Monday, January 28, 2008

Campur2

N3 campur2..bila rasa nak menaip, taip la apa yg nak diabadikan dlm diari maya nih.

Anak kesayangan itu:
- dah berjaya mengingat doa mkn walaupun pelat german masih ketara
- doa bgn tdo masih separuh2, asyik nak sebut doa mkn je..he..he..
- bhs german dia :
amillah=Alhamdulillah, air mako=yakult, apolen=aeroplane, teachet=teacher, wangi=monyi, susu=tusu, nasi=lasik, yg akhir dgn huruf l masih jd loghat perak/kedah buatan lg mcm gol jd goy, mahal=mahai

Ofis:
-bahang ke’bz’an dah mula terasa bila whiteboard dah berjujuk2 tarikh meeting setiap hr

Balik keje skrg dah berjaya terus masuk dpr & masak. Mkn sblm maghrib. Menu mcm biasa, simple ajor. Walaupun kdg2 letih bangat (seharian tecongok dpn pc, atau ke sana ke mari di opis), balik terus bediri prepare bhn2 & masak. Tp bc zikir kuat2, nyanyi2 & bisikkan byk2 ni demi suami & ank techenta. Jgn lupa azam nak jd isteri solehah tau..muahaha. Tp yg pasti lps maghrib, time menonton berita tu aku dah huha huha nguap. Lps stretching mana yg patut (sakit urat weh), beransur la ke bilik tdo. Mendahului Hakimi & abahnya..he.he..

Heran tul tgk abe sampai umah terus on pc, terus ngadap pc, mlm sambung lg. Kdg2 nampak gak muka letih tp boleh lg dia ngadap pc tu. Kdg2 keje ofis tp kebanyakannya hobi dia duk menggodek photoshop selain kira budget dan software2 br yg dia jumpa kat internet. Dlm duk bentang budget tu ada la dia duk cite plan in future, psl umah kalau plan berjaya leh la intai2 semi-d (berangan tak yah bayo kan ;)), thn dpn kalu duit ok leh trade-in kancil aku tuka ngan Saga baru tu..bla..bla..bla.. Aku ia kan aja. Sblm ni pun duk bekenan dgn MyVi, pastu Savvy & mcm2 lg lah. Aku tak menaruh hrpn tinggi bab kata org skdr sdpkan ati je.

Psl umah tu aku leh terima hakikat dah kalau we all still menyewa utk 10thn lg..hak..hak..buat2 gelak jahat. Asal ckp psl umah & kete aku musti ckp 10thn lg. Abe ckp tadelah sampai mcm tu, atleast slh satu htg dah settle. Setakat ni byk lg htg, kete aku,kete hubby, study loan memasing2, personal loan memasing. Abe dah nampak formula beli umah dll secara free..he..he..maksudnya bank yg byr interest bank lain, bkn amik dr duit gj kita. Tp tu amik masa gakla. Yg pasti kami blm sampai ke thp tu. Slow2 dulu lah. Buat masa ni aku hanya menjamu mata tgk kereta/umah dll yg baru2 tu di internet je lah sambil tumpang happy dgr kwn2 yg bkl dpt umah sendiri..huhuhu..Yg pasti aku yakin rezeki itu akan ada cuma masanya blm tiba…

Minggu lps ada kwn abe tumpang kjp sbb dia ada interview kat cheras. Ayah arwah Afiq. Melihat diri dia yg sentiasa senyum dan tenang ketika berbicara, aku tak ‘ter’tanya ttg kisah arwah ank dia. Sementelah dtg utk temuduga, takut mengganggu konsentrasi pulak kan. Tp yg aku selalu perasan dia selalu merenung anak bujang aku tu. Mungkin teringat pd arwah yg tua sethn je dr ank aku. Aku lak yg terover, asyik sebak je bila ingat ank dia sbb duk byg mcm ank sendiri. Hakimi dah ok rasanya kalau bab salam2 dgn org yg dia tak brp kenal ni. Nak la hulur tgn tu time 'pacik' nak balik. Kalau dulu haram takkan salamnye, walaupun aku/tetamu duk suruh.

