Thursday, March 17, 2016

Bagaimana hisapan bayi boleh menambah susu ibu?

Teks : Zaleha Mustapha
Video : Cozy Lady

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Penyusuan susu ibu adalah proses supply and demand=susu dihasilkan mengikut permintaan. Semakin banyak susu dikeluarkan (melalui hisapan bayi atau perahan), semakin banyaklah susu dihasilkan. Saiz payudara atau keadaan puting payudara tidak mempengaruhi sedikit atau banyaknya susu yang dihasilkan.


Bagaimana hisapan bayi boleh meransang pengeluaran susu ibu?

[Source]
Apabila bayi menyusu, hisapannya akan meransang saraf pada puting dan aerola, yang akan menghantar signal ke kelenjar pituitari di otak untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin membolehkan alveoli menukar protin dan gula dalam darah untuk menjadi susu, manakala oksitosin membolehkan sel-sel di sekitar alveoli bertindak balas untuk menghantar susu ke saluran susu (duct) (contract and eject your milk down the milk ducts).

Bayi akan menerima susu dari proses pancutan susu (let down) ini. Begitulah seterusnya proses hisapan bayi akan menggalakkan pengeluaran susu.

Indahnya aturan Pencipta susu ni kan. Tiada alat yang mampu meniru hisapan bayi (kaedah semulajadi yang diciptakan Tuhan) untuk meransang pengeluaran susu.

Jadi, jika ibu-ibu (rasa) kekurangan susu, hanya tambahkan kekerapan menyusu atau kekerapan memerah susu.

Saya pernah mengalami kekurangan susu setelah anakanda puteri berumur 5 bulan lebih. Itu normal kerana bayi sudah mula menghampiri fasa untuk diperkenalkan solid food dan fasa perubahan hormon ibu itu sendiri. Ditakdirkan beliau mengalami chicken pox, jadi saya ambil cuti dan kerjanya mengempeng je lah. Alhamdulillah dalam tempoh seminggu, saya dapat buat stok susu perahan tambahan.

Jangan anggap susu kita macam air paip ya ..he..he.. Ia akan bertambah sedikit demi sedikit. Usah terpengaruh dengan impian memenuhkan peti sejuk beku dengan susu perahan dalam kadar singkat. Bukanlah bermakna saya tidak menggalakkan ibu-ibu memerah susu. Bersederhana dan ikut keperluan itu lebih baik :) Kerana ada ibu yang stress tengok susu ibu-ibu lain penuh satu peti sejuk. Gambar iklan banyak macam tu kan.

Ada ibu-ibu yang perlu stok susu lebih banyak kerana anaknya memang high demand atau rutin kerja yang tidak menentu. Fahami corak penyusuan anak kita.

Serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta susu itu. Itu rezeki kita dan anak. Tidak mustahil susu penuh satu peti sejuk terpaksa dibuang begitu sahaja. Ada kes blackout, maid tertutup suis, peti ais rosak dan lain-lain. Syukur dengan apa yang kita dapat dan usaha yang mampu kita buat.

Jika ada isu/cabaran, insyaAllah ada penyelesaiannya. Pastilah Tuhan telah cukupkan rezeki susu untuk anak kita. Tinggal tugas kita untuk berdoa, cari ilmu dan usaha sehingga sempurna penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun sebagaimana yang termaktub dalam Al Qur'an.

"If you want something bad enough you will find a way to make it work"
-- Jennifer, The Relaxed Homeschool!

Fighting ;)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, March 12, 2016

Anakku ... berbeza?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Semalam jumpa guru kaunseling anakanda putera. Sudah lama sebenarnya nak jumpa, berikutan sedikit kelainan yang ada pada anak kesayangan ini. Mother's instint yang terpendam sekian lama ... Mungkin juga saya dan suami melalui fasa "denial" = dia macam budak-budak biasa, lambat sedikit je dalam pembelajaran. Hakikatnya hanya Allah yang tahu ...

Tahun ini agak tough kerana anakanda putera akan menduduki UPSR. Di sekolah, telah mula proses "drilling" soalan-soalan latihan UPSR. Anakanda pernah tak hadir sekolah 4 hari berikutan demam viral. Banyak pelajaran dan latihan yang tertinggal sampailah dia mogok tak nak ke sekolah sebab takut tak siap latihan. 2 hari tak ke sekolah. Itulah menjadi titik pertemuan dengan guru kaunseling.



