Gambar : Carian Google
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
Sokongan adalah salah satu faktor penting yang membantu ibu untuk berjaya menyusukan anak selama 2 tahun. Semasa membuat pencarian, saya tertarik dengan artikel dari Berita Brunei mengenai penyusuan susu ibu di sana.
Antara sokongan yang diberikan untuk ibu-ibu di Brunei adalah:
- kelonggaran cuti selepas bersalin selama 105 hari.
- Bilik Konsultasi Penyusuan Susu Ibu di Klinik Obstetrik & Ginekologi, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS)
- pengagihan ‘Nursing Cover’ sempena sambutan minggu penyusuan ibu untuk menggalakkan dan mendorong ibu-ibu memberikan dan meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga enam bulan dan memberi jaminan dan keyakinan kepada ibu-ibu bahawa PSI boleh diteruskan walaupun berada di tempat awam.
- amalan Kaunseling Penyusuan Rakan (Breastfeeding Peer Counseling)
Saya juga telah berkongsi aktiviti-aktiviti dan sokongan yang telah dijalankan di Malaysia --> Aktiviti Susu Ibu.
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
No comments:
Post a Comment