Hjg minggu lepak kat umah je. Asyik bgn lambat je kalau hjg minggu. Dah bgn tu aku settle hal2 kat tingkat ats dulu, cam basuh kain, lipat bj, kms bilik. Br turun bwh masuk dapur. Rupanya abe keje. Tak breakfast la dia. Aku g opis jap amik brg tetinggal & ngepos surat. Balik t’hr pun aku tak masak sbb pg tu aku goreng nasik simple je. Kul 3 br start masak tp abe tdo lak. Jd mkn mlm la pulak. Sib baik hubby jenih senang nak diet..he..he..masak lambat2 pun ok je ;)

Ahad lak abe kua settle bil2 dll. Balik2 beli ubt tonik hati la pulak. Siap ckp awl2 ubt tu mahal. Ingatkan seratus lebih rupanya 3ratus sebotol. Dia siap beli complete set RM1900 tu! Tp ngenang dia jenih yg konsisten mkn ubt & result fatty liver dia yg naik mendadak tu, aku ok je lah. Kalau aku habih beribu pun blm tentu bejaya habihkan ubt tu..heh..heh..

Pg tu sempatla gulai ayam. T’hr tu aku mkn roti cicah gulai, anak buje lak mkn nasik lg. Mcm biasa dia mkn dgn kuah je. Tenganga pds pun masih cebok lg kuah kari tu. Sampai ke thp kena bg mkn gula nak hilang kan pds tu. Tp nasik nak tambah lg. Sabo jelah. Lyn je lah, kang melalak pulak member nak mkn tp mak tak bg…he..he..Puas tul mkn roti cicah gulai tu. Dah lama tak mkn, sampai berkeping2 roti aku habiskan..he..he..Tingat lak time peknen dulu, roti cicah air sirap sampai separuh plastik habih..muahaha..bila la nak mengulang zaman jd 'pingu' ni ek..eheh.

Pg ni InsyaAllah berjaya posa. Kul 5 bgn goreng nasik. Bersahur sambil tgk AJL yg direkod mlm td..he..he..mamai je rasa bab msk pg2 ni. Kalau bab iron aku suka sket. Mmg dah tak minat jd chef nak wat camne..he..he..

Adik lak ngigau pg ni nak mandi dgn ummi. Aku dah siap pakai bj lak tu. Tp last2 abah gak yg kena siapkan dia sbb kwn aku dtg umah bgtau dia cuti hr ni. Skrg ni bermasalah tul si Hakimi tu time nak mandi pg kalau hr minggu. Hr sekolah pun camtu, meraung2 dlm bilik air. Kalau aku mau hangin dah, tp abe cool je walaupun ank ngader2..

Hmm..tu jelah nak bercerita.

Tuesday, January 22, 2008

Solat itu tiang agama

Koleksi gamba maso balik kg hr tu. Lps abah solat tetiba nak solat gak. Dah pas dah bab susunan qiyam, ruku', sujud tu cuma bilangan rakaat solat maghrib dua je, pastu sujud yg last sampai 3 kali..ekekeke..
























Monday, January 21, 2008

Gambar2 je

1st day berjaya pakai uniform tadika

Dgn tokmek kat Putrajaya ms umo 3 bln



Gambar terbaru kat Putrajaya 120108

al-Fatihah

Specially dedicated buat insan kecil penghuni syurga, Mohd. Haziq (ank jiran lama) & Afiq Awzai (ank kwn hubby).

