Showing posts with label Tip mengepam susu. Show all posts
Showing posts with label Tip mengepam susu. Show all posts

Thursday, October 15, 2015

Soal jawab susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Awal Oktober lepas, saya ada post status di FB:
.
Ibu-ibu, mahu tanya tentang apa-apa isu penyusuan susu ibu?
Jemput tulis di bawah ya.

[Source: insharepics.info]

Berikut pertanyaan dari ibu-ibu:

Soalan 1:
salam... susu tg dipam kena simpan dlm chiller bru froze. berape tempoh minima penyimpanan di chiller? perlu lebih 24jam? sblum ni saya pam terus masuk frozen

Jawapan:
Ebm dlm chiller 3-5 hari. Jika tak digunakan, pindah ke freezer.
Utk bagi kat baby, guna yg fresh atau chilled sahaja. Frozen hanya back up


Soalan 2:
Puan Zaleha Mustapha isu skrg sy.. Alhamdulillah rezeki susu byk kali ni, tp anak sy dr 7pg smpi 7ptg hnya minum kurang dr 5oz kalau di rumah babysitter. Balik rumah baru dl dan myusu tgh mlm smbil tido. Dia xprefer botol. Xpe ke puan? Tp berat baby ok je, bdn semangat. Baby 10month, makan bubur/puri n minum air masak via straw lg byk dr minum susu via botol.

Jawapan:
Baby yang kurang menyusu siang dan banyak menyusu masa malam dinamakan reverse cycling.
Ia ok selagi baby sihat, berat normal.

Soalan 3:
mek..nak tnya..ada beza dak pengeluaran susu kalo guna pam yg berbeza? aku guna lacte, mcm byk plak dpt. pkai spectra mcm skit plak..ada beza ka penggunaan pam pada pengeluaran susu ibu semasa sesi memerah? tq
 
Jawapan:
Ada beza bergantung pada fungsi suction pam dan keserasian. Ada pam yang ada setting menyerupai hisapan baby, so ia boleh stimulate better. Jika ibu rasa selesa dan happy pun boleh mempengaruhi pengeluaran susu.

Soalan 4:
betul ker ada pendapat yg mengatakan anak2 yg dah lebih 3 tahun tak perlu menyusu Ibu lg sbb susu dah hilang khasiat.sy masih bf anak sy w/pun dah hampir 3 tahun sbb susah sgt nak wean off terutama waktu malam.
 
Jawapan:
Susu ibu khasiatnya berubah ikut usia dan keperluan baby.
Penyusuan melebihi 2 thn biasanya untuk emotional bonding sebab anak dah makan makanan biasa.

Boleh wean off naturally  

Soalan 5:
Salam nak tanya, anak dh 1thn 10 bulan..masih perlu konsisten pam ke? sbb di rumah babysitter bekal 1 botol shj sekarang ni..sebab bila kurang pum susu pun makin berkurang...ada yg berpengalam..tq
 
Jawapan:
Untuk kekalkan penghasilan susu boleh pam seperti biasa. Lebih kerap pam / direct feeding lebih banyak susu dihasilkan kerana otak dah terima signal utk produce lebih byk susu.

Terima kasih atas pertanyaan semua. 


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, October 13, 2014

19 tip mengepam dengan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]

Tahukah ibu-ibu memerah susu juga memerlukan ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Mari kita amalkan 19 tip mengepam susu yang efektif dari Dr Sears:

1. Ikut rutin dan langkah demi langkah yang biasa dilakukan semasa memerah susu.
Sediakan tempat, peralatan dan bertenang untuk membolehkan susu keluar dengan lebih lancar.

2. Mulakan dengan mengurut payudara selama beberapa minit.

3. Minum beberapa gelas air sebelum mengepam.

4. Guna teknik imaginasi untuk menggalakkan pancutan susu (let down reflex).
Bayangkan sungai yang mengalir di sebalik bukit bukau menghijau, terus mengalir ke lautan luas atau bayangkan diri ibu adalah pancuran air yang mengeluarkan air susu melimpah ruah.

5. Lihat gambar si comel ibu atau bawa baju, selimut atau apa sahaja kepunyaan bayi untuk membolehkan ibu rasa seolah-olah bayi ada bersama.

6. Hubungi pengasuh untuk bertanyakan apa yang bayi sedang lakukan.

7. Dengar lagu yang disukai.

8. Gunakan pam yang tidak menyakitkan.
Mulakan dengan setting suction yang lebih perlahan. Tukar corong pam jika ibu kerap merasa sakit.

9. Jika puting terasa sakit, sapukan krim khas (emollient).

10. Pam sekerap mungkin, sekurang-kurangnya setiap 3 jam.

11. Tambah kekerapan mengepam terutama pada awal pagi.

12.Jika susu kelihatan berkurang dari biasa, semak sama ada pam sudah perlu diservis.

13. Pam pada sebelah payudara dan bayi menyusu pada sebelah payudara lagi.
Ini akan menggalakkan lebih banyak susu dihasilkan.


14. Pam kedua-dua payudara pada masa yang sama (double pumping).

15. Tukar pam jika ia tidak berfungsi dengan baik.

16. Pakai baju yang memudahkan ibu mengepam susu.

17. Gunakan handsfree kit ketika membuat double pumping.
Ibu lebih selesa dan boleh membuat kerja lain semasa mengepam.

18. Sesuaikan posisi semasa mengepam supaya susu tidak terkena baju.

19. Pam dengan rasa tenang dan tidak tergesa-gesa.

Proses mengepam juga mengambil masa untuk ibu merasa serasi dengan pam tersebut. Ia perlu dipelajari dan dipraktis agar proses mengepam menjadi satu aktiviti yang seronok. Tentu ibu berasa puas semasa melihat susu itu memenuhi botolkan?

Selamat mengepam ;)

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...