Thursday, March 3, 2016

Bolehkah ibu demam denggi menyusukan anak?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Denggi adalah demam akibat gigitan nyamuk Aedes yang telah menyebarkan virusnya ke dalam tubuh manusia. Demam akibat virus ini tiada ubat khusus. Hanya ubat untuk melegakan simptomnya seperti ubat demam, ubat tahan muntah, ubat pening dan yang berkaitan.

Badan kita akan mengeluarkan antibodi sendiri untuk melawan virus ini.

Bolehkah ibu yang mengalami demam denggi menyusukan anak?

Alhamdulillah, secara umumnya ibu-ibu boleh terus menyusukan anak. Beritahu doktor, ibu masih menyusukan bayi. Doktor akan berikan ubat yang selamat untuk ibu menyusu.

Secara khususnya, ia bergantung pada tahap keseriusan demam denggi tersebut dan atas nasihat doktor. Contohnya demam denggi berdarah adalah lebih serius. Mungkin ibu-ibu perlu berhenti menyusu buat sementara waktu. Alternatifnya, anak boleh diberi susu perahan. Jika ibu-ibu mengalami kekurangan stok susu, boleh usaha untuk mendapatkan susu melalui ibu susuan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad :
"Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat".

Kisah ibu yang mengalami denggi dan tetap terus menyusukan anak di sini

Ibu-ibu biasanya mengalami kekurangan susu apabila berada dalam keadaan letih dan kurang sihat. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah :

- teruskan menyusu anak (direct feeding) sekerap yang boleh. Jika rasa terlalu letih, boleh minta ahli keluarga susukan dengan susu perahan

- minum banyak air, jus buah-buahan, sup. Penawar denggi di SINI.

- dapatkan suplemen yang boleh membantu ibu lebih cepat sihat dan cergas dengan nasihat doktor


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...