Friday, November 29, 2013

Universiti Wanita?

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google

Saya mendapat idea untuk berkongsi di blog tentang universiti khas untuk wanita sahaja apabila mengikuti rancangan Running Man episod 17 yang diadakan di Hanyang Women University. Terus saya membuat carian di Google tentang universiti tersebut.

Hanyang Women's University
한양여자대학 (漢陽女子大學)
Motto Dedication, Integrity, Humility and Service
Established December 20, 1974
Type Private
President Duk-Ju, Ro
Location Seoul, South Korea
Campus Urban
Former names Hanyang Women's Vocational School (1974-1978)
Hanyang Women's Junior College (1979-1998)
Athletics Women's Football
Mascot Pigeon
Website www.hywoman.ac.kr (Korean)
www.hywoman.ac.kr/english (English)

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hanyang_Women%27s_University

Antara bidang yang ditawarkan seperti di bawah:

Klik untuk paparan yang lebih besar
Apa yang menarik adalah silibus yang dibentuk khusus untuk kemahiran yang diperlukan sesuai dengan wanita. Universiti ini bermula sebagai Hanyang Women's Vocational School yang mempunyai Departments of Costume Design, Ceramic Arts and Food Processing, bidang yang 'dekat' dengan wanita.

Terfikir, bagaimana kalau saya memasuki universiti yang kesemua pelajarnya adalah wanita? Tentu menarik kan? :D

Mengimbau semula kenangan semasa bersekolah menengah di Ma'ahad Muhammadi Perempuan, (MMP) Kota Bharu, Kelantan. Tersenyum bila mengingatkan gelagat nakal kami semua, ada yang suka bersolek di tandas, kacau Ustaz muda, panjat pokok dalam kawasan sekolah, window shopping (maklumlah sekolah di tengah bandar KB).

Lebih 20 tahun berlalu, kami sudah menjadi sebahagian dari wanita yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara melalui pelbagai profesion termasuk pengurus rumahtangga (surirumah) yang berjaya. Malah ada yang bak sireh pulang ke gagang, menjadi guru di MMP dan sama-sama mengajar dengan guru yang pernah mengajar kami dahulu.

Apa jua kerjaya yang diceburi, wanita perlu mengekalkan fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah. Salah satunya menyusukan anak setelah bergelar ibu dan memiliki cahaya mata. Naluri keibuan wanita pasti ingin menyusukan anak sendiri selagi ia tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif/penolak seperti tidak yakin dengan susu ibu, masih merasakan penyusuan susu ibu sebagai ketinggalan zaman, susah untuk diuruskan dan pelbagai lagi.

Sistem pendidikan dan pekerjaan amat perlu seiring dengan fitrah wanita ini agar kita dapat menghasilkan generasi yang cemerlang.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...