Thursday, March 3, 2016

Bolehkah ibu demam denggi menyusukan anak?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Denggi adalah demam akibat gigitan nyamuk Aedes yang telah menyebarkan virusnya ke dalam tubuh manusia. Demam akibat virus ini tiada ubat khusus. Hanya ubat untuk melegakan simptomnya seperti ubat demam, ubat tahan muntah, ubat pening dan yang berkaitan.

Badan kita akan mengeluarkan antibodi sendiri untuk melawan virus ini.

Bolehkah ibu yang mengalami demam denggi menyusukan anak?

Alhamdulillah, secara umumnya ibu-ibu boleh terus menyusukan anak. Beritahu doktor, ibu masih menyusukan bayi. Doktor akan berikan ubat yang selamat untuk ibu menyusu.

Secara khususnya, ia bergantung pada tahap keseriusan demam denggi tersebut dan atas nasihat doktor. Contohnya demam denggi berdarah adalah lebih serius. Mungkin ibu-ibu perlu berhenti menyusu buat sementara waktu. Alternatifnya, anak boleh diberi susu perahan. Jika ibu-ibu mengalami kekurangan stok susu, boleh usaha untuk mendapatkan susu melalui ibu susuan.

Dr Zubaidi Hj Ahmad :
"Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat".

Kisah ibu yang mengalami denggi dan tetap terus menyusukan anak di sini

Ibu-ibu biasanya mengalami kekurangan susu apabila berada dalam keadaan letih dan kurang sihat. Langkah-langkah yang boleh diambil adalah :

- teruskan menyusu anak (direct feeding) sekerap yang boleh. Jika rasa terlalu letih, boleh minta ahli keluarga susukan dengan susu perahan

- minum banyak air, jus buah-buahan, sup. Penawar denggi di SINI.

- dapatkan suplemen yang boleh membantu ibu lebih cepat sihat dan cergas dengan nasihat doktor


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, February 27, 2016

Penawar demam denggi dan viral fever

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Siri demam kami sekeluarga bermula dari awal Februari.
Alhamdulillah saya dan anakanda puteri sembuh setelah 2 kali demam tetapi suami dan anakanda putera masih on off demamnya.
Result darah suami pada 24.2 +ve denggi.
Result anakanda putera 26.2 suspek denggi, tapi platlet tidak terlalu rendah. Homopati maklumkan demam berpunca dari virus juga, mungkin virus yang berbeza.
.
Saya kongsikan apa yang diambil oleh suami dan anak.
Minum banyak air.
Minum berselang seli antara air masak (boleh tambah #stevia, sebab bila mulut pahit, minum air kosong pun rasa pahit. Bila titis stevia, rasa sedap sikit), air kangen, 100plus.
.
Untuk anak, boleh berikan apa-apa jenis jus buah dan sup.
Kawan kongsikan resepi:
blend tembikai + oren
blend buah lai



Alhamdulillah, ada sebatang pokok betik yang suami tanam. Dapatlah ambil daunnya. Daun yang tak terlalu lua atau muda.
Blend 1 pelepah dgn 1 gelas air.
Ada jumpa caranya tumbuk daun tanpa tambah air, ambil patinya. Minum 1 sudu shj.
Lebih pahit berbanding campur air.


Jus kiwi
Tambah #stevia baru sedap sikit sebab ia agak masam 

 Kandungan vitamin c yang tinggi 


Jus ni susah juga nak cari. Tak semua kedai jual. Nasib baik jumpa di kedai runcit berdekatan.

Sup ketam
Mula-mula buat, bubuh bawang putih je.
Lepas google dapat resepi guna bawang putih, bawang merah, halia, lada putih.
Saya masukkan selabu bwg putih, lebihkan halia juga.
Nak kurang bau hanyir ketam, ada petua masukkan sedikit gula melaka.







