Thursday, March 17, 2016

Bagaimana hisapan bayi boleh menambah susu ibu?

Teks : Zaleha Mustapha
Video : Cozy Lady

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Penyusuan susu ibu adalah proses supply and demand=susu dihasilkan mengikut permintaan. Semakin banyak susu dikeluarkan (melalui hisapan bayi atau perahan), semakin banyaklah susu dihasilkan. Saiz payudara atau keadaan puting payudara tidak mempengaruhi sedikit atau banyaknya susu yang dihasilkan.


Bagaimana hisapan bayi boleh meransang pengeluaran susu ibu?

[Source]
Apabila bayi menyusu, hisapannya akan meransang saraf pada puting dan aerola, yang akan menghantar signal ke kelenjar pituitari di otak untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin membolehkan alveoli menukar protin dan gula dalam darah untuk menjadi susu, manakala oksitosin membolehkan sel-sel di sekitar alveoli bertindak balas untuk menghantar susu ke saluran susu (duct) (contract and eject your milk down the milk ducts).

Bayi akan menerima susu dari proses pancutan susu (let down) ini. Begitulah seterusnya proses hisapan bayi akan menggalakkan pengeluaran susu.

Indahnya aturan Pencipta susu ni kan. Tiada alat yang mampu meniru hisapan bayi (kaedah semulajadi yang diciptakan Tuhan) untuk meransang pengeluaran susu.

Jadi, jika ibu-ibu (rasa) kekurangan susu, hanya tambahkan kekerapan menyusu atau kekerapan memerah susu.

Saya pernah mengalami kekurangan susu setelah anakanda puteri berumur 5 bulan lebih. Itu normal kerana bayi sudah mula menghampiri fasa untuk diperkenalkan solid food dan fasa perubahan hormon ibu itu sendiri. Ditakdirkan beliau mengalami chicken pox, jadi saya ambil cuti dan kerjanya mengempeng je lah. Alhamdulillah dalam tempoh seminggu, saya dapat buat stok susu perahan tambahan.

Jangan anggap susu kita macam air paip ya ..he..he.. Ia akan bertambah sedikit demi sedikit. Usah terpengaruh dengan impian memenuhkan peti sejuk beku dengan susu perahan dalam kadar singkat. Bukanlah bermakna saya tidak menggalakkan ibu-ibu memerah susu. Bersederhana dan ikut keperluan itu lebih baik :) Kerana ada ibu yang stress tengok susu ibu-ibu lain penuh satu peti sejuk. Gambar iklan banyak macam tu kan.

Ada ibu-ibu yang perlu stok susu lebih banyak kerana anaknya memang high demand atau rutin kerja yang tidak menentu. Fahami corak penyusuan anak kita.

Serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta susu itu. Itu rezeki kita dan anak. Tidak mustahil susu penuh satu peti sejuk terpaksa dibuang begitu sahaja. Ada kes blackout, maid tertutup suis, peti ais rosak dan lain-lain. Syukur dengan apa yang kita dapat dan usaha yang mampu kita buat.

Jika ada isu/cabaran, insyaAllah ada penyelesaiannya. Pastilah Tuhan telah cukupkan rezeki susu untuk anak kita. Tinggal tugas kita untuk berdoa, cari ilmu dan usaha sehingga sempurna penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun sebagaimana yang termaktub dalam Al Qur'an.

"If you want something bad enough you will find a way to make it work"
-- Jennifer, The Relaxed Homeschool!

Fighting ;)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...