Friday, March 18, 2011

Motivasi Untuk Diriku

N3 ini akan kekal di sini sebagai motivasi utk diriku meneruskan misi penting
penyusuan susu ibu selama 2 thn
ini.


Doa untuk menambahkan susu:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

AminMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki unt
uk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Tuesday, March 8, 2011

Koleksi baju menyusu

Khas untuk kawan2 di Kumpulan Ibu Menyusu Group di fb ;) Sedikit idea utk alteration jubah & baju kurung untuk memudah penyusuan & mengepam :)


Bukaan menyusu menggunakan zip sorok 12" di bhgn hadapan


Bukaan menyusu di bhgn hadapan jg tetapi zip dari ats 14"


Bukaan menyusu di bahagian tepi kanan & kiri dgn zip sorok 12"@14"


Baju kurung dgn zip biasa 14"


Baju kurung dgn zip sorok 14"


Baju kurung pahang/riau dgn zip sorok kanan & kiri
dan baju menyusu pertama yg ditempah

Ada inner separuh di bhgn hadapan
Ada yg letakkan cangkuk kecik utk elakkan terbuka luas di tgh2

Tips:
Untuk memudahkan double pumping, seeloknya gunakan zip 14", kalau pendek agak ketat sdkt utk masukkan kedua2 corong (mcm baju tempah khas kat ats ni.Last2 selak dr bawah je :P)

Anda boleh guna inner/camisole biasa atau inner menyusu jika bimbang dgn bukaan yg luas. Setakat ini Nik Ha belum pernah beli inner menyusu ;)

Boleh alter t-shirt lama yg nipis utk dijadikan inner.

Boleh letakkan butang di bhgn atas jika tak nak terlalu terdedah ketika zip dibuka.

Baju kurung biasa (jika ingin selak dari bawah) perlulah longgar bagi memudahkan double pumping.

***********

Suka tgk2 web DIY nursing wear. Kalau ada mesin jahit, boleh cuba2. Setakat pakai sendiri bolehla kan..he..he..Jumpa web ni, nice ;) :

http://diymaternity.com/tops/the-no-sew-nursing-top-solution/

http://www.ehow.com/how_4244_convert-own-clothes.html
http://www.sleepingbaby.net/jan/Baby/shirt.html

Bagi sesetengah ibu menyusu, baju menyusu bukanlah satu keperluan. Tapi bagi Nik Ha, ia amat memudahkan. Jika kita menyusukan/mengepam dlm keadaan selesa & tenang, insyaAllah susu lebih banyak. Pernah pakai baju kurung yg tak berapa longgar, tak selesa betul jadinya. Sbb tulah corong fs kemek2..he..he..duk tekan2 dek baju ketat sket. Kalau single pumping mungkin ok. Nik Ha tak suka sgt selak2 time menyusukan sbb rasa byk je kain kat muka baby. Tapi kalau utk pam sesekali ok juga dgn syarat baju longgar.

Bagi ibu2 yg tak nak beli nursing wear, boleh guna selendang. Tapi kdg2 Nik Ha rasa tak selesa bila ia melurut. Mungkin boleh jahit/pin. Kalau nak jimat kena kreatif sket. Tp ku ni suka soping..ehehe..Suka buat koleksi. Mana tau esok2 boleh design/ada koleksi sendiri utk jualan ;)

=====================

TERKINI 2014

Alhamdulillah tahun ini saya telah memulakan servis ubahsuai baju menyusu bersama rakaniaga yang juga passion dalam dunia susu ibu.

Info lanjut, klik di sini --> Ubahsuai/Alteration Baju Menyusu

Thursday, March 3, 2011

bersawang sudah...

Rindunya nak menulis di sini..banyak yg ingin dikongsi tapi tak terluah, tak tertaip...huhuhu
PAUSE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...