Gambar : Koleksi Peribadi
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
2 hari lepas saya sempat singgah di gerai buku yang membuat jualan di tempat kerja saya ni. Membeli dan membaca buku adalah terapi bagi saya :D Dalam banyak-banyak buku, terpandang buku yang sudah lama nak beli. Terus sambar je lah :) Saya memang pengumpul koleksi buku tentang penyusuan susu ibu.
Untuk siapakah buku ini?
Anda yang sedang hamil anak pertama dan mahu menyusukan anak, tapi tak ada idea macam mana nak mula?
Anda yang dah mula menyusukan anak, tapi bayi anda seperti tidak mahu menyusu. Anda tidak pasti masalah anda.
Anda yang mempunyai bayi yang semakin membesar bagai juara, tapi susu semakin merudum. Bagaimanakah cara nak tingkatkan semula kuantiti susu?
Anda yang suka membaca dan sudah habis google mencari info penyusuan. Tetapi makin banyak anda baca, semakin confuse dibuatnya. Mana satu yang betul ini?
Anda yang sedang cuti berpantang tetapi masih tiada persediaan untuk memerah susu dan tidak tahu cara menguruskan susu ibu yang betul.
Anda yang pernah gagal menyusukan anak pertama dan bertekad untuk berjaya menyusukan anak kali ini.
Anda yang berkobar-kobar mahu maintain susu dan menjayakan penyusuan sehingga usia anak 2 tahun.
Anda yang selalu tersinggung dengan kata-kata mereka di sekeliling anda yang tidak menyokong hasrat anda untuk meneruskan penyusuan. Anda hilang motivasi!
Tahukah anda, kebanyakan ibu menyusu mengalami masalah yang hampir sama. Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya ini membongkar penyelesaian kepada masalah-masalah biasa yang dialami ibu menyusu dan menyingkap rahsia penyusuan dengan mudah bagi merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anda pasti jatuh cinta lagi kepada penyusuan ibu!
Buku ini sangat bagus. Boleh dengar perkongsian dari pengarang di You Tube ini.
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
No comments:
Post a Comment