Friday, April 10, 2015

Mengenang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

[ Forum Tinta TGNA ]

Moderator : Dr Ridhuan Mohamad Nor
Panel : Ust Dusuki Mat Rani, Ust Nik Abduh & TG Hj Nik Razi.

1. TGNA merupakan pengajaran kpd kehidupan menerusi konsep ilmu. Bila ada ilmu, ilmu itu mesti disebarkan.

2. TGNA sgt menghormati ayahnya, TG Nik Mat. Dia menjaga amanah ayahnya utk menuntut dan menyebarkan ilmu.

3. TGNA sgt menjaga ibunya, Aminah bt Majid. Tidak pernah sesekali meninggikan suara terhadap ibunya. Diceritakan juga kehebatan ibunya yg khatam alQuran 3 hari sekali.

4. Hidup TGNA sentiasa dgn alQuran. Bila waktu terluang bibirnya tak berhenti baca alQuran.

5. Setiap kali TGNA berbicara tentang dunia, mesti akan dikaitkan dgn akhirat.

6. Rasulullah SAW tak pernah ditinggalkan oleh TGNA dgn selawat. Katanya, "Selepas mati, kita nak cari Rasulullah utk tolong. Mcmana kalau kita tak selawat"

7. Allah mengangkat ilmuNya dgn mematikan ulamak. Yg parah adalah hilangnya tiada pengganti. Kematian ulamak adalah amaran drp Allah kpd orang2 yg lalai yg tidak mahu mengikut ulamak yg berada di depannya.

8. Benda besar yg dilakukan oleh TGNA adalah allahyarham menuntut ilmu agama dgn sempurna sehingga dia kenal agama sebagaimana agama itu sepatutnya dikenali.

9. Ilmunya itu disudahkan dgn amal. TGNA mengambil amal yg kemuncak, yakni jihad fisabilillah dgn memasuki politik. 

10. Perkara terbesar yg dibawa oleh TGNA adalah allahyarham mampu membawa tasawuf ke dalam politik. Tasawuf itu tinggal dunia, sedang politik itu mengejar dunia. Namun TGNA berjaya pertemukan keduanya.

11. TGNA sangat menjaga masa dan suka membaca. Dan tidak pernah sesekali meninggalkan baca alQuran sebelum subuh.

12. Manusia berasal drp syurga, jadi kita kena kembali ke syurga.

13. TGNA mempunyai matlamat yg jelas, iaitu ingin membawa manusia mengenal agama.

14. Pilih isteri beragama. Krn ini adalah punca kepada pendidikan anak2.

"Hidup kita bukan di sini. Hidup sebenar adalah selepas mati. Siapkanlah diri kamu utk hidup selepas mati"
- TGNA rohimahullahu ta'ala

Wallahua'lam. ☺

Thursday, April 9, 2015

Hari pertama ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Semalam, saya mendapat pengalaman baru, menjadi salah seorang panel penemuduga. Perasaan nervous macam orang yang nak ditemuduga pula ..he..he.. Maklumlah ini pengalaman baru, duduk sebelah pula dengan "orang besar". Sempatlah tanya kawan yang ada pengalaman.

Tapi rasa blur je, apa soalan hendak ditanya? Sebab jawatannya bukan satu bidang dengan pekerjaan sekarang. Tawakkal je lah. Dalam perjalanan ke ofis tu BAD dulu. Doa agar soalan yang ditanya tu ada manfaat buat diri dan calon-calon yang ditemuduga.

Sudah sampai ofis, cabaran parking pula! (siapa suruh tak datang terlajak awal ;) Yang ini jadi muhasabah dan idea untuk entri muhasabah. Satu ayat yang berlegar di kepala "when you just drive your Kancil, do you think people will treat you the same as those who drives BMW and other BIG BIG car???"

Bersambung ...


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, April 6, 2015

Bekerja dan berniaga : panduan kejayaan untuk suri (II)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



 Buku ini telah saya terima 12 Mac 2015. Penantian yang berbaloi! Saya suka membaca buku hasil dari pengalaman penulis denga input praktikal bukan teori semata-mata.

Buku ini mengandungi 14 bab.

Yang paling terkesan pada saya ialah, sebelum berhenti kerja pastikan kita cekap urus duit dan urus masa. Jika semasa makan gaji pun kita ada isu dengan dua perkara besar ini, tidak mustahil setelah berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, perniagaan kita tidak ke mana-mana dan kita masih seperti pekerja makan gaji dahulu.
“Situasi paling manis ialah jika anda bergelar bos kepada diri sendiri dikala hutang kosong. Hutang terbeban yang sangat normal kini ialah rumah dan kereta. Hutang normal ini akan menjadikan sesiapa sahaja kurang normal dikala bisnes berada di fasa runcing.”
Azura Abdullah

Alhamdulillah, saya sudah mencapai hutang kosong cuma belum bergelar bos kepada diri sendiri :D

Entri ini akan saya sambung semula .... :)



Teruja dengan naskhah kedua dari penulis, Berhenti kerja dengan bergaya : panduan kejayaan untuk suri.


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, March 30, 2015

Perjalanan Hati - Firdaus Mokhtar

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Carian Google 

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan, 
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad. 


Tuhan, dengarlah hatiku
HambaMu yang lemah ini
Oh Tuhan bantulah aku
Menerima ujian dariMu

Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu

Perjalanan ini penuh berliku
Onak jua duri yang datang padaku
Moga ia akan tetap menjadikanku
Sentiasa bersamaMu
Tuhan...

Tuhan, andai masih ku gagal untuk meneruskan perjalanan kehidupanku,
teruslah membantuku. 
Sesungguhnya aku ingin selamat di dalam rahmatMu....
Tuhan, kuatkanlah aku
HambaMu yang hina ini
Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu

Moga di hujung nanti manisnya ku rasai
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji
Moga ia akan tetap menjadikanku sentiasa bersamaMu
Tuhan...



Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, March 13, 2015

Bekerja dan berniaga : panduan kejayaan untuk suri (I)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Nota di FB:
Alhamdulillah,
Naskhah ini sudah sampai ke tangan saya Puan Azura Abdullah.
Mula baca dalam kereta sewaktu balik kerja.
.
Sudah 2 hari buat hobi baru, membaca sambil memandu kerana "jem" dalam UKM hampir setengah jam
Sudah bosan berkaraoke setiap hari.
.
Sambung baca di taman sambil teman anak bermain.
Bahagia berimpian
.
Selpi sekeping, cik kak Adnin nak enteprem juga

‪#‎sukabaca‬
Si dia di sebelah yang menjadi "why factor" impian WAHM saya 6 tahun yang lalu …

Terimbau semasa mula-mula terdetik "Saya ingin bekerja dari rumah ..." - ia bermula semasa Adnin dilahirkan. Saya sudah bersedia untuk menyusukan dia sehingga 2 tahun. Hari pertama menghantarnya ke taska setelah kembali bekerja, air mata saya bercucuran. Niat asal hendak singgah sekejap di ofis terpaksa dibatalkan (Adnin dihnatar seminggu sebelum saya masuk kerja untuk membiasakan rutin baru khususnya penyediaan susu perahan).

Dari detik itu, hasrat untuk bekerja di rumah tidak pernah padam. Saya pernah menyuarakan kepada suami tetapi belum dapat lampu hijau. Saya kongsikan di entri yang lain berkenaan persediaan saya untuk mencapai impian ini dan ulasan buku Bekerja & Berniaga di atas ya :)

*sudah perlu bersiap untuk bekerja di luar rumah. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Selamat berjuang untuk diri saya dan ibu-ibu semua.

 
Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...