Monday, August 15, 2016

Essential oils untuk ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Sekarang ni, saya tengah jatuh cinta dengan essential oils atau minyak pati Young Living :D 
Bagaimana boleh terjebak? Asbabnya kisah anak dan diri sendiri yang ada stress, anxiety. Saya memang utamakan natural healing atau perubatan alternatif dahulu. Anak ada makan supplement homopati. Saya kongsikan di entri lain ya. Saya pula makan supplement Shaklee (B Complex).

Pada mulanya rasa mahal sangat minyak ni, tapi demi kesembuhan, korbankan duit jua. Duit boleh dicari, tapi kesihatan mental dan emosi tiada ganti kerana ia akan mempengaruhi kesihatan fizikal juga.

Bila dah beli, rasa berbaloi pula sebab guna sedikit je dan tahan lama. Bila dah serasi, sakit pun cepat hilang, Alhamdulillah.

Memang circle mak-mak yang suka natural living ni mudah berjangkit dari breastfeeding, cloth diapering, cloth pad, babywearing, homemade food (yang ni belum hard core lagi ..he..he..), natural remedies, oiling.

Kaunselor Laktasi tak sah kalau tak kaitkan dengan penyusuan susu ibu :)
Ada baca sedikit tentang penggunaan essential oil (eo) untuk ibu menyusu. Nak cerita pengalaman sendiri dah tak boleh sebab dah pencen menyusu. Anak dah besar ..he..he.. Nanti saya kongsikan juga dari group mak-mak yang masih menyusu dan guna eo ni ya.

Macam biasa, untuk ibu mengandung dan menyusu, seeloknya rujuk Dr dahulu sebelum ambil/guna apa jua supplement. Produk semulajadi ni berbeza kesannya untuk setiap orang, bergantung pada penerimaan badan dan cara penggunaannya. Jadi boleh cuba dan adjust.


Ini antara eo yang digunakan oleh ibu menyusu :

Eo untuk menggalakkan penghasilan susu:






Juga digunakan untuk merawat puting kering/luka

Eo untuk merawat mastitis :



Eo untuk mengurangkan susu (semasa proses bercerai susu/wean off) :


Pengalaman saya guna eo ni lebih kepada merawat emosi. Untuk ibu menyusu, perlu sangatlah menjaga mood kerana stress akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Bila kita gembira, insyaAllah susu akan melimpah ruah. 

Rakan penyusuan susu ibu dan blogger, Liyana Anaqi ada berkongsi tentang Essential oils di SINI.

Rujukan:
Essential oils to use while breastfeeding
Breastfeeding & essential oils
Essential oils for breastfeeding moms


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...