Mohd. Haziq ditahan di HKL masa follow-up treatment 27/12 lps sbb dr detect ada problem dkt saluran ke paru2 pulak. Sblm ni operate utk betulkan saluran darah ke jantung. N3 yg lps ada di Cite ringkas. Masa kat rumah mak dia cite nampak aktif cuma dia nyusu sekjp2, makin lama makin kerap tdo & nampak pucat sikit. Masa thp kritikal kat ICU HKL tu kua darah kot hidung, telinga. Takleh dgr lama2, rasa nak nangis je aku rasa. Dr mmg bg option utk operate, dorang pun akn dpt sponsor lg 30ribu tu tp dr kata risiko sembuhnya 50-50. So setlh difikir2 dorang decide takpelah arwah pergi dgn aman sekarang. Moga hilang segala kesakitan dan menunggu mama&abahnya di syurga...Dorang balik kampung utk uruskan jenazah. Aku takleh bygkan keadaan dia meriba arwah hampir 9jam ke kg halaman. Kalau aku mau berjurai2 airmata...rasa separuh nyawa tlh pergi bersama nyawa ank tu. Tp dia redha & dah bersedia ttg saat ketiadaan arwah (9/1/08). Yalah, ibu bapa mana sanggup melihat kesakitan anak tercinta kan. Doa aku mereka tabah dan dikurniakan zuriat yg sihat sbg pengganti nanti.

17/1/08 – pulangnya Afiq Awzai (5thn) ke Rahmatullah setlh sethn lebih dikesan mengidap leukimia. Al-Fatihah. Tahan je nak nangis..terbayang camne kalau aku yg menghadapinya..rasa mcm nak pengsan pun ada..Innalillah..Teseda kul 5 ada org call abe. Dgr Innalillah..tp abe sambung tdo lps tu. Pg tu br dia bgtau ank kwn baik dia meninggal. Kalau blk kg abe mmg tak miss jumpa kwn dia tu + tgk ank dia kat HUSM. Tak lupa sumbangan duit, supplement cellfood, artikel2 berkenaan penyakit tu & kata2 perangsang buat shbt baik dia tu. Aku cari2 dlm pc abe tak jumpa lak gambar arwah & kakaknya. Masa mula2 kawin dulu aku ingat lg abe duk touch-up gamba2 ank2 kwn dia tu. Comel sgt bdknya. Moga Allah tabahkan selalu ibu bapa nya...

Friday, January 18, 2008

What your appetite says?

THIS OR THAT??

Pepsi or Coke?
Pepsi

McDonald’s or Burger King?
McD cheeseburger & eskrim je yg suka, lain2 suka KFC (he..he..tetiba kfc enterprem)

Chocolate or Vanilla?
Both boleh tak..campur2 best gak (kalau dlm eskrim ler)..he..he..

Strawberries or Blueberries?
Strawberries

Cake or Muffin?
Cake

Pizza Hut or Dominos?
Pizza Hut

Coffee or Tea?
Tea

Noodles or Rice?
Rice

Chicken or Meat?
Chicken

Fried or Boiled?
Fried

Banana or Apple?
Banana

Nasi Lemak or Toast?
Nasi Lemak

Japanese or Kelantanese?
Of course.. Kelantanese ler...

Curry or Soup?
Soup!!

