Wednesday, October 14, 2015

Ibu bekerja dan ragam anak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

October 1 at 1:59pm


#‎gratefulstory‬ 1/21
.
Kebelakangan ini, che mek molek ni kerap menangis tak mahu ke tadika.
Siap meraung bagai.
Ummi jiwa kacau kalau anak meraung kena tinggal pergi kerja.
Rasa macam tak nak jaga anak sendiri, kerja tu lagi besar ya??
.
Tarik nafas.
Muhasabah.
Semua dah diatur Allah.
Dulu nak sangat jadi wanita bekerjaya kan
Hadap je lah sambil usaha menuju impian baru.
.
Satu-satu pujukan yang diterima, ummi ambil awal.
Bawa ke ofis atau ummi off petang je.
3 hari ulang alik macam tu ummi demam.
Menguatkan lagi hasrat nak jadi WAHM.
Fleksibel walaupun kerja sama banyak je.
.
Satu malam, masa pillow talk, che mek ni akhirnya cakap dia tak suka pindah tempat tadika tu.
Sekarang kongsi dengan taska.
Agak sempit.
Kawan pun ada yang pindah.
.
Satu hari yang lain pula dia sendiri minta kejut awal.
Dia bagi tip, kalau tak nak bagi dia nangis, kejutlah awal.
Nak bangun pukul 1 lah, 5 lah
Nak makan nasi katanya.
.
Jadi sehari dua ni, dia mula bangun awal.
Sebelum ke tadika makan nasi dulu.
Alhamdulillah sudah gembira ke tadika.
Ummi tak jiwa kacau lagi 


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
 Telegram 011-2300 8261


Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...