Semalam 8/11 ziarah Arina, dia sgt ceria & aktif. Geram tgk dia.Chubby bdknya :) Lansung tak nampak mcm sakit. She's strong. Lupa lak nak ambik gamba. Ank dara ku tak duk diam ats dukung. Kata Aimi, dr masukkan silikon kat mata yg dibuang tu. 6 minggu nanti br buh mata palsu. Tgk keadaan macamana. Berdarah jgk mata dia dek tercabut balutan tu. Tak selesa kan esp. time tdo dia nak genyeh2kan mata. Doa2 mata kiri Arina
akan ok. InsyaAllah aku akan selalu mengikuti perkembangannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...