#stevia titis dalam air teh.
Vitamin shaklee baru dpt 26.2.16
Mak pun kena on supplement juga.
Tak fit, dah rasa semacam je.
Kenyuh kenyih kato ore kelate.
Drive sekitar perumahan je pun
Dalam menjaga anak demam, terlupa nak makan.
Pagi je paksa diri makan nasi 

Klinik homopati Hasan ni terletak di tingkat 2 PKNS Bangi.
Dr klinik homopati kata anak viral fever bukan denggi.

Mak tumpang check up.
Macam biasa isu penghadaman dan saraf, dah cecah 80%

Jaga WAKTU makan pesan dr.
Kolesterol border line.

.
Alhamdulillah, suami warded 2 malam je. Terkilan juga tak dapat lama di wad. Pesakit berdikari ..huhu.. Suami drive sendiri ke Nilai Medical Center malam Khamis lepas sebab KPJ Kajang dah penuh. Saya ke klinik untuk cek darah anakanda putera yang masih on off demamnya.Tapi doktor tak dapat cari urat darah, ke dalam sangat katanya. Adoila ... doktor senior tu, kalau junior, kita fahamlah mungkin kurang mahir lagi. Dia sarankan ke klinik kesihatan atau hospital terus je.

Esoknya saya ke klinik homopati dulu. Lega sikit bila doktor kata bukan denggi sebab ruam lain sikit. 

Balik dari klinik, kemas-kemas apa yang patut untuk ke hospital, baru nak jenguk suami ..huhu.. Tak lama di hospital, anakanda macam nak demam sebab aircond agak sejuk, nak adjust ikut selera sendiri, tak dapatlah sebab bilik kongsi 2 orang. 

Balik dari hospital, anakanda putera demam menggigil. Tapi suhunya tak terlalu tinggi. Kena paksa minum banyak air.

Semalam buat blood test dengan doktor yang kami biasa consult sejak 9 tahun lepas. Alhamdulillah senang je dia jumpa urat darah tu :D Dia pun pandai memujuk anakanda putera yang agak fobia dah dengan jarum. Maklumlah doktor dari klinik lain sebelum tu, dah siap cucuk tapi tak keluar darahnya...silap cucuk ... ouch!

Tengah hari dapat panggilan telefon, berdebar jugalah bila pembantu klinik maklumkan suspek denggi. Bincang-bincang dengan suami, katanya stay kat rumah dulu sebab platlet tak terlalu rendah. Kebetulan suami pun dalam proses keluar dari hospital.

Sejak malam tadi, anakanda putera dah tak demam. Baru gigih minum banyak air dan segala yang diberi bila dengar kena masuk hospital. Doanya bebas sepenuhnya dari virus tu minggu ni. Bulan 3 nanti dah ada ujian di sekolah. Calon UPSR pula tu. Allahumma yassir wa tammim bilkhair.

Ibu yang demam denggi, boleh ke menyusu?
InsyaAllah saya kongsikan dalam artikel seterusnya.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, February 24, 2016

Tip merapatkan hubungan dengan anak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]

Tip merapatkan hubungan dengan anak yang dikongsikan oleh PU Fakhrul dalam slot bersama ibu bapa di program MITASES :

1.  Selalu beri sentuhan - rangsangan positif melalui pelukan, ciuman pada dahi anak.

2. Suapkan makan dan minum - sesekali jika sudah besar.

3. Selalu beri kata-kata semangat.

4. Jangan marah ketika anak hendak ke sekolah.

5. Hantar/ambil sendiri anak ke/darisekolah.

6. Doa

Ayat-ayat al Qur'an yang boleh diamalkan :
- untuk lembut hati Surah Ali Imran : 200











- al-Fatihah, al-Insyirah, Taha : 1-6





















- Yasin : 82, semasa ayat "kun" doalah sepenuh hati







- Surah Ibrahim untuk anak rajin solat

















Ibu-ibu digalakkan berzikir semasa memasak.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
 Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, February 22, 2016

Tip menjaga kecerdasan otak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]
Tip ini dikongsikan oleh PU Fakhrul semasa MITASES SK Jalan 3:

 1. Zikir - boleh merangsang 14 juta saraf otak.

2. Wajib sarapan pagi.

3. Elakkan makan terlalu banyak.

4. Elakkan merokok.

5. Elakkan tengok maksiat.

6. Berada dalam udara yang segar.

7. Elakkan tidur meniarap atau menutup muka - oksigen kurang ke otak, sedut semula karbon dioksida menyebabkan otak lemah, lambat pickup.