Ni sbg menjawab tag K.Leen :) Kwn2 bloggers yg berminat leh la tulih gak

Tuesday, January 15, 2008

3 hr yg lps

10/1
- Happy 5th anniversary ikut calendar hijrah tp tadak mende special pun, mcm hr2 biasa je
- Sari sblm tu abe kato nak bli kfc sbb esok anniversary kito
- Tp kamis tu lepak kat umah jerk
- Aku lak ala2 demam, so pg2 lg telan ubt, spjg hr melepek je
- Dek letih semacam + penat nak msk bagai jd nak ngamuk pulak
- So masuk dapur tung tang tung basuh pinggan, cuci peti ais
- Abe nak mkn cekodok pun tak hirau..last2 dia masuk goreng kopok..muahaha..fail azam br tu. Merajuk tak dpt mkn kfc kot..ngeh..ngeh..sbnrnya nak lwn rasa lemau amat & bosan je
- Tp nak cover rs besalah ptg tu watla laksa kelate
- Bdn pun dah ok sket sbb dah pekena 4bj panadol
- So kira celebrate dgn mkn laksa je la
- No cake, no card
- Sblm ni pun abe goreng kopok je sambut anniversary..isk..isk..zuhud sungguh we all ni
- Tunggu bln 3 pulak lah br beli adiah ke, bg card ke..tp aku2 duk tepikir2 dah nak mintak adiah ngan abe..takpun we all share duit utk beli adiah kat memasing..he..he..
- Ingatkan nak ajk abe g posing kat putrajaya tp dek dmm lepak kat umah je lah

11/1
- keje mlm tp dtg gak pg, terus siap sbb nak nganto Hakimi ke tadika tu
- kat opis lak tgh bz ngisi laporan prestasi online ni. Bos nak laporan latihan, aku tak sempat wat lg, so kena dtg wat pg tu la
- pg tu gak amik sain TKP utk application ke jwtn tetap ni, fotostat sijil2 utk disahkan bos aku
- kul 10 balik umah mkn2, tgk tb & mendobi sket aje
- kul 2lebih dtg opis balik
- kat desk sambil tunggu user sambil ngecop nama bos, nanti dia tinggal sain je
- yg plg boring kat desk ni bila time 10.15, masa tu student dah kua, nak tunggu punch out kul 10.30 tu lamanya rasa, asik duk kira jam saat tu je

12/1
- pg2 dah tejaga sbb rasa lama je tdo pdhal tdo lambat dr biasa
- terus prepare utk breakfast sbb abe keje
- lps tu seharian aktibiti biasa jelah di hr sabtu

13/1
- ajak abe g putrajaya, posing2 la kat masjid tu je
- sejam je kat situ, sbb dah pns dah + skjp2 mendung takut hujan nanti basah bj di ampaian terus blk umah je
- adik tanak balik lg, tp abah pujuk nak g lain pulak
- ingat dia nak bwk g tpt lain btl2, sekali terus balik daa..
- rasa tak enjoy je kua tu, maybe sbb lama tak kua
- tp ok lah tgk Hakimi happy tgk bot kat sungai tu. Permintaan dia la nak tgk sungai. Nak g tpt air pancut kat tmn lain tutup lak. Dulu byk air pancut kat situ

Perkembangan terbaru si Hakimi tu, dah berjaya pakai uniform tadika dia jumaat tu kalau tak silap. Excited la ummi suh abah ngambik gambo..ngeh..ngeh..dan setiap hr takde mslh dah nak pakai bj tu. Suka sgt membahasakan diri dia aku tp bila aku tegur tau pulak dia tuka pd sy/awak. Dah nampak minat nak belajar sket. Dia sendiri pun ckp nak llajar kat sekolah. Time aku keje mlm tu blk rehat sejam 7-8mlm tu. Lps tu beria dia tak bg aku g keje blk. Nak hjn guruh katanya nanti basah. Berkerut2 muka tak bg aku kua, sib baik tak nangis. Mcm biasa bila balik dia dah tdo, cium pipi, dahi, hidung dia. Mcm berpisah lama je rasa.

Wednesday, January 9, 2008

Azam 1429 H / 2008

Qur’an:
Baca Qur’an 1 juzuk seminggu

Hafal surah2 yg pernah dihafal masa sekolah dulu + surah2 utama

Ajar ank Iqra’

Check bacaan hubby

Solat:
Solat awal waktu

Amalkan solat2 sunat mcm solat dhuha, qabliyah, ba’diyah dll

Solat tahajjud 1x seminggu/sebln

Solat jama’ah

Puasa:
Habiskan puasa qadha’ sblm Rejab

Amalkan puasa2 sunat

Sedekah:
Rajin2 / konsisten menyumbang kpd sesiapa yg memerlukan secara biasa/online

Mak, ayah, sedara-mara:
Tabung duit khas utk hadiah time balik kg

Anak:
Prepare fun / educational activities

Belajar teknik phonics, Iqra’, mental arithmetic

Sentiasa follow up dgn cikgu tadika

Beli buku / educational toys

Tambah anak (muahahaha)

Hubby:
Rajin2 masak, cuba resepi2 br

Jd isteri solehah (details tuan empunya diri yg simpan ye..he..he..)

