Showing posts with label tip bersunat. Show all posts
Showing posts with label tip bersunat. Show all posts

Tuesday, June 9, 2015

Tip penjagaan berkhatan dengan teknik Smart Clamp

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.  

[Kredit]

Salah satu teknik berkhatan adalah dengan kaedah Smart Clamp. Kelebihannya:
- mengambil masa yang pendek
- kurang pendarahan
- agak mudah dijaga 
- boleh terus pakai seluar longgar

Kekurangan:
- perlu ke klinik semula untuk membuka clamp
- proses membuka clamp agak menyakitkan
- mungkin ada pendarahan selepas dibuka akibat masalah jangkitan


Penjagaan berkhatan dengan teknik ini adalah:

- pastikan corong bersih dan kering selepas membuang air kecil
- boleh gunakan syringe untuk dipancutkan ke dalam corong
- gunakan cotton bud untuk mengeringkan corong
- sapu krim antispetic 1 atau 2 kali sehari atau ketika perlu di kulit bahagian luar corong
- pakaikan kain pelikat jika anak rasa sakit bila seluar terkena corong

Sebelum clamp dibuka, perlu berendam 20 - 30 minit untuk memudahkan proses tersebut.



++++++++++++++++


Hari ini 10 Jun, ada temujanji untuk membuka clamp. Jenuh juga memujuk anakanda putera untuk berendam. Takut betul dengan air sejak lepas dikhatankan.

Semasa anakanda putera makan pagi, saya siapkan kolam mainan yang telah lama tersimpan. Nasib baik ada kolam, bolehlah berendam sambil main air. Jururawat maklumkan, berendam selama 1 jam sebelum datang buka! Hendak hilangkan bosan, berilah bola mainan dan legonya.

Sepanjang perjalanan, zikir Ya Bari' dan ya Fattah, maklumlah kawasan hospital tu susah nak parking. Abahnya bekerja, jadi ummi berdikarilah hari ni. Alhamdulillah ya Sami' bila pusing kawasan belakang hospital Annur tu, tinggal 1 sahaja ruang untuk parking. Menapaklah sedikit dengan anakanda jalan terkangkang dan perlahan-lahan sebab pakai seluar panjang..he..he..

Prosedur tu sekejap sahaja. Jururawat yang buat, hanya buka pemegang sahaja. Corongnya masih tinggal dan dipesan untuk berendam lagi, biar jatuh sendiri. Agak sakit juga kata anakanda tapi boleh lagi singgah kedai mainan berdekatan rumah. Petangnya tiba-tiba anakanda beritahu corong tu dah tertanggal. Tak pastilah getahnya masih terlekat atau yang hitam tu kulitnya. Kena cek dengan doktor balik rasanya :)

Ada yang kata guna teknik smart clamp ni tak cantik. Apapun setiap teknik ada kebaikan dan kelemahannya kan. Yang penting semua dapat sembuh dengan baik tanpa infeksi.




Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, June 8, 2015

Pengalaman anak berkhatan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Catatan pengalaman anak berkhatan.
Awal bulan Mei saya hubungi beberapa klinik sekitar Bangi untuk set tarikh temujanji tapi kebanyakannya masih belum buka. Seminggu sebelum cuti sekolah baru dapat set tarikh. Cadangan tarikh 31 Mei tapi yang dibuka 29 Mei, 30 Mei dan 4 Jun. Akhirnya terpaksalah ambil 4 Jun sebab 30 Mei abahnya ada peperiksaan GST. Rupanya Allah nak beri Abdul Qaiyum ke kelas tambahan di sekolahnya 1-3 Jun tu :)

Antara klinik yang menawarkan perkhidmatan berkhatan sekitar Bangi yang saya hubungi/google:

Klinik Dr Najwa, Seksyen 3
Klinik Zalfah, Seksyen 4
Klinik As Salam, Seksyen 7
Pusat Perubatan Az Zahrah, Seksyen 9
Pusat Perubatan An Nur, Seksyen 9
KPJ Kajang

Kebanyakannya menggunakan teknik laser. Oleh kerana abahnya mencadangkan teknik Smart Klamp, jadi pilihan yang ada hanyalah di Pusat Perubatan An Nur.

Jujur saya katakan, saya sangat gementar sampai tidak berselera makan dan berdebar-debar. Ini kerana anakanda putera ini istimewa sikit ..he..he.. Dia boleh buat keras kejung kalau dia tak nak sesuatu perkara. Daya memujuk umminya pula tahap minima. 

Malam sebelum berkhatan sepatutnya ada kelas tambahan untuk UPKK di rumah tapi dia baring tak nak bangun-bangun. Terpaksalah tutor balik. Saya sudah agak dia risau nak berkhatan esoknya.

4 Jun, Rabu, hari yang mendebarkan juga. Mula-mula dia tak selera makan nasi. Asyik buat sound effect je. Saya serahkan urusan memujuk kepada abahnya.  Saya solat dhuha dan solat hajat mohon urusan berjalan lancar. Dalam hati zikir :
Allahumma ya Fattah, bukakan pintu hati dia agar mudah ikut cakap kami dan doktor
Allhumma ya Latif, lembutkan hati dia
Allahumma ya Bari', aturkanlah urusan ini dengan mudah dan baik
Allahumma ya Shafi, sembuhkan dia dengan cepat.

