Wednesday, February 27, 2008

Mcm2

Hohoho..tetiba nak bunyi cam santa. Sbbnya kat opis 2,3 hr ni asik duk buat keje selain katalog. Nyudahkan projek thn lps – penambahbaikan kat bahagian aku ni. Projek pathfinder=panduan subjek kat setiap rak. Pastu last minute nyiapkan tugasan untuk modul Jwtn kuasa tenaga pengajar perpustakaan. Eheh..joinla sbb nak amik pengalaman berguru dgn senior2 walaupun tak confident lg nak bg ceramah kat sesapa. Tp byrn beh gak RM100++ sejam. Yg penting kemahiran & pengalaman kan. Kwn2 satu batch aku semua join. Senior sket je dr kami ckp sbb nak interview..muahaha..ye jgk tu..nak penuhkan resume. Cantikla sket rekod kan ;)

Hjg minggu lak duk plan nak g opis tp tak jd. Ada masa tp penat & ‘m’ pulak..heh..heh..Abe keje Sabtu tu & ahad kua Kjg cari kedai gunting rambut. Tak dpt ke umah bbsitter sbb dia takde. Tak perasan lak hr tu penamaan calon. May be ‘mak’ ke situ lah kot. Abe cari kedai melayu, kat seksyen 1 mcm ramai org dah tunggu. Sib baik kat Kjg takde org. Tupun adik malu2 nak masuk. Sblm tu jenuh mujuk ckp nak gunting rambut kat kedai, pastu beli menan. Skjp ckp nak skjp tanak. Tp sib baik dia diam je masa gunting rambut tu sambil tertunduk malu…kekeke..ummi excited lebih sbb 1st time tgk ank gunting rambut kat kedai..muahaha..Ingat nak suh abe g dgn dia je tp abe ajk sekali. Maybe nak suh pujuk2 sekali kalau dia tanak. Ingat nak amik gambo tp segan lak kat tkg gunting..ekkeke..Tkg gunting pun senyum je tgk ank teruna aku tunduk malu dpn cermin.

Pastu g tesco. On the way jem gak kjp sbb polis tutup jln tpt penamaan calon. Dpt la tgk penyokong masing2 woo..woo..atr satu sama lain. Kat Tesco adik dpt robot & pedang, aku dpt CD Yoga..he..he..”Nak buak bilo la tu?”..ngeh..ngeh..soklan dr abe. Aku sengih je. Pg Sabtu tu aku dah try yoga ikut buku. Dulu beli buku yoga for mother & baby. Masa peknen aku pinjam buku yoga for pregnancy. Amal la jgk senaman2 ringkas & teknik2 pernafasan utk mudah bersalin & ilangkan lenguh2 tu. Ada la kesan jgk aku rasa. Duk tgh cari masa bila nak start nih. Ptg2 sibuk nak masak, mlm ngantuk nak tdo, pg2 liat nak bgn awl..hmm..ndak seribu daya kan???

Asik duk ingat je azam2 thn br tu tp byk lg tak move. Nak kena boost energy & semangat nih! Smlm dah tempah kek untuk besday abe esok. Adiah & kad masih blm beli. Ingat nak wat surprise, tempah dr website yg aku jumpa tp duk bz kat opis, dah tak dan nak tempah. Tempah kek biasa tu kira adiah la kan..muahaha..

Excited gak nak nunggu 1&2 hb. ni. Ada family day persatuan peg. tadbir & ikhtisas ukm kat tiara beach resort PD. Tu kira adiah besday cum anniversary gak lah sbb tolak gj aku..heh..heh..Minyak sesame sponsor la kot. Ada treasure hunt on the way ke sana, acara mandi manda, sukaneka, karaoke, dinner. Yg kelaka bos lantik jd ajk tmn tema & karaoke. Tgk2 family mandi manda & org berkaraoke. Spjg hyt tak penah masuk tpt karaoke kat hotel2 tu, tgk dr jauh je. Tp sbb ramai geng aku lyn jelah permintaan bos tu..eheh.

Oh, ya ingin sentuh lg bab PRU. Terkejut bila bc blog Laily smlm (Surat terbuka buat bakal YB ). Aku pun tak kisah sgt dgn senarai calon2. Just cek DUN yg aku akn undi je. Mula2 tak dpt teka siapa W, last2 br tau. Sama mcm Laily, aku pun terkejut. Masa drive balik masih termenung pk kan psl tu. Rasa tak tau nak ckp apa, tak sangka…dan hr ni dah kua dlm paper ttg komen dia. Hmmm..itulah hakikatnya. Manusia sentiasa berubah2..mungkin suatu waktu dulu pemikirannya lain & skrg dah lain. Dia yg lebih tau mengapa sesuatu keputusan itu dibuat. Kdg2 semasa di kampus pemikiran kita lain, bila dah keje lain pulak. Byk faktor yg mengubah pendirian, penampilan kita. Sememangnya dia slh sorang dr senior2, rkn2 yg aku kagumi. Apapun diharap ukhuwwah masih kuat terjalin atr semua yg pernah dikenali walaupun berbeza parti, aliran dsb…

Oh ya nak tulih lg. Hati aku berbunga2 hr ni sbb br dpt berita gumbira, tumpang epi sbb bestfriend aku bkl bergelar mama. Congratulesen my dear friend! Dia tu suka amat dgn baby. Makbul dah doanya tu nak dpt baby sendiri ;) Ish, teruja la nih. Ramai gak kwn2 aku bkl menimang cahaya mata thn ni. Aku je yg tak join2 the group :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...