Mcm nak make over dr sg penampilan tp tgh pk2 detailsnye

Management diri & umah:
Siap2 bhn nak msk waktu mlm lg

Bgn 5.30 pg

Iron baju seminggu sekali

Dusting / mopping / menyentaling (istilah sendiri) sekali seminggu. Hopefully umah shining2 selalu…krg2kan peel pejam mata je bila tgk sepah2 tu ya

Jual / sedekah brg2/pakaian yg tak dipakai tu

Hidupkan suasana rumah kasi ceria & colorful sket such as :
- kids corner utk Hakimi,
- ‘wedding gallery’ in master bedroom (nak gantung gambo kawin je maknanya..heh..heh..)
- tempek poster2 yg menarik & gambo2 lain kat ruang2 yg bersesuaian
- tanam byk pokok sket kat tepi dapur tu

Beli cd aerobic, rajin2kan bersenam utk tambah berat & therapy for my scoliosis. Minat berenang gak tp tatau bila nak join

Capai berat ideal dgn pemakanan yg sihat

Celik money management sket – menuntut lg dgn abe

Kareer:
Target kasi up sket

Lebih menonjol

Cari pendapatan sambilan (online ke..minat gak nak menulih ni..)

Mahirkan komunikasi English & Arabic – amik kusus pendek ke


Yah..itulah deretan azam sempena thn br esok 1429H ye. Bkn azam baru pun, sesetghnya ada yg carry forward last years punye..he..he..Azam ni gak bg menjawab tag Kak Leen. Yg penting consistency. Nak kena muhasabah selalu. Buku (planner) KP bg dah ada, lehla jot down kejayaan/kekantoian dlm melaksanakan azam tersebut.

Kepada semua selamat menyambut 1 Muharram 1428 & Slmt bercuti bg yg sambung cuti sampai hjg minggu tu (awl thn cuti byk lg kan :))



Monday, January 7, 2008

Ofis dan umah

Tak dapek lg nak ngepos psl azam ye walaupun dah masuk minggu ke-2 thn baru. Yg pasti aku dah kantoi bbrp azam yg tlh diazamkan itu..huhuhu…Camno nak kuekkan semangat den ni..huwaa..dakpe2…slow2 k..yg penting istiqamah..

Aktiviti di ofis:

- Masih lg mengkatalog buku2 hadiah. Buku lama lak tu. Gatal2 tgn dibuatnya. Hidung pun sengal2..ntah2 dah berhama..habuk tu for sure la
- Tu kena order ubt resdung dgn k.we tu ;)
- Dah start kena bwk student br tour library. Sib baik kena 2 sesi je, Jumaat lps & pg ni. Ketaq gok lama tak bwk student..tah apa2 laa..berterabur ayat2, tak cool langsung. Pg ni bolehla cover sket sbb ramai student pra. Mat kelate suka buat lwk pulak tu. Student pasca pun rajin bertanya. Kalau tak gabra org asik duk pandang kite je..I kan pemalu..muahahaha…

Aktiviti di rumah:

