Showing posts with label Charity. Show all posts
Showing posts with label Charity. Show all posts

Wednesday, March 4, 2015

Mahukan peluang kaya dunia akhirat?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Allahummayassir.

Ahad lepas, syukur sangat kepada Allah kerana diberi peluang menimba ilmu dengan Ustazah Norhafizah Musa dan suaminya Dr Azahar Yaakob. Dalam slot Berkongsi rasa, ustazah ceritakan pengalaman beliau dalam projek membangunkan sekolah tahfiz ini. 

Pada satu masa, projek ini amat memerlukan RM100,000 lagi untuk urusan pembelian tanah. Ditakdirkan ada seorang wanita menelefon dan ingin datang untuk memberikan sumbangan. Beliau datang dengan menaiki bas. Ustazah agak jumlah sumbangan mungkin amaun biasa sahaja. Setelah cek diserahkan, Ustazah dan suaminya sama-sama kira jumlah 0 dalam cek tu.
Boleh agak jumlahnya?
.
.
.
RM100000!

Subhanallah. Ini adalah inspirasi buat kita khususnya sebagai wanita. Kita mahu kaya dan dermawan seperti beliau. Aamiin.

Satu kisah lagi adalah mengenai penubuhan tahfiz di Indonesia. Seorang yang sama-sama bergiat cergas dalam jema'ah penubuhan tahfiz tersebut mengalami kesempitan wang sehingga tidak mampu membayar ansuran kereta. Tetapi gurunya menyuruh beliau infaq kereta itu kepada jema'ah.

Kata gurunya, "engkau tidak akan yakin selagi engkau tidak berbuat".
Beliau yakin dengan kata-kata itu lalu menggunakan kereta itu sebagai infaq kepada tahfiz tersebut dan janji Allah adalah benar apabila beliau mendapat peluang kerja yang berlipat ganda gajinya sehingga beliau mampu membayar kereta tersebut.

Pesan Ustazah, terus sedekah, terus menderma walaupun ada rasa sayang, banyak fikir, kerana selagi kita tidak buat kita tidak akan yakin dengan janji Allah.

Berikut saya kongsikan peluang untuk kita kaya dunia dan akhirat. Aamiin.

Ustazah juga ada kongsikan mengenai persoalan kanak-kanak yang meminta sedekah. Ada yang risau ia adalah sindiket dan tidak baik jika kita menyokong perbuatan tersebut. Ustazah menceritakan apa yang dibuat seorang ustaz mengenai isu ini. Ustaz tersebut selalu membawa roti dan air dalam kereta. Jika ada kanak-kanak yang minta sedekah, beliau akan tanya nama guru/penjaga dan rumah kebajikan/tahfiz. Beliau akan memberi roti dan air kepada kanak-kanak tersebut.

InsyaAllah, sama-sama kita amalkan untuk kaya dunia dan akhirat.


Sharing with

  
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ


Thursday, January 15, 2015

Misi Kembali ke Sekolah 2015 - Sebuah Beg

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Bismillah.
InsyaAllah tahun ini Misi Kembali Ke Sekolah - Sebuah Beg bersama pasukan Kak Elly EksekutifSuri [http://eksekutifsuri.blogspot.com/] diteruskan.

Target : 200 buah beg untuk 200 orang pelajar
Tempoh sumbangan : sehingga 15 Januari 2015
Target group : Anak yatim dan fakir miskin yang tidak/jarang mendapat bantuan dari pihak berwajib.
Lokasi :
1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan.
5. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang.
6. Kawasan penempatan miskin Bandar sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Jemput baca tentang Misi tahun lepas di blog saya --> http://zaleha-mustapha.blogspot.com/…/Misi%20Kembali%20ke%2…

Ibubapa yang berminat boleh PM di FB https://www.facebook.com/NikZaleha "MKS 2015 Beg",

atau whatsapp/telegram "MKS 2015 Beg" ke 017-3372042,

atau email nikhabiz@gmail.com dengan subjek "MKS 2015 Beg"

untuk mendapatkan nombor akaun.

Jumlah tajaan adalah RM25.

Beg yang kami pilih adalah yang berkualiti sahaja.

Mohon semua sebarkan melalui apa jua medium. Jazakallahukhairan kathira.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...