Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
Hujung minggu lepas saya sangat teruja bila mendapat email jemputan ke Majlis Penghargaan Hospital Rakan Bayi peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya atas tiket sebagai seorang blogger. Ini menambahkan lagi semangat untuk terus blogging dalam bidang yang saya cintai ini.
Macam biasa kalau ada acara di tempat yang jarang pergi, sewa teksi je ..he..he.. Ada yang tanya kenapa tak memandu sendiri. Saya senyum je :) Belum dapat melawan fobia. Suka berehat di belakang macam mem, boleh baca buku, baca Qur'an, online marketing, menulis atau menghayati pemandangan sekeliling. Lagipun memang saya sudah peruntukkan 5% dari duit gaji untuk ilmu (buku, seminar).
Sampai awal, boleh ambil gambar dulu. Tertunggu-tunggu juga rakan-rakan blogger yang lain. Alhamdulillah dapat kenal rakan blogger baru Dari Jurnal Cikgu Menyusu. Puan Ann Ilani diwakili oleh suami beliau, Tuan Rashid Rashdy yang juga sama-sama menulis blog dan aktif menyokong penyusuan susu ibu. Puan Zuain Ghani Cikgu Susu juga datang. Bertiga je lah kami di meja Blogger :D

Majlis bermula dengan bacaan doa syahdu menyentuh jiwa saya. Maklumlah datang dengan sepenuh jiwa raga, bezalah moodnya dengan hadir ke seminar atas arahan bos ;)
Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengarah Kesihatan Negeri JKWPKL & P, ucapan penghargaan Timbalan Menteri Kesihatan, persembahan multimedia dari semua hospital rakan bayi, penyampaian plak penghargaan dan Hi-Tea.

Hospital di Kuala Lumpur yang telah mendapat pengiktirafan Hospital Rakan Bayi adalah :
1. Hospital Kuala Lumpur
2. Hospital Putrajaya
3. PP Universiti Malaya
4. PP Universiti Kebangsaan Malaysia
5. Pusrawi
6. KPJ Tawakkal
7. Hospital Pantai
8. KPJ Sentosa
Hospital dalam proses mendapatkan status Hospital Rakan Bayi adalah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
Sijil Penghargaan untuk MBfPC |
Bersama rakan-rakan NGO penyusuan susu ibu : PPPLM, Titisan Emas, TBAN & MBfPC |
Majlis berakhir lebih awal dai jadual, jadi saya dan rakan MBfPC mengambil peluang untuk melihat bilik penyusuan KWPKM yang berada bersebelahan dengan pusat jagaan bayi. Kebetulan ada rakan MBfPC bekerja di sini. Cantik sangat dekorasi taska di kementerian ini.
Pusat jagaan kanak-kanak |
Ruang menunggu KWPKM |
Lobi pun sangat selesa. Ada tempat anak-anak bermain juga.
Bahan bacaan pun ada. Bolehlah habiskan masa menunggu teksi datang. Destinasi seterusnya ke KPDNKK pula melangsaikan impian yang tersimpan lama ;)
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
No comments:
Post a Comment