- Hjg minggu lepak bersama anak teruna itew
- Sabtu abah keje part time
- Ahad abah jd photographer ofismate dia yg hr tu. Majlis resepsi lak
- T’hr tu kua la g kedai jap sbb boring amat. Umpan la nak g beli eskrim, cpt la sket nak mandi ank teruna tu. Kalau tak susah nak mandi. Kalau tanya nak mandi kul brp, suka ati dia je jwb, kul 2 la, 6 la..saba je lah
- Ingat nak ke farmasi br kat tmn ni tp takde parking dkt, mls lak nak jln dgn ank di tengah2hari yg panas tu. Dah beli eskrim, roti dll terus balik umah. Nak ronda2 pun tak selesa dek kepanasan tu
- Balik tu sakan la mkn eskrim si Hakimi tu. Aku beli lebih. Siap bahagi tu dia & abah punya. Ummi nyer takde lak. Hoh, taula ank abah
- Aku suka ngusik dia. Jd kwn gaduh..hak..hak..sbb tu dia suka buli aku. Panjat2 cam kuda, resaksa bagai. Kalau suruh buat kat abah dia leh dia backing abah dia, siap tanya “abah tanak kan” Last2 ummi gak jd mangsa..dahla kurus kering..heh..heh..
- Ptg Sabtu tu Hakimi dah start muntah2 tp tak cirit lak
- Abe syak nasik goreng yg aku masak sbb abe pun rasa tak sdp perut gak.Maybe telebih minyak + rempah segera yg aku guna tu
- Adik pun mkn byk gak nasik tu + kerepek ubi pds la + milo la dll – mkn campur2
- Sbb dah 4 kali muntah aku dah risau takut dia dehydrated, mlm tu g klinik
- Sib baik ok masa dr nak cek perut..diam je. Maybe sbb kerap gak g klinik tu so dia rasa comfortable la kot. Dr bg ubt kembung, thn muntah & antibiotic
- Balik umah lps mkn ubt muntah lg. Nampak cam kua angin sekali. Sib baik leh tdo elok & esoknya tak muntah dah
- Tp pg ni wat cirit pulak. Maybe smlm mkm mihun pds, mlm td kari dgg agk pds gak @ maybe kesan ubt kot. Abe suh stop antibiotic. Sesudah subuh tu aku tgk seluar dia lencun dgn najis…eeeei..tepaksa panggil abe sbb aku br nak solat subuh. Sampai termuntah dia dek bau najis sendiri..eheh. Sbb tu la dia tak suka basuh b***k sbb tak thn bau. Pdhal sendiri punya. Apa daaa..Penggeli cam aku gak la tu. (Err…mahapla kalau u all rasa kembang tekak lak)
- Sabtu & Ahad tu aku bg Hakimi tgk cd2 educational. Oklah sket dr asik duk tgk otromen bagai. Kemas stor jumpa la cd dia tu. Dia dah tau buh cd dlm player tu. Nak cari info2 psl temuduga terpaksa la selongkar kotak dlm stor tu
- Kisahnya UKM dah bukak iklan utk pustakawan ni. So aku & the geng yg kontrak ni kena la apply semula. Kena la study utk interview lg

- Hr ni bwk bekal kat opis. Ingat nak pose tp tak jd bgn sahur. Slh satu azam yg kantoi gak tu…huhuhu..

Thursday, January 3, 2008

Excited yang kantoi

Pagi2 dah ngepos..he..he..saje nak cerita emak yg excited lebih..muahaha..citenya ptg smlm g bayo registration fee tadika Hakimi utk thn baru ni. Ingatkan RM430 tu dah cover sume rupanya tak masuk daycare lg. Kena la tambah lg RM150, pastu nak beli uniform tambah lg RM30. Aku beli la jgk baju tu sbb dah ada saiz dia. Lgpun dah masuk 4thn tak kira playschool dah. Nak cuba baju takmo dia. Setakat ukur kat blkg je la.

Balik umah dah excited sbb tak yah msk, abe nak beli nasik kedai mamak sbb nak ajk opismate dia pengantin br itew utk amik gambo dorang. Dua album tu, setiap pergerakan abe snap. Kira jelasla flow/mood kenduri dlm gambo tu.
Adik pulak mengamuk sakan sbb aku tokse g tmn, dah dkt kul 6 aku nak solat asar. Aku angkat je dia masuk umah. Lg la kwn ngamuk pukul2 aku, lps tu g nyorok blkg langsir sliding door sambil menyeru2 abah kesayangan..hik..hik..

