"Bisa gigitan lipan boleh membawa maut kepada manusia, terutama jika mangsa gagal mendapat rawatan segera.
Walaupun tidak seteruk kesan gigitan kala jengking atau patukan ular, bisa lipan jenis tertentu boleh menyebabkan mangsa koma dan meninggal dunia jika berlaku kejutan ‘anaphylaxis’ iaitu alahan atau ‘sepsis’ iaitu jangkitan kuman serius dalam darah."
Tu petikan dalam berita dapat kat internet, kisah wanita hamil digigit lipan hingga meninggal tu. Minta jauh dari terkena. Baik umah sewa lama kat Gombak dulu & umah kat Bangi ni sume ada lipan. Alhamdulillah yang besar tu sempat kena bunuh, yang kecik-kecik ada gak yangterlepas. Ada sarang dia kat bilik air gamaknya.
Kejadian berlaku malam tadi masa duk landing dengan anak-anak tetiba rasa merayap & kena gigit. Ku terus picit & rasa mcm banyak jari panjang, sah anak lipan!Lokasi gigitan agak memalukan nak tunjuk kat doktor lelaki bagi ku yang pemalu ni.he..he..sib baik dr pompuan mlm tadi.Abe masih on the way dar kelana jaya, jump kawan dia yang nak pegi haji.Tipon klinik dulu, adik klinik tu suruh datang jumpa doktor. Walaupun anak lipan itu kecik aje dalam 0.5cm lebar badan dia tapi ada bisa jugak kan. Takut ler ada effect.Ni 1st time digigit oleh haiwan berbisa ni.
Abe macam biasa cool je. Tak bahaya katanya. Lipan kampung yang bahaya. Tak bahaya pun, bila kat klinik tu berdenyut-denyut juga weh, tak padan dengan saiz penggigit tu. Dr kata bahaya jika kita ada allergic. Tapi gigitan lebah lebih bahaya katanya. Dia bagi ubat sapu & ubat tahan allergic. Siap ada ubat yg ngantuk untuk malam.Ku tak makan pun takut tak sedar Adnin nak nyusu + ku memang alah dgn drug nih, mahu lalok amat je.
Pagi ni rasa sengal-sengal jugak. Lupa nak bawa ke ofis. Harap2 takde kesan lah bisa dia tu.
Doa sangat Allah lindung dari anak-anak.
No comments:
Post a Comment