Source : www.doctorshangout.com |
“Jaundice and some degree of hyperbilirubinemia are normal and
expected aspects of newborn development. Breastfeeding is also a normal
and expected aspect of infancy and childhood.”
Jaundis adalah warna kekuningan pada kulit disebabkan kadar bilirubin yang tinggi dalam darah.
Hampir kebanyakan bayi mengalami kuning/jaundis pada peringkat awal selepas kelahiran.
Punca jaundis:
Hampir kebanyakan bayi mengalami kuning/jaundis pada peringkat awal selepas kelahiran.
Punca jaundis:
Darah merah dalam badan manusia akan musnah sendiri. Proses ini dinamakan hemolisis. Ia akan digantikan dengan yang baru. Proses ini menghasilkan bahan kimia yang dipanggil Bilirubin. Ia akan diproses untuk dikeluarkan dari badan melalui hati (liver). Sisa-sisa ini akan mengalir ke usus melalui tiub biliari.
Walaubagaimanapun, bayi mudah mengalami jaundis kerana fungsi hati bayi masih belum matang dan mungkin tidak berupaya mengatasi terlalu banyak bilirubin yang sampai untuk diproses sebelum berpindah ke usus.
Langkah mengatasi/merawat jaundis yang normal:
1. Susukan bayi lebih awal (sebaik sahaja lahir) dan lebih kerap.
2. Elakkan dari memberi air masak atau apa sahaja air lain (gripe water dll.)
3. Jika bayi dalam keadaan lemah/ mengantuk untuk menghisap susu secara terus, berikan susu ibu melalui cawan/ dropper/ syringe
4. Letakkan di dalam bilik yang cerah agar mendapat cahaya matahari (indirect sunlight)
5. Elakkan pemberian ubat seperti aspirin dll. (rujuk doktor)
6. Elakkan dari membiarkan bayi tidur lama melebihi 3 jam.
Sumber :
Jaundice in the breastfeed baby
Jaundice in the breastfeed baby
Jaundis pada bayi, iSihat, Mac 2012
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu
+Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu
+Zaleha Mustapha
No comments:
Post a Comment