Jam 9.30 sampai di Klinik Pakar Annur. Sudah ramai ibubapa yang menunggu giliran dan ada yang sudah berkhatan pun. Semuanya kecil comel. Anakanda putera seorang yang sado ..he..he.. Masa duduk menunggu, gelisah je dia. Dapat dengar jeritan dan tangisan dari bilik doktor. Tambah berdebarlah ummi. Maklumlah kami tiada pengalaman anak-anak sakit hingga terpaksa masuk wad atau menjalani sebarang prosedur.


Cuak je muka ummi
Sebelum menunggu untuk masuk, kena timbang berat dulu. Buang air kecil dulu. Jam 11.11 pagi baru dipanggil. Abah temankan. Ummi kirim kain pelikat dan tuala kecil je serta doa anakanda akan ok.

Timbang berat dulu
Smart Clamp
Lebih kurang 11.30 pagi keluar, tak pakai pun kain pelikat. Terkejut juga ummi. Alhamdulillah, dia ok. Tak sakit pun katanya. Iyalah, ada bius kan. Lepas dapat ubat tahan sakit dan ubat sapu, kami sekeluarga pun balik. Berakhirlah detik yang mendebarkan, fasa pertama. Fasa kedua, bab penjagaan di rumah pula.

Oh ya, kos berkhatan adalah sebanyak RM250.

Alhamdulillah selamat ...
Menu berpantang
Beberapa hari awal, siangnya ok, malam je dia kata sakit, jadi makan ubat sebelum tidur dan jam 4 pagi. Lepas 4 hari, makan ubat sebelum tidur sahaja.

Makan masih berpantang. Doktor bagi je kalau dia tiada alahan tapi memandangkan kulit dia ni mudah kena ruam dan gatal-gatal sejak bayi, jadi saya tak berani nak ambil risiko.

2 hari pertama menu sup (sup sayur, sup daging) dan ikan bakar. Saya bakar ikan sardin, kembung dan cencaru. Siap makan bersuap lagi. Kata mak ikan sardin/selayang dan kembung gatal tapi ok je tu :) Hari ke-3 nak kicap dan ikan bakar je.

Saya akan masak nasi lebih dan bakar ikan untuk 3 kali makan sekaligus. Jimat masa. Hanya panaskan bila hendak dimakan.

Ini menu yang dikongsikan oleh sahabat FB untuk anaknya yang berkhatan pada hari yang sama :

Ikan parang bakar dan sup sayur
Sup daging+kentang+carrot

Ikan bilis goreng
Tenggiri panggang digaul kunyit hidup+halia+bawang dan sawi goreng
Ikan masak stim

Esok saya kongsikan tip penjagaan berkhatan dengan teknik Smart Clamp.
Didoakan bermanfaat untuk semua :)




Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, June 7, 2015

Persediaan sebelum berkhatan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, saya bercuti panjang sempena nak khatankan anak bujang kesayangan. Merasalah jugalah nikmat nak cuti lama. Asal anak cuti sekolah, mak pun rasa nak cuti panjang macam anak juga :)
Cuti panjang ni peluang merasa macam work-at-home-mom lah kononnya.

Saya mula bercuti 3 Jun untuk membuat persediaan sedikit sebanyak tentang berkhatan ni. Maklumlah kali pertama nak jaga dengan suami di perantauan ni.  Sebelum ni bercadang nak buat di kampung, boleh minta mak tolong nasihat apa yang patut, tapi asyik tak cukup cuti bila hujung tahun. Dapat "syarahan" dari emak lah juga ... sebab tak khatankan anak lagi. Anak dah besar katanya. Jadi nekadlah simpan cuti dan Alhamdulillah dapat cuti panjang bulan 6 ni.

Saya kongsikan dahulu sedikit tip untuk ibubapa sebelum khatankan anak. Rakaman memori untuk Abdul Qaiyum saya sambung di entri seterusnya ya ;)



Saya kongsikan sedikit :

[ TIP PERSEDIAAN SEBELUM BERKHATAN ]

Sedikit perkongsian bagi ibubapa yang ingin mengkhatankan anak lelaki selepas usia bayi.

1. Perkenalkan anak tentang khatan sejak di tadika. Beritahu dengan baik, bukan menakut-nakutkan.
.
2. Beritahu kelebihan berkhatan.
.
3. Cari idola yang sudah berkhatan (ayah, sepupu, kawan atau Upin Ipin 😊)
.
4. Tunggu kesediaan anak dari segi emosi (dia sendiri minta dikhatankan atau sudah mahu dibawa ke klinik).
.
5. Beritahu lebih awal dan sentiasa diulang-ulang.
.
6. Baca perbezaan antara setiap teknik yang ingin dibuat.
.
7. Dapatkan pengalaman dari ibubapa yang telah mengkhatankan anak mereka.
.
8. Solat hajat dan zikir untuk mudahkan urusan.
.
9. Elakkan terlalu risau dengan kelemahan sesuatu teknik yang telah dipilih.
.
10. Berkongsi dengan ibubapa lain (dalam komuniti keibubapaan agar dapat tip-tip yang membantu kita untuk lebih bersedia dan bertenang)
.
11. Pujuk anak dengan baik pada hari kejadian 😁
.
.
Sekalung penghargaan buat abahnya yang cool sokmo 👍
Ummi buat-buat cool walaupun dalam perut ada rama-rama sampai tak selera makan nasi, breakfast roti je …he…he…
.
Alhamdulillah selamat sudah.
Kini menempuh hari-hari berpantang (sikitlah)
.

Kenangan khatan anakanda putera.
4.6.15
.
Hari ketiga ‪#‎WAHM‬


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...