8. Banyakkan berfikir/berimaginasi kreatif.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, February 21, 2016

Persediaan UPSR 2016 - Motivasi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah malam tadi sekeluarga di sekolah kebangsaan anakanda putera. Ada program Misi Tawan Sukses untuk murid Darjah 6 anjuran Unit Kaunseling sekolah dan Lagenda Sinergi. Malam slot bersama ibubapa, ceramah dari PU Fakhrul.


Anak-anak diapit oleh ibubapa kanan dan kiri

Alhamdulillah gaya penyampaian PU Fakhrul sangat menarik, bersemangat, santai, kelakar dan menyentuh hati. Bila tengok tentatif ada slot bersama ibubapa ni, dah agak ada sesi syahdu syahdan. Jadi bawa sapu tangan awal-awal :D

Antara pengisian ceramah:

Tip mencapai kecemerlangan :

1. Niat / mindset waktu pagi.
2. Belajar dengan sifat bayi yang tidak mudah mengalah, selalu senyum.
3. Selalu senyum - senyum akan membangkitkan aura positif.
4. Ubah sahsiah menjadi sahsiah yang baik.
5. Guna formula D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal)

- Kajian menunjukkan generasi Z suka berhubung, multitasking dan kuat tidur. Jadi, jangan marah jika anak buat kerja sekolah sambil dengar radio atau tengok tv. Ada anak yang lebih mudah faham dengan cara ini. Kita perlu kenal karakter anak sama ada visual, audio atau kinesthetic learner.

- Anak ada potensi untuk berjaya atau gagal.

- Beri kasih sayang, memahami, hormat dan terima (pendapat, sifat) anak yang betul.

- Kenal pasti sikap ibubapa:
- selalu beri apa yang anak minta - kesannya anak boleh rosak kerana hidup terlalu senang dan manja
- beri bila anak menangis - kesannya anak akan guna kuasa ugutan dengan menangis/mengamuk untuk dapat apa yang dia mahu
- beri ikut suka/ mood - kesannya anak jadi bingung
- tak pernah beri walaupun perlu -kesannya anak boleh jadi memberontak atau memendam perasaan
 
Tip untuk berjaya :
1. Jaga solat
2. Jaga hubungan dengan ibu bapa
3. Jaga hubungan dengan guru
4. Pilih rakan yang baik

Sesi air mata bermula bila PU menyentuh tentang pengorbanan ibubapa, bayangkan jika ibu bapa telah tiada dan seoarang pelajar yang telah kehilangan ibu dipanggil ke pentas untuk meluahkan apa yang mahu diberitahu pada ibu. Anak-anak kemudian diminta berjumpa ibubapa untuk salam dan peluk.

Anakanda putera control macho je. Takut tak boleh tidur katanya. Nampak sangat suka pendam macam ummi ..huhu.. Ummi pun control ayu juga walaupun dan tangkap leleh sekejap. Segan bengkak mata nanti.

Program berakhir jam 11.30 malam. Keletihan betul nampaknya anakanda putera. Bangun pagi tadi demam pula. Mungkin kurang air atau terjangkit dengan abahnya yang demam. Walaupun demam, masih gagahkan diri hadir ke program anakanda tersayang. Terima kasih abah <3

Saya kongsikan di entri seterusnya :
 
Tip menjaga kecerdasan otak
Tip merapatkan hubungan dengan anak


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...