Sekali bila abah balik dia ckp kedai mamak tutup, kena la proceed dgn plan asal, goreng bihun singapore (plg mudah & cpt + bhn2 dah sedia ada). Sambil " alaaa" dgn frustnya terusla ke dapur rendam bihun. Rehat2 jap masuk dapur sedia apa yg patut. Maghrib tu dah siap. Lps abe solat turn dia lak goreng keropok & ayam. Masa aku kat ats dgr la anak jate tu bz nak mkn. Rupanya abe ckp sampai 3kali tambah.Hnsf..hnsf..kembang idung ummi..sedapla kunonnya ummi masak..muahaha. Sblm tetamu dtg aku pun dah mkn sket sbb lapo daaa.

Pengantin baru tu sweet & kelaka. Selalu melawak. Tak jemu2 duk tgk gambo dorang..he..he..Adik pun makan lg, siap tambah lg.

Pg td awl2 dah teseda sbb ummi excited nak iron uniform tadika anak kesayangan. Ngalah anak nak masuk darjah 1. Kainnya nipis betul, jahit pun tak brp kms tp 30hengget tu. Standard KL biasalakan. Semua mahal!

Lewat sket besiap sbb ummi pun excited nak pakai tdg ala2 arab gitew. Sekali Hakimi tanak pakai baju tu. Seluar tu boleh masuk, sampai tang baju takleh nak butang, meraung2 nak bukak. Nak pakai bj lain. Tepaksa la ummi amik bj sukan tadika yg dia biasa pakai tu. Aisey, ingat dia akn tersipu2 malu pakai bj baru, ingat nak posing sesama la. Sekali tepaksa gantung balik daa..Ingat nak pulang kat cikgu je, tp takpela..simpanla dulu, kot2 dia berubah ati nak pakai pulak lps ni...huhuhu..

Smlm cikgu kata yuran ngaji Qur'an lain pulak. Ingat dah siap2 ajar Iqra' sekali. Camni kena ummi start ajar la. Tgh duk survey2 articles/buku psl educating preschoolers ni. Nak kena belajar gakla teknik mental arithmatic, phonics bagai.

Pg ni penuh la pulak parking kat dpn tadika tu. Ramai parents nganto ank2 ke sekolah agama dpn tadika tu. Sib baik sempat log in 8.03 minit. Kalau dah 8.06 dah merah ler.

Gtulah ceritanya.

Wednesday, January 2, 2008

Melangkah ke tahun baru

Salam semua,

Selamat berkunjung ke umah baru. Aku minat sgt dgn tulip ni + hijau ni fav. color gitew. Masih dlm proses godek2 kasik lawa sket..he..he..

Hmm...hirup udara baru 2008. Excited sbb seolah-olah permulaan yg baru tp risau jgk sbb bertambah lagi umur ni..he..he..Takdelah excited bebenor cam yg duk kira jam & menjerit2 tgk bunga api tu. Cuma excited bab2 membaharui azam yg dah dilupakan tu... eheh. Sempena tahun baru Hijrah 10/1 nanti. Yg tu yg lg utama. Lg cptler anniversary ek. Dulu kawin 1 Muharram daa.

Cuti thn baru sekadar melepak di rumah jer. Nak muntah tgk katun..huhuhu..Abe kua cuci gamba dr pg sampai ptg. Jd photographer ofismate dia. Nak ilangkan boring try la godek2 adobe photoshop sambil mentelaah buku dia. Ada yg jd ada yg tak. Nak kena belaja lg la tu.

Kak Leen tag psl azam. Nak kena post lain ni :) Kita keje dulu *wink*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...