Melalui perbincangan, ada 2 isu besar yang kami perlu uruskan: masalah pembelajaran dan psikologi (kurang yakin, kurang berani, kurang aktif)

Isu pembelajaran:
- one-to-one teaching (tidak sesuai ke kelas tuisyen ramai)
- kami ajar sendiri subjek-subjek yang dipelajari
- cari guru yang dia biasa dan selesa

Isu psikologi:
- abah ambil alih sebahagian besar aktiviti dengannya (jalan-jalan, belajar)
- beri tanggungjawab ringan sedikit demi sedikit
- selalu bawa ke tempat awam
- hantar ke kem motivasi
- dapatkan surat dari doktor panel untuk di rujuk ke ujian pengesanan masalah pembelajaran akibat disleksia dll.




To read http://homeschoolingwithdyslexia.com/

Cikgu Matematik pun perasan masih ada nombor yang ditulis terbalik.

Masa buat latihan, macam dia ok tetapi bila jawab soalan terutama yang bertulis, seolah dia tak faham langsung apa yang dipelajari. Subjek UPSR semuanya "atas pagar dan merah", subjek selainnya seperti Seni, Muzik dapat A. Memang budak-budak yang ada ciri-ciri disleksia ni, kelebihannya pada bidang seni.

Cikgu bimbang bila dia dah masuk sekolah menengah dan ditempatkan dalam kelas hujung, banyak pengaruh tak elok. Jadi, kena sama-sama usaha untuk dia ada peningkatan dalam pelajaran.

Sepanjang sesi perbincangan, rasa bercampur baur tapi kawal diri. Tersentuh bila guru kaunseling memberi harapan anakanda putera akan jadi seorang yang baik jika kena cara didikannya sebab dia tak pernah ada masalah disiplin, hormat cikgu.

Balik dari sekolah, termenung sekejap. Fikir tindakan selanjutnya. Siri ujian dan pengesahan dari doktor pakar bukan ambil masa sekejap tapi penting untuk dibuat kerana jika anakanda disahkan ada disleksia atau apa-apa masalah pembelajaran yang lain, sekolah boleh mohon untuk calon berkeperluan khas dalam UPSR. Jadi, tempoh masa menjawab adalah berbeza dari murid biasa.

[Sumber]
Syaratnya kena ada kad OKU atau laporan perubatan from hospital kerajaan/swasta. 
Ada ibu yang kongsi, tarikh temujanji dengan pakar untuk dapat surat pengesahan sahaja (anak dah ada kad OKU) 6 minggu baru dapat. Itu yang paling awal berbanding hospital lain. Kena fikir alternatif melalui hospital swasta juga. Bersedia untuk berkorban duit, masa, tenaga ..

Saya kena solat hajat dulu sebelum bincang dengan suami. Masih mencari kekuatan dan ayat-ayat hendak dituturkan kerana sebelum ini pernah usulkan untuk pemeriksaan tetapi suami rasa anakanda ok.

Info dari group Anak istimewa~ADHD, Dyslexia, Austisme atau Masalah Pembelajaran:
(belum disemak jika ada perubahan maklumat terkini)

DEVELOPMENTAL PAEDIACTRICS 

Sime Darby Medical Centre Subang Jaya/Bangsar
-------------------------
1. Dr Rajini Sarvananthan/Developmental Paediatrics
- http://www.ramsaysimedarby.asia/ 03- 6279 3017
- Dr Ranjini also registered with Baby and Beyond - Bangsar Village.

HUKM, CHERAS
-------------------
Jabatan Pediatrik | Pusat Perkembangan Kanak-kanak
1. Prof Madya Raja Dr. Juanita Raja Lope at HUKM.
Pakar Pediatrik (Perkembangan Kanak-Kanak) (DU54)
5410
juanita@ppukm.ukm.edu.my

Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888 Faks: 603-91737827
Emel: kjped@ppukm.ukm.my
Waktu Operasi: 8.00pg – 5.00ptg

Pusat Perubatan Primer | Klinik Kanak-kanak dan Remaja
Khidmat pakar – setiap hari Selasa
( 9 pagi – 2 petang)

Ujian saringan untuk kanak-kanak dengan masalah perkembangan (developmental delay), masalah pembelajaran (Learning disabilities), Dyslexia, Autism, ADHD.
Khidmat  “Expressive therapy”
Khidmat kaunseling (pesakit/ibu-bapa atau penjaga)

JABATAN PERUBATAN KELUARGA
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel:  +603 9145 6117 / 6118 / 7925 Fax: +603 9145 6680
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang
Email: kjperkl@ppukm.ukm.my

KM Specialist Centre

7th Floor, Clinical Block, UKM Medical Centre
Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
General Line : 03-9172 6064 / 7326
Email : marketing@ukmsc.com.my

Specialist Clinics : 03-9145 6288 / 7776 / 7777
Email : info.ukmsc@gmail.com
(Enquiries / Appointments / Registration / Admission)

Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM
Aras 2, BYS Kg. Baru, Jln Raja Muda Abd Aziz
WP Kuala Lumpur
+603-2687 8198/ 8196 /+6012-6476401


1. Dr Zulkifli 0355431111
(KPJ Seksyen 20 Shah Alam)


2. Dr Alex Ng Wei Siong
0356391212
(SJMC Subang Jaya)


3. Dr Raja Juanita
0378044171
(Pantai Medical KL or she can be at WQ Park Kelana Jaya)


Pusat Disleksia Titiwangsa, 
No 6, Persiaran Kuantan,
Jalan Kuantan, Titiwangsa.
Hubungi En. Hafiz, hp 019-4446059
di dalam waktu pejabat utk temujanji ujian ini.
Kos RM150 akan terlibat.
Ujian berlangsung selama 1 jam 30 minit.
[Sumber]

Wisma Kagumas
No. 18, Jalan 9/3
Taman IKS
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
Coordinator: Pn. Zaliita (014 7188188)
Tel: 03 8926 8954

http://dyslexiamalaysia.org.my/dam-centres/
https://www.facebook.com/dyslexia.malaysia/?fref=nf

Allahumma yassir wa tammim bilkhair.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, March 10, 2016

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2016

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[http://worldbreastfeedingweek.org/]

Tema Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia tahun ni adalah Breastfeeding: A key to Sustainable Development























Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261 


 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, March 8, 2016

Apa persiapan untuk menyusu?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Anda ibu hamil dan terdetik mahu menyusukan anak? 

Apa persiapan yang perlu dibuat ya?

Di SINI saya catatkan persiapan yang saya buat dahulu. Antara kelengkapan yang saya sediakan sebelum bersalin, ada saya kongsikan di SINI. 

Ringkasannya:

1. Beli/baca buku
2. Baca/print info dari blog/web
3. Join forum susu ibu
4. Join kelas breastfeeding
5. Join support group meeting
6. Ambil contact no ibu2 menyusu
7. Ambil contact no Kaunselor Laktasi.
8. Beli semua keperluan sebelum bersalin (pam, storage bottle dll)



Pagi ini saya jumpa terjumpa artikel yang menarik mengenai persediaan untuk menyusu di The humbled homemaker.

5 persediaan untuk menyusukan anak dengan susu ibu:

1. Dapatkan pengalaman dari ibu-ibu yang telah menyusukan anak mereka.


Pengalaman ibu-ibu menyusu ini boleh didapati dari rakan-rakan sekerja, perkongsian kumpulan-kumpulan sokongan susu ibu dan blog-blog persendirian.

2. Baca, baca, baca

Membaca adalah WAJIB bagi ibu menyusu kerana ilmu penyusuan susu ibu ini sangat luas dan perlu dipelajari. Akibat arus kemodenan, penyusuan susu ibu kelihatan tidak lagi "natural". 

3. Pilih kelahiran secara alami

4. Jumpa Kaunselor Laktasi

5. Cari kawan-kawan yang juga mahu menyusukan anak dengan susu ibu.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, March 3, 2016

Bolehkah ibu demam denggi menyusukan anak?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Denggi adalah demam akibat gigitan nyamuk Aedes yang telah menyebarkan virusnya ke dalam tubuh manusia. Demam akibat virus ini tiada ubat khusus. Hanya ubat untuk melegakan simptomnya seperti ubat demam, ubat tahan muntah, ubat pening dan yang berkaitan.

Badan kita akan mengeluarkan antibodi sendiri untuk melawan virus ini.

Bolehkah ibu yang mengalami demam denggi menyusukan anak?

Alhamdulillah, secara umumnya ibu-ibu boleh terus menyusukan anak. Beritahu doktor, ibu masih menyusukan bayi. Doktor akan berikan ubat yang selamat untuk ibu menyusu.

Secara khususnya, ia bergantung pada tahap keseriusan demam denggi tersebut dan atas nasihat doktor. Contohnya demam denggi berdarah adalah lebih serius. Mungkin ibu-ibu perlu berhenti menyusu buat sementara waktu. Alternatifnya, anak boleh diberi susu perahan. Jika ibu-ibu mengalami kekurangan stok susu, boleh usaha untuk mendapatkan susu melalui ibu susuan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad :
"Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat".

Kisah ibu yang mengalami denggi dan tetap terus menyusukan anak di sini

Ibu-ibu biasanya mengalami kekurangan susu apabila berada dalam keadaan letih dan kurang sihat. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah :

- teruskan menyusu anak (direct feeding) sekerap yang boleh. Jika rasa terlalu letih, boleh minta ahli keluarga susukan dengan susu perahan

- minum banyak air, jus buah-buahan, sup. Penawar denggi di SINI.

- dapatkan suplemen yang boleh membantu ibu lebih cepat sihat dan cergas dengan nasihat doktor


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...