Friday, April 10, 2015

Mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

[ Forum Tinta TGNA ]

Moderator : Dr Ridhuan Mohamad Nor
Panel : Ust Dusuki Mat Rani, Ust Nik Abduh & TG Hj Nik Razi.

1. TGNA merupakan pengajaran kpd kehidupan menerusi konsep ilmu. Bila ada ilmu, ilmu itu mesti disebarkan.

2. TGNA sgt menghormati ayahnya, TG Nik Mat. Dia menjaga amanah ayahnya utk menuntut dan menyebarkan ilmu.

3. TGNA sgt menjaga ibunya, Aminah bt Majid. Tidak pernah sesekali meninggikan suara terhadap ibunya. Diceritakan juga kehebatan ibunya yg khatam alQuran 3 hari sekali.

4. Hidup TGNA sentiasa dgn alQuran. Bila waktu terluang bibirnya tak berhenti baca alQuran.

5. Setiap kali TGNA berbicara tentang dunia, mesti akan dikaitkan dgn akhirat.

6. Rasulullah SAW tak pernah ditinggalkan oleh TGNA dgn selawat. Katanya, "Selepas mati, kita nak cari Rasulullah utk tolong. Mcmana kalau kita tak selawat"

7. Allah mengangkat ilmuNya dgn mematikan ulamak. Yg parah adalah hilangnya tiada pengganti. Kematian ulamak adalah amaran drp Allah kpd orang2 yg lalai yg tidak mahu mengikut ulamak yg berada di depannya.

8. Benda besar yg dilakukan oleh TGNA adalah allahyarham menuntut ilmu agama dgn sempurna sehingga dia kenal agama sebagaimana agama itu sepatutnya dikenali.

9. Ilmunya itu disudahkan dgn amal. TGNA mengambil amal yg kemuncak, yakni jihad fisabilillah dgn memasuki politik. 

10. Perkara terbesar yg dibawa oleh TGNA adalah allahyarham mampu membawa tasawuf ke dalam politik. Tasawuf itu tinggal dunia, sedang politik itu mengejar dunia. Namun TGNA berjaya pertemukan keduanya.

11. TGNA sangat menjaga masa dan suka membaca. Dan tidak pernah sesekali meninggalkan baca alQuran sebelum subuh.

12. Manusia berasal drp syurga, jadi kita kena kembali ke syurga.

13. TGNA mempunyai matlamat yg jelas, iaitu ingin membawa manusia mengenal agama.

14. Pilih isteri beragama. Krn ini adalah punca kepada pendidikan anak2.

"Hidup kita bukan di sini. Hidup sebenar adalah selepas mati. Siapkanlah diri kamu utk hidup selepas mati"
- TGNA rohimahullahu ta'ala

Wallahua'